Komen Abu Aqif: Posting ini fokus kepada membongkar kecelaruan pemikiran dan manhaj Dr Maza serta gurunya Dr Yusuf Qardawi. Kali ini berkaitan isu bersalam lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dek kerana terlalu mahu menghentam beliau sekali lagi sanggup menjilat ludah sendiri.

Sebelum ini beliau pernah menghalalkan bersalam lelaki dan perempuan yang bukan mahrm. Mungkin beliau terlupa pernah mengeluarkan fatwa batil begitu dan mengecam orang lain di atas keterlanjuran fatwanya sendiri.

Orang yang patut dikecam oleh Dr Maza Muzabzib si kaki fitnah adalah Dr Yusuf Qardawi kerana beliaulah yang mengeluarkan fatwa yang batil dengan praktikalnya sekali. Namun fatwa itulah yang Dr Maza Muzabzib si kaki fitnah ini angkat. Ironinya beliau mengecam pula orang yang mengikut fatwa batilnya itu.

Dengan alasan yang tidak pernah konsisten, beliau menghalalkan apa jua kebatilan sedikit demi sedikit. Dulu fatwa taat pemimpin kini menghalalkan memberontak. Dulu haramkan fitnah kini fitnah menjadi senjatanya. Dulu haramkan sentuh lelaki perempuan dan kini dia menghalakan. Allahu musta'an.

Adakah ini cubaan membawa masuk ideologi liberal sedikit demi sedikit dengan bertopengkan ajaran sunnah wal jamaah. Allahu a'lam.. Harap² tidak begitu. Semoga Allah melindungi Malaysia dari ideologi batil dan Muzabzib seperti ini.



Pendapat dan pegangan kami berkaitan isu bersalam lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram sama sekali. Dan adalah lebih baik budaya bersalam lelaki dan perempuan dapat kurangkan sedikit demi sedikit dan akhirnya dihentikan. InsyaAllah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Umaimah Binti Ruqaiqah menyatakan,

“Aku pernah pergi menemui Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersama beberapa orang wanita untuk melakukan bai’at (perjanjian taat setia) kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”

Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami bertanya, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Sahih: Hadis Riwayat Ahmad)



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah. Barakallahufikum. ^__^

* Feel free to share and spread it

11 comments:

  1. Soalan sombong, kena bagi jawapan bodoh. Perempuan bukan najis tapi org seperti Aziz boleh sentoh dan sontot sebab anu tak boleh naik. Anjing pula najis dan boleh sentoh begitu juga babi sama saja, hanya org sombong dan pondan sahaja yg tak nampak agenda musuh agama.

    ReplyDelete
  2. syabas gasing, jawapan yang sangat baik.

    ReplyDelete
  3. Dua2 adegan film tersebut kena potong,malah tak perlu pun tayangkan film tu..banyak lagi film lain...

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top