Komen Abu Aqif: Saya tidak mahu menulis panjang. Saya hanya mahu kongsikan artikel dari blog sebastian phiu yang telah menjawab penipuan pembangkang menyatakan MAS dan kerajaan tidak peka dengan notis berjaga² yang telah dikeluarkan oleh FAA sehingga berlakunya nahas MH17.

Notis yang dikeluarkan FAA supaya berjaga² adalah kerana mengelak konflik trafik antara Rusia dan Ukraine. Bukan kerana konflik perang, militan atau peluru berpandu. Pembangkang jelas memanipulasi fakta untuk kepentingan politik mereka dan mengenepikan perasaan keluarga nahas MH17. Keluarga si mati pada ketika ini pasti dalam keadaan sedih dan mudah terganggu dan peluang ini diambil oleh pembangkang untuk cuba membangkitkan kebencian dan kemarahan keluarga si mati untuk membenci MAS dan kerajaan.

Adakah sikap seperti pembangkang ini yang patut ditonjolkan kepada masyarakat apabila berdepan musibah seperti ini. Di manakah sensetiviti mereka terhadap keluarga mangsa? Nasihat saya kepada pembangkang sama seperit video di atas, jangan menjadikan musibah yang berlaku kepada orang lain sebagai kepentingan politik anda. Bermuhasabahlah.

Mohon baca artikel di bawah untuk pencerahan. Saya copy sebijik-sebijik tanpa mengubah satu huruf pun bagi mengekalkan keaslian hasil penulis tersebut. Barakallahufikum...
____________________________

Patutkah MH17 Terbang Di Timur Ukraine?

Oleh: Peter Hollingsworth
Peter Hollingsworth merupakan pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa di University of Manchester.

Diterjemah oleh: Sebastian Phiu
Sebastian Phiu merupakan cina mualaf.

Nahas Syarikat Penerbangan Malaysia MH17 telah menimbulkan banyak persoalan mengenai kesesuaian pesawat untuk terbang di timur Ukraine. Ramai telah menegaskan bahawa syarikat penerbangan lain telah melarang penerbangan mereka daripada beroperasi di ruang udara di mana MH17 terbang apabila nahas berlaku. Malangnya, banyak komen-komen ini gagal untuk memahami kerumitan ruang udara dan peraturan operasi.

Secara umum, ruang udara di atas sebuah negara tertentu dikawal oleh negara itu sendiri. Ia adalah badan kawal selia penerbangan setiap negara seperti FAA di Amerika Syarikat, CAA di Britain, State Aviation Administration (SAA) di Ukraine atau State Civil Aviation Administration (SCAA) di Rusia. Organisasi kawalan trafik udara ini yang menentukan di mana, bila dan bagaimana pesawat dibenarkan untuk terbang. Selain daripada peraturan-peraturan tempatan, juruterbang dan syarikat penerbangan dikehendaki untuk mengikuti arahan di negara-negara tersebut di mana mereka didaftarkan. Sebagai contoh, syarikat penerbangan British Airways yang terbang di atas Amerika Syarikat akan terikat dengan peraturan kedua-dua FAA dan CAA. Tambahan, setiap syarikat penerbangan boleh menetapkan kaedah-kaedah yang lebih ketat ke atas operasi mereka sendiri.

Oleh kerana itu, banyak kekeliruan telah timbul sama ada syarikat penerbangan tertentu dari negara-negara tertentu dilarang terbang di atas kawasan yang dipertikaikan di timur Ukraine.

Sekatan ruang udara

Sekatan ruang udara pada amnya ditetapkan untuk dua sebab: untuk memastikan keselamatan pesawat dan penumpang, dan untuk memastikan keselamatan orang-orang di atas tanah. Juga terdapat sekatan ruang udara ketenteraan yang mungkin disebabkan latihan penerbangan atau ujian pensenjataan.

Sekatan juga mungkin wujud kerana negara cuba untuk melindungi aset di dalam ruang udara yang terhad. Satu contoh yang baik adalah zon larangan penerbangan di dalam dan sekitar Washington, di mana penerbangan di bawah 18,000 kaki biasanya dilarang tanpa kebenaran terlebih dahulu. Peraturan ini dicipta untuk mengurangkan risiko serangan udara menggunakan pesawat ke atas Amerika Syarikat seperti yang berlaku pada 11 September 2001. Walaupun sekatan wujud sebelum berlakunya serangan 11 September 2001, mereka telah menyemak semula peraturan ini sebagai tindak balas daripada kejadian tersebut. Sekatan yang sama terjadi kepada ruang udara Disneyland di California dan Walt Disney World di Florida.

Sekatan lain juga akan berlaku jika ada gangguan kepada perkhidmatan penerbangan biasa. Sebagai contoh, jika radar kawalan trafik udara di lapangan terbang gagal, sesetengah penerbangan boleh dilarang.

Butir-butir khusus setiap sekatan penerbangan diterbitkan sebagai Notis kepada juruterbang.

NOTAM dikeluarkan semasa persembahan udara di Pasco, negeri Washington. (FAA)

Notis ini akan memberitahu lokasi, masa dan had tertentu bagi setiap kawasan ruang udara. Sebab-sebab sekatan dan akibat yang mungkin timbul daripada pelanggaran sekatan juga ada disertakan di dalam kebanyakan notis. Sebagai contoh, melanggar sekatan di sekitar ruang udara Washington boleh membawa kepada hukuman sivil dan jenayah. Jika kerajaan Amerika Syarikat menganggap bahawa pesawat ini merupakan "ancaman keselamatan yang pasti akan berlaku," tindakan yang mengakibatkan kematian boleh diambil (deadly force). Tambahan, sekatan yang kekal ditunjukkan pada carta perjalanan udara:

Zon penerbangan yang disekat (kekal) sekitar Washington seperti yang ditunjukkan pada carta keratan laluan udara US. (FAA)

Ramai yang telah menulis tentang FAA, CAA dan Eurocontrol telah mengeluarkan satu siri NOTAMS (Notice to Airmen) kepada juruterbang, syarikat penerbangan dan organisasi kawalan trafik mengenai risiko jika beroperasi di Timur Ukraine. Beberapa artikel juga turut menyindir bahawa wilayah di mana MH17 terbang adalah dilarang untuk syarikat penerbangan AS kerana berisiko ditembak kerana berada di tengah-tengah zon konflik antara kerajaan Ukraine dan militan.

Tetapi jika diteliti daripada NOTAMs yang dikeluarkan oleh Ukraine, Eurocontrol, CAA dan FAA, notis mereka jelas tidak sama dan berbeza-beza - dan ini adalah antara sebab yang Malaysia Airlines gunakan sebagai hujah pembelaan di atas tindakan yang diambil (menggunakan laluan tersebut).

Penerbangan di laluan trafik udara dibenarkan selagi pesawat itu beroperasi di atas 32,000 kaki. MH17 terbang pada ketinggian 33,000 kaki ketika ia ditembak jatuh.

Sebab-sebab untuk menutup laluan di bawah paras tersebut tidak dinyatakan dalam NOTAMs. Tetapi munasabah untuk mempercayai bahawa sekatan itu valid kerana operasi ketenteraan di kawasan tersebut dan risiko yang berbangkit kepada lalu lintas komersil. Tambahan, ruang udara negara jiran di atas Crimea telah disekat. Ini adalah kerana Ukraine dan Rusia cuba untuk menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara di wilayah ini dan ia banyak meningkatkan risiko perlanggaran di udara - bukan kerana risiko peluru berpandu.

Walaupun sukar menentukan sama ada Malaysia Airlines telah menilai risiko tersebut secara mendalam kerana terbang di atas kawasan yang dipertikaikan di timur Ukraine, namun tidak ada kata sepakat bahawa penerbangan komersial di laluan trafik udara yang telah wujud sekian lama dan penerbangan di atas 32,000 kaki di wilayah itu adalah benar-benar berisiko.

Ya, beberapa pihak telah mengesyorkan langkah berjaga-jaga dalam merancang penerbangan di wilayah tersebut dan sentiasa memeriksa sekatan ruang udara secara kerap. Tetapi, pada masa kemalangan itu, tidak ada sekatan di tempat bagi mana-mana penerbangan komersil di atas 32,000 kaki di kawasan di mana MH17 terhempas.

Hanya sekarang, selepas insiden yang dahsyat ini, barulah NOTAM dikeluarkan dengan menutup semua laluan untuk penerbangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dan, banyak syarikat penerbangan lebih berhati-hati dan ada juga yang memilih untuk mengelak menggunakan laluan Ukraine sepenuhnya. - The Washington Post
____

Sebastian Phiu: Tulisan Peter Hollingsworth di atas hanya sekadar penerangan basic untuk saya menjawab isu yang pembangkang mainkan iaitu MAS dan kerajaan tidak peka kerana FAA telahpun mengeluarkan notis berjaga-jaga di laluan udara Timur Ukraine. Poster ini telah disebarkan oleh pembangkang bukti kepada notis ynag dikeluarkan oleh FAA sekaligus menuduh MAS dan kerajaan tidak peka dan mengakibatkan nahas MH17.



Sekali lihat seakan fakta ini betul, malangya mereka jelas menipu dan memutar belitkan fakta tersebut kerana notis berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh FAA tersebut adalah arahan berjaga-jaga kerana ruang udara yang terbatas.

Pihak Ukraine dan Rusia masing-masing mahu mengawal laluan udara masing-masing dan ini telah mengecilkan ruang udara bagi laluan pesawat. Seperti semua maklum, ruang udara ini adalah antara ruang udara yang tersibuk di dalam dunia.

Oleh kerana banyak pesawat melalui laluan tersebut dan kecilnya ruang udara, pihak FAA mengeluarkan notis tersebut kerana langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku pelanggaran, bukan kerana ianya zon konflik atau bukan kerana peluru berpandu. Lihat print screen original di bawah.

Lihat tarikh notis yang dikeluarkan oleh FAA ini lebih terkini dari poster yang dimainkan pembangkang

Bukti tambahan yang notis FAA tersebut bukan kerana war zone adalah masih ada syarikat penerbangan dari AS yang melalui laluan tersebut. Jika notis berkenaan berkaitan war zone, sudah pasti tiada satupun syarikat pernerbangan dari AS akan melalui laluan tersebut sebelum ini. Lihat gambarajah di bawah.



Jadi, pembangkang menipu fakta dari notis yang dikeluarkan oleh FAA. Notis tersebut adalah berkaitan 'traffic conflict', bukannya kerana 'war or militan or missile conflict'. Tidak hairan isu ini dimainkan oleh pembangkang kerana jika dilihat sejarah, semua isu yang mereka bangkitkan adalah dari fakta yang telah dimanipulasi. Fakta tipu. Seperti isu 40k bangla, pengundi hantu, SPR, dan pelbagai lagi isu yang kebanyakannya mempunyai fakta tapi malangnya fakta yang telah diputar belitkan.

Kesimpulan

Cukup-cukuplah menipu. Ini adalah isu pengganas. Kita patut bersatu menentang pengganas. Bukan kita menuding jari akhirnya pengganas dibiarkan bebas begitu sahaja.

Sumber: Blog Sebastian Phiu

- Selesai -

Mohon sebarkan poster ini supaya menjawab penipuan pembangkang

Posting berkaitan:

3 Rakaman Amatur Saat #MH17 Terhempas

Eksklusif: Ukraine Dedah Rakaman Audio Russia Dalang Tragedi #MH17

Pilot MAS Tampil Jawab Fitnah @malaysiakini @Telegraph #MH17 Tempuhi Zon Tidak Selamat

Saksi Lihat #MH17 Terhempas Depan Mata

Eksklusif: Rusia Pula Dakwa Ukraine Dalang Tragedi #MH17

Ulama Zimbabwe Tegur Pembangkang Tuduh Nahas #MH17 Adalah Hukuman Allah Kepada Malaysia

Pembangkang Kantoi Tipu @MAS 'Tidak Peka' Notis FAA Punca Nahas #MH17

@ustazfathulbari - Jangan Ambil Kesempatan Politik Nahas #MH17 #JusticeForMH17 #Justice4MH17



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top