Komen Abu Aqif: Bukan senang mahu memaafkan seseorang. Sebagai manusia biasa, bila hati sudah terguris pasti susah mahu diubati. Apatah lagi jika hati yang terluka itu puncanya dari orang yang dekat dan rapat di hati.

Tersalah cakap, tersalah perbuatan, tersalah faham, semua ini biasa berlaku. Dan paling menyakitkan, bila sudah berbuat salah langsung tidak dimintanya maaf. Buat muka selamba macam tidak ada apa² berlaku. Pun kita maafkan juga. Tidak tahu mengapa.

Mungkin sekali, dua kali atau tiga kali maaf boleh diberi. Tetapi jika sudah berkali-kali hati terguris menjadi luka. Luka di hati menjadi parah. Sudahlah parah, yang parut juga berdarah kembali.

Sudahnya sms tidak dibalas, call tidak dijawab, whatsapp sudah diblok, putus kawan, putus sahabat, putus saudara, putus tunang, bercerai-berai, [ulau-memulau, musuh memusuhi sehingga mendengar namanya disebut pun hati menjadi benci, sebak dan dendam.

Sudah lumrah selagi bernama manusia pasti akan berbuat salah. Bukan kata 3 kali. Bahkan mungkin 30 kali salah akan tetap diulangi. Perlukah kita memaafkan? Atau mampukah kita memafkan mereka? Perlukah maaf diberi dikala hati masih luka terguris?

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata:

(جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم - فقال: يا رسول الله كم نعفو عن الخادم؟ فصمت، ثم أعاد عليه الكلام فصمت، فلما كان في الثالثة قال : اعفوا عنه في كل يوم سبعين مرة ( أبو داود

Seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu ia berkata:

“Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, berapa kali kita memaafkan (kesalahan) pembantu?”

Lalu beliau pun diam. Kemudian orang itu mengulang perkataannya. Dan Nabi pun masih terdiam.

Lalu yang ketiga kalinya beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

”Maafkanlah dia (pembantu) setiap hari tujuh puluh kali.” (HR. Abu Dawud)

Sedangkan dengan pembantu pun Nabi mengatakan perlu memaafkan sebanyak 70 kali dalam sehari. Apatah lagi jika mereka adalah kawan, sahabat, saudara, isteri, anak², pemimpin, rakyat dan sebagainya yang lebih dekat hubungan dari pembantu itu tadi. Kerana ketika kita memafkan mereka, kita juga sedang mengharapkan maaf daripada Allah.

Allah s.w.t berfirman:

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." [Surah An-Nur:22].

Sedangkan dosa kita pada Allah pun berkali-kali kita ulangi. Setiap kali itu jugalah kita meminta ampun kepada-NYA dan Allah berjanji setiap taubat akan diampuni.

Jangan rasa merendah diri apabila memaafkan seseorang walaupun sudah berkali-kali terkena. Walaupun sudah berkali-kali terguris atau terluka. Mungkin akan ada yang membisikkan di telinga kita perbuatan memaafkan seseorang yang berkali-kali itu tidak berbaloi bahkan ianya tindakan yang bodoh dan sia² sehingga kadang² kita pula menjadi malu kerana terlalu memaafkan.

Yang sebenarnya perbuatan memaafkan itu adalah betul dan tidak salah. Yang patut merasa malu bukanlah si pemaaf. Dan sudah dikatakan tadi kita banyak melakukan kesalahan dan kesalahan itu pasti akan diulangi. Bahkan kita hidup bukan di tiga generasi.

Jadi, jangan jemu-jemu memafkan salah orang kepada kita. Semoga bermanfaat dan semoga kita semua dapat mengamalkannya.



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


1 comments:

  1. Salam merdeka..

    Nampaknya semua isu tenggelam lanjutan dari kes langkah kajang yang memaparkan sandiwara songsang arahan SHEIKH KETUM ANU WAR AL JUBURIT..

    Semoga kita tidak terus lemas dan hanyut dengan 'wayang' AL JUBURIT

    tujuan saya untuk mohon supaya berterusan disemarakkan kempen "BUY MALAY FIRST, BUY CHINESE LAST!" or "BUY MUSLIM FIRST, BUY KAFIR NIL"

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top