Misi Bantuan Kemanusian Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Tarikh: 12.08.2014
Lokasi: KLIA

Lihat gambar di sini (73 gambar) http://goo.gl/oWQLq3

Turut hadir:

TYT Mr Dr Anwar H. Al Agha
Duta Palestin ke Malaysa

TYT Mr Sallah Mohi Eldin El Wassimy
Duta Mesir ke Malaysia

YB Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia / Presiden KP1M Merangkap Ketua Misi

YAB Datuk Seri Idris Haron
Ketua Menteri Melaka

YB Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan
YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato' Seri Hassan Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Y.A Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Presiden Perdana Global Peace Foundation

YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

@ustazfathulbari Komen Isu Boikot
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/ustazfathulbari-komen-isu-boikot.html

Misi Bantuan Kemanusian @KP1M GAZA
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/misi-bantuan-kemanusian-kp1m-gaza.html

@ustazfathulbari - Misi Membawa Keluar Anak² Palestin ke Malaysia
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/ustazfathulbari-misi-ke-gaza-kami-akan.html

@ustazfathulbari - Masyarakat Arab Perlu Bersatu Tangani Isu Palestin
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/ustazfathulbari-masyarakat-arab-perlu.html

@ustazfathulbari - Nasihat @MAS Henti Hidang Arak
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/ustazfathulbari-nasihat-mas-henti.html

@azeezputera Mengenal Pasti Anak-Anak Palestin Untuk Dibawa Ke Malaysia
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/azeezputera-mengenal-pasti-anak-anak.html

@azeezputera Melawat Rumah Mangsa Bom Israel
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/azeezputera-melawat-rumah-mangsa-bom.html



SEPANG, 12 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia akan terus memberi sokongan padu serta menyalurkan bantuan dan pertolongan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Beliau berkata pelbagai inisiatif telah diambil untuk terus menerus membantu rakyat Palestin termasuk mengumpul dana dan sumbangan sehingga hari ini.

"Kita telah menunjukkan kepada dunia walaupun Malaysia sebuah negara kecil tetapi kita mempunyai semangat berjuang yang tinggi untuk membantu rakyat Palestin bebas daripada cengkaman Zionis.

"Kita akan terus sedaya upaya membantu demi saudara-saudara kita di Gaza. Inilah komitmen kita. Saya menghargai segala sumbangan yang dibuat Biro Kebajikan Umno, khususnya sukarelawan dan doktor yang tampil membantu," katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin hadir pada majlis pelepasan kumpulan sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno/Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Palestin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari Selasa.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Mesir ke Malaysia Salleh Mohi Eldin El Wassimy, dan Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar al-Agha.

Muhyiddin berkata Malaysia mengutuk dan menentang segala bentuk kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah menyebabkan ramai orang awam yang tidak berdosa terkorban.

"Itu bukan satu kenyataan dan perasaan tetapi ia menunjukkan keikhlasan kita untuk membantu rakyat Palestin.

"Sehubungan itu, pasukan sukarelawan Malaysia telah membawa makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin. Ini dilihat sebagai satu langkah keikhlasan kita untuk membantu rakyat Palestin.

"Ini bukan misi yang mudah kerana banyak cabaran dan bahaya namun pasukan sukarelawan Malaysia sedia berkorban untuk membela nasib rakyat Palestin di Gaza," katanya.

Muhyiddin juga menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Biro Kebajikan Umno dan KP1M serta para sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada kedutaan Palestin dan Mesir yang memudahkan perjalanan.

"Misi ini merupakan satu cabaran besar dan saya doakan misi ini berjaya dan dapat menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin di Gaza dan selamat pulang ke tanah air," katanya.

Misi kemanusiaan KP1M telah membawa 40 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan bagi membantu rakyat Palestin yang sengsara selepas serangan kejam Israel.

Misi kemanusiaan ini yang disertai 71 sukarelawan termasuk pakar perubatan dan pengamal media dijangka pulang ke Malaysia pada 21 Ogos nanti.

Sementara itu, Dr Anwar berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang berdiri teguh dan sentiasa menyokong rakyat Palestin di Gaza.

"Terima kasih khas ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat kami menghargai bantuan ini," katanya. - BERNAMA



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..

0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top