Soalan:
Apa hukumnya ada pemimpin di sebelah sana yang setuju LGBT dibenarkan di Malaysia.
Jawapan:
Bismillah,
LGBT (lesbian, gay, bisexual, transgender) semuanya adalah amal perbuatan yang Allah SWT dan Rasulullah SAW laknat. Disebutkan di dalam hadis,
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
“Rasulullah shallallahu‘alaihiwasallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (riwayat Bukhari no. 5435)
Laknat bererti ini bukan hal yang kecil. Perbuatan homoseks disebutkan di dalam hadis,
مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
“Barangsiapa mendapati orang yang melakukan perbuatan seperti yang dilakukan kaum Luth (liwat), maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukan.” (riwayat Ibnu Majah no. 2561, dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)
Apabila disuruh bunuh, ini menunjukkan hal itu merupakan perbuatan yang tidak elok. Lesbian turut membawa hukum yang serupa. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut,
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ
“‘Sesungguhnya kalian telah melakukan al-fahisyah (perkara yang sangat jijik), yang belum pernah dilakukan seorang pun di alam ini.‘” (surah Al-Ankabut: 28)
Allah menggambarkan kaum Luth yang melakukan suatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang sebelum mereka, iaitu perbuatan faahisyah yang bererti perbuatan yang jijik dan keji. Allah sendiri memanggil perbuatan homoseks itu sebagai jijik dan keji.
Kita tidak mengatakan mereka yang melakukan perbuatan ini kafir. Tetapi bagi orang yang mengatakan homoseks itu halal, ia boleh membawa kepada kekufuran. Jelas perbuatan ini haram di dalam Islam, dan umat Islam tidak boleh menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.
Persoalan bagi pihak yang menyokong dan ingin memberikan hak kepada golongan LGBT ini kerana alasan kasihan dan sebagainya; kenapa hendak menyokong mereka? Seolah-olah kita menyediakan senjata untuk penjenayah. Seolah-olah kita menyediakan pistol kepada penjenayah supaya mudah mereka buat kerja. Adakah cerdik perbuatan yang seperti ini?
Islam adalah agama yang menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada kerosakan. Sebab itu apabila hendak melaksanakan hudud tidak boleh secara tergesa-gesa. Disebabkan ingin melakukan serta merta, sebab itu ada yang tidak mampu melaksanakannya setelah memegang tampuk kepimpinan. Ini kerana ia perlu kepada perancangan dan ketelitian dari pelbagai aspek dan perspektif.
Di luar sana masih ada kedai-kedai yang menjual arak dan sebagainya; hal ini semua perlu dibincangkan, bagaimana untuk membuat satu undang-undang yang tegas buat kaum muslimin dalam isu arak, bagaimana untuk meminimumkan pengeluaran lesen-lesen arak, bagaimana untuk menghapuskan penglibatan umat Islam dalam jual beli arak dan sebagainya.
Ini kerana sekiranya perkara-perkara ini masih terbuka, kita perlu ingat pada zaman Umar Al-Khatthab RA di mana masa itu merupakan tahun kelaparan, ada orang miskin yang mencuri. Perbuatan mencuri adalah salah tetapi Umar tidak memotong tangannya. Ini kerana kemiskinan dan kelaparan mendedahkan dia kepada perbuatan mencuri.
Ini satu kiasan yang perlu kita fahami. Bukan bererti kita tidak perlu menegakkan hudud. Sebaliknya kita terus berusaha dan meneliti keseluruhan aspek. Begitu juga apabila kita bercakap tentang LGBT. Mengapa kita ingin memberi ruang? Jangan berikan ruang untuk keburukan yang seperti ini. Malah kita berhak memanggil mereka yang terlibat dan berikan tarbiyah serta kursus tentang agama dan akhlak kepada mereka. Itu satu kemestian dan peranan kita bersama, khususnya bagi pihak yang ada ilmu agama; jabatan-jabatan agama, pakar-pakar kaunseling dan motivasi. Kumpulkan mereka ini untuk memperbetulkan kesalahan mereka. Bukan kumpulkan mereka untuk mendengar suara dan keinginan mereka. Kerana tidak ada faedahnya kita mendengar perkara yang Allah laknat.
Saya ingin memberi contoh agar mudah difahami, bagaimana jika ditubuhkan satu kelab bagi orang-orang yang ingin berzina? Orang yang ingin berzina menyuarakan keinginan mereka untuk berzina kerana tidak ada duit untuk berkahwin. Mereka minta agar kita mendengar rintihan mereka. Mengarut atau tidak permintaan yang seperti ini? Mengarut. Jelas zina itu haram, maka untuk apa ditubuhkan kelab yang haram?
Sama juga dengan homoseks. Sama haramnya seperti haramnya zina. Kita perlu faham dan tidak boleh memberi ruang kepada perkara-perkara seperti ini. Kita perlu sampaikan pemahaman yang betul kepada masyarakat tentang bagaimana kita tidak boleh menyokong dan memberi ruang kepada sesuatu yang Allah dan Rasul laknat.
Lihat apa yang berlaku di Amerika. Wujud satu pertubuhan Progressive Muslims. Pengerusinya adalah orang melayu kita. Mereka membuat masjid untuk orang-orang gay dan lesbian. Dan di dalam laman web mereka dipaparkan mereka solat berjamaah di mana lelaki dan perempuan tidak menutup aurat. Buka laman web mereka dan lihat. Adakah kita ingin membawa semua ini masuk ke negara kita?
Apabila kita membuka satu ruang, percayalah kita akan membuka sepuluh lagi ruang yang lain. Sebab itu Islam menutup apa jua ruang yang boleh membawa kepada kemungkaran. Itu prinsip Islam. Apabila bercakap tentang zina, firman Allah SWT,
ولا تقربوا الزنا
“Dan jangan kamu mendekati zina.”
Allah tidak mengatakan “jangan kamu berzina”, sebaliknya Allah mengatakan jangan kamu mendekati zina. Maksudnya, segala perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina perlu dijauhi. Apatah lagi jika menyokong kelab-kelab seperti LGBT, kita sebenarnya mendokong kemungkaran yang dilaknat Allah SWT.
Walllaahua’lam.
-------------------------$$-----------------------
USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO iLMU)
Tajuk: Ceramah Isu Semasa "Fakta Benar"
Tarikh: 17.12.2012 (Isnin)
Lokasi: Dataran Felda Suharto
Video Penuh: http://www.youtube.com/watch?v=pH06NfC_jzI
Segmen Terpilih:
UFB - Khawarij Si Anjing-Anjing Neraka
http://www.youtube.com/watch?v=W4KtmXMukVk
UFB - Dulu Hosni Firaun. Sekarang Morsi Pula Firaun
http://www.youtube.com/watch?v=wZrC2gaTT-U
UFB - Hj Hadi Degil Tak Mahu Tarik Semula Amanat Mungkar
http://www.youtube.com/watch?v=RaZ9wCcZmi4
UFB - Allah Laknat LGBT
http://www.youtube.com/watch?v=2eSrCrB286M
UFB - Ada Dalil Membolehkan Doa Hancur UMNO..??
http://www.youtube.com/watch?v=_nqoRsFPH-I
UFB - Pemerintahan Di Malaysia Tidak Islamik..??
http://www.youtube.com/watch?v=iBn3r0eO-v8
UFB - Semua Agama Tolak Judi & Arak
http://www.youtube.com/watch?v=V_PzFIDrA8I
UFB - Nurul Izzah Belum Tarik Lagi Kenyataan Melayu Boleh Murtad
http://www.youtube.com/watch?v=U4Bgmx7wttg
UFB - Nga Kor Ming Ceramah Guna Ayat Quran
http://www.youtube.com/watch?v=ZnAgOFtROQ4
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah. Barakallahufikum. ^__^
* Feel free to share and spread it