Komen Abu Aqif: Semoga bermanfaat...

Forum: Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim
Tarikh: 30.10.2014 - Khamis

Panel:
Dr Fathul Bari Mat Jahaya (Exco Pemuda UMNO Malaysia) dan
Syed Azmi Alhabshi (penganjur program 'I Want to Touch a Dog')

Lokasi: Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI)


Video penuh: Keterbukaan Vs Sensitiviti Lazim (I Want to Touch a Dog)
http://www.abuaqifstudio.com/2014/11/keterbukaan-vs-sensitiviti-lazim-i-want-tp-touch-a-dog.html

Segmen Terpilih:

@ustazfathulbari - Jauhi Sifat K.U.M.A.N Dalam Beragama
http://www.abuaqifstudio.com/2014/11/ustazfathulbari-jauhi-sifat-kuman.html

@ustazfathulbari - Kesimpulan Boleh Sentuh Anjing Atau Tidak
http://www.abuaqifstudio.com/2014/11/ustazfathulbari-kesimpulan-boleh-sentuh.html


KELANA JAYA 31 Okt - Setiap percanggahan pendapat perlu diselesai dan diuruskan sebaik mungkin termasuk dengan mengadakan sesi perbincangan yang dilihat lebih rasional serta bertamadun.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata, apa jua isu dalam negara sewajarnya diberi ruang ke pentas perbincangan berpandukan hujah yang melibatkan kesemua pihak.

"Masyarakat mana yang wujud pada hari ini? Bila timbul sesuatu isu yang boleh diperjelas dan dibincangkan dengan hujah masing-masing, bagaimana masyarakat membuat konklusi? Apakah dengan membuat ugutan bunuh dan sebagainya. Ini bukan caranya. Dalam Islam juga terdapat percanggahan pendapat.

Percanggahan ini harus diurus dengan cara yang terbaik. Bincang walaupun ia isu sensitif atau menimbulkan kemarahan, bagaimana kita dapat berbincang dengan cara yang bertamadun."

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Forum bertajuk 'Keterbukaan dan Sensitiviti Lazim' : Di Mana Titik Tengah? bersama Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahaya dan Penganjur program 'I Want To Touch A Dog' Syed Azmi Alhabshi.

khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO, Fathul Bari, Syed Azmi Alhabshi, forum, AKHI, I Want To Touch a Dog, Rakyat News

Forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) itu diadakan di Kelana Jaya malam tadi.

Justeru, Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan itu berharap supaya perbincangan terhadap isu hangat tersebut dapat membawa kepada satu diskusi berbentuk ilmiah.

"Saya harap ia program diskusi ilmiah. Bukan untuk menghentam sesiapa tetapi ia perbicangan dengan lebih rasional dan berilmiah," ujar beliau.

AKHI merupakan satu akademi politik Pergerakan Pemuda UMNO yang membawa dua objektif utama iaitu sebagai pusat pengkaderan seperti menjalankan kursus pendidikan politik untuk bakal pemimpin dalam UMNO.

Objektif kedua AKHI pula adalah membuka ruang perbincangan terutamanya melibatkan isu-isu sensitif yang memerlukan penghujahan lanjut.

"Satu tajuk (forum) yang perlu dikupas dengan lebih lanjut. Ada yang kata program (I Want To Touch A Dog) itu salah dan tak perlu lagi diadakan forum, mempersolkan kenapa diberi pentas kepada Syed Azmi. Ada juga yang kata nak tampar beliau, jangan risau Syed Azmi, Raja Bomoh juga mahu tampar saya. Namun itu bukan caranya," katanya.

Sebelum ini Syed Azmi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila program 'I Want To Touch A Dog' anjurannya beberapa hari lalu dikatakan tidak sensitif terhadap masyarakat beragama Islam dalam negara. - www.rakyatnews.my









Gambar Lain di Facebook

---------------$$----------------

Posting berkaitan:

"I Want to Touch a Dog"
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/i-want-to-touch-dog.html

[Siaran Langsung] Forum: Why Should We Touch a Dog ?
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/forum-why-should-we-touch-a-dog.html

Why Should We Touch A Dog?
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/rakaman-forum-why-should-we-touch-dog.html

I Want to Touch a Dog - Sokongan Nurul Izzah Beri Impak Buruk
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/i-want-to-touch-dog-sokongan-nurul.html

I Want to Touch a Dog - Ustaz Iqbal dilabel Wahabi
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/i-want-to-touch-dog-ustaz-iqbal-juga.html

I Want to Touch a Dog - Hukum Menyentuh Anjing Tanpa Keperluan
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/i-want-to-touch-dog-hukum-menyentuh.html

I Want to Touch a Dog - Guna Alasan Ashabul Kahfi Untuk Bela Anjing
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/i-want-to-touch-dog-guna-alasan-ashabul.html

I Want to Touch a Dog - Syariat Zaman Nabi Musa Boleh Mandi Telanjang
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/i-want-to-touch-dog-syariat-zaman-nabi.html

I Want to Touch a Dog - Memuliakan Anjing Ada Unsur Kesufian Yang Melampau
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/i-want-to-touch-dog-memuliakan-anjing.html

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah. Barakallahufikum. ^__^

* Feel free to share and spread it

0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top