Komen Abu Aqif: Kitab Ihya' Ulumuddin memberi manfaat kepada ramai pengkaji. Namun terdapat kesilapan di dalam kitab tersebut yang telahpun diperbetulkan oleh Ulama terdahulu. Mereka (Ulama terdahulu) telah pun mengkritik penulisan Imam Ghazali namun tiada siapa mengatakan tindakan mereka sebagai menghina.

Mengkritik penulisan yang salah bukan bermaksud menghina. Jika tidak boleh membetulkan kesalahan dalam penulisan jangan ambil exam. Tulis dan simpan. Biarkan kesalahan tu kekal sampai bila². Tak payah masuk universiti. Buat assignment sendiri, buat tesis sendiri, periksa sendiri, beri markah sendiri, simpan sendiri, konvo sendiri. Semua sendiri.

Mereka yang jumud mindanya sentiasa akan bersangka negatif apabila ada kebaikan yang cuba dilakukan oleh Ulama dalam menjaga agama. Penyakit K.U.M.A.N begini jika tidak diubati akan merebak sehingga ke anak cucu dan keturunan mereka sampai bila². Akibatnya agama Islam sendiri yang akan tergadai dek kerana ego dan kejumudan minda sebagian kelompok ini.

Jadi, rajin-rajinlah membuka minda dan sentiasalah berfikiran positif. Bukan anda sahaja yang ingin menjaga agama. Mereka (Ulama² ini) juga gigih menjaga agama dalam kehidupan mereka. Namun dalam setiap keputusan sentiasalah mendahulukan ilmu, fakta, bukti dan ketepikanlah ego dan sentimen² yang tidak berfaedah dalam mencari kebenaran.

Anda mampu mengubahnya..

Berkaitan. Mesti baca dan mesti lihat:

Ustaz Budak, Ihya' Ulumuddin, Imam Ghazali dan Hadith Palsu
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustaz-budak-ihya-ulumuddin-imam-ghazali.html

Dr Fathul Bari - Hadith Palsu dalam Ihya' Ulumuddin: Mengkritik Bukan Menghina
http://www.abuaqifstudio.com/2014/11/hadith-palsu-dalam-ihya-ulumuddin.html

Dr Fathul Bari - Jauhi Sifat K.U.M.A.N Dalam Beragama
http://www.abuaqifstudio.com/2014/11/ustazfathulbari-jauhi-sifat-kuman.html

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah. Barakallahufikum. ^__^

* Feel free to share and spread it

1 comments:

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top