Komen Abu Aqif: Ada yang kata DFB menyorokkan dalil berkenaan isu ini. Saya rasa mereka keliru.

Saya cuba meringkaskan hujah DFB dalam bentuk point supaya mudah difahami.

1. Uthman didesak letak jawatan. Rujuk Dalil 1
2. Hasan tidak didesak letak jawatan. Rujuk Dalil 2

3. Kaum munafiq Abdullah bin Saba' memaksa Uthman meletak jawatan. Rujuk Dalil 1

4. Uthman pertahan jawatan sebab wahyu/hadis. Rujuk Dalil 1
5. Hasan serah jawatan sebab wahyu/hadis. Rujuk Dalil 2

6. Najib ikut sunnah Uthman tidak letak jawatan apabila didesak
7. Tun ikut sunnah Hasan letak jawatan tanpa didesak

8. Tapi jangan lupa, ada satu kelompok lagi yang tidak di-highligt-kan yang ikut sunnah point no.3 di atas apabila memaksa pemimpin letak jawatan. Siapa itu?


Tambahan:

- DFB mengambil ibrah dari kisah Uthman tidak meletakkan jawatan dengan situasi PM kita Dato' Seri Najib adalah tepat kerana Uthman didesak meletakkan jawatan sepertimana Dato' Seri Najib yang juga didesak meletakkan jawatan.

- Menggunakan hujah Hasan ke atas situasi Dato' Seri Najib adalah tidak tepat kerana kerana Hasan tidak didesak meletakkan jawatan. Kisah Hasan sesuai untuk situasi Tun kerana kedua mereka meletakkan jawatan tanpa didesak. DFB faham dan bijak menyesuaikan dalil. Bukan DFB menyorokkan dalil.

- Kaum munafiq Abdullah bin Saba' memaksa Uthman meletak jawatan pula sama macam.. Eh malas la nak cakap.. Nanti kecik ati pulak.. Senang cerita mereka yang memaksa PM meletakkan jawatan ambil sunnah siapa?


___________
Rujukan:
___________
Dalil 1:

Kisah Uthman yang didesak oleh kaum munafik Abdullah bin Saba' supaya meletakkan jawatan, Rasul salallahu alaihi wasalam bersabda:

وَإِنْ سَأَلُوكَ أَنْ تَنْخَلِعَ مِنْ قَمِيْصٍ قَمَّصَكَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ فَلَا تَفْعَلْ“

"Dan jika mereka (pemberontak) memaksamu untuk melepaskan pakaian yang Allah subhanahuwa ta'ala pakaikan kepadamu (iaitu kekhilafahan), janganlah engkau lakukan." [Al-Humaidi dalam Al-Musnad (1/130), At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah]

___________
Dalil 2:

Kisah Hasan menyerahkan jawatannya kepada Muawiyah tanpa didesak.

Imam al Bukhari meriwayatkan dalam kitab Sahih-nya, dari jalur Abdullah bin Muhammad dari Sufyan dari Abu Musa, dia berkata:

Saya mendengar al Hasan berkata: "Demi Allah, al Hasan bin Ali mendatangi Muawiyah dengan membawa pasukan besar laksana gunung".

Amru bin al Ash berkata, "Menurutku pasukan ini tidak akan kembali hingga menghancurkan lawannya".

Muawiyah beliau adalah sebaik-baik orang berkata kepadanya: "Hai, Amru. Jika kedua pasukan ini saling bunuh, lantas siapakah yang akan mengatur urusan kaum Muslimin? Siapakah yang melindungi para wanita muslimah? Siapakah yang melindungi harta benda mereka?" Maka Muawiyah mengutus dua orang Quraisy dari Bani Abdi Syams kepada al Hasan, yakni Abdurrahman bin Samurah dan Abdullah bi Amir bin Kuraiz.

Muawiyah berkata kepada mereka berdua: "Temuilah dia, tawarkanlah (perdamaian) kepadanya. Katakanlah kepadanya dan mintalah agar dia menerimanya," Maka kedua utusan itupun menemui al Hasan dan mengutarakan maksudnya, dan memintanya agar menerima tawaran mereka. Lalu al Hasan bin Ali berkata kepada mereka berdua: "Kami dari kabilah Bani Abdul Muththalib telah memperoleh harta ini, dan sesungguhnya umat ini telah tertumpah darahnya".

Keduanya berkata, "Sesungguhnya Muawiyah menawarkan ini dan ini kepadamu, dia meminta agar Anda menerimanya."

Al Hasan berkata, "Siapakah yang akan menyokongku?"

"Kamilah yang menyokongmu," jawab mereka berdua.

Setiap kali al Hasan menanyakan hal itu, keduanya menjawab: "Kamilah yang menyokongmu, berdamailah dengannya!"

Al Hasan berkata: "Saya mendengar Abu Bakrah berkata, 'Aku pernah melihat Rasulullah di atas mimbar, sementara al Hasan bin Ali di sisi beliau. Kadangkala Rasulullah menatap al Hasan, dan kadangkala menatap para hadirin, lalu (beliau sallallahu alaihi wa sallam) berkata:

إِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ وَلَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ عَظِيمَتَيْنِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Sesungguhnya cucuku ini adalah sayyid. Mudah-mudahan dengannya Allah akan mendamaikan dua kelompok besar kaum Muslimin yang bertikai" [HR al-Bukhari 2704]

Hasan yang tanpa didesak oleh sesiapa mengikut petunjuk Nabi yang juga salah satu mukjizat Nabi yang terlebih dulu mengetahui pertembungan antara Hasan (dan pengikutnya) dan Muawiyah (dan pengikutnya) .

Dengan menyerahkan jawatannya maka dua kelompok besar umat Islam ketika itu bersatu di bawah satu khalifah iaitu Muawiyah.

Share dari Facebook: https://www.facebook.com/abuaqifstudio/videos/791339880974876/

2 comments:

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top