Komen Abu Aqif: Antara yang saya ingat dalam taklimat yang diberikan, jumlah ubat-ubatan yang dihantar ke Gaza adalah seberat 5 tan. MasyaAllah.. banyak tu..

Mereka juga akan cuba bawa pulang 100 kanak² yang kehilangan penjaga yang mana tercedera untuk dirawat di Malaysia.

Tapi ada suara² sumbang dari pembangkang kata misi ke Gaza adalah sau pembaziran. Lancang sungguh mulut mereka. Dah la tak membantu, menghina pula tu. Astaghfirullahalazim...

----------------------

SEPANG 14 Ogos - Rancangan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza bukan sekadar mensasarkan untuk membawa pulang anak-anak Palestin pulang ke Malaysia.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya yang mengesahkan perkara itu turut berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kejayaan pasukan misi yang bakal berhadapan dengan ancaman peperangan di bumi Palestin itu.

"Selain kita hantar bantuan makanan dan prubatan kita juga ada rencana untuk membawa pulang anak-anak kecil mereka yang perlukan pendidikan yang kehilangan ibu bapa dan tiada tempat tinggal.

"Segala perancangan kita itu akan diusahakan oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan bersama kita duta Palestin Ke Malaysia Dr Anwar Al Agha." katanya ketika ditemui Rakyat News selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan Ke Gaza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Majlis pelepasan disempunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan disaksikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Duta Mesir ke Malaysia Salleh Mohi Eldin El Wassimy, dan Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar al-Agha.

Beliau menjelaskan, pasukan misi ini akan memasuki ke Gaza bersama bantuan yang dibawa dan akan menyerahkan sendiri bantuan dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia (KP1M).

"Jika kita tidak menyerahkan sendiri apa yang kita bawa kita tidakan tahu adakah bantuan tersebut akan sampai. Sebelum ini bantuan-bantuan lain hanya menyerahkan di sempadan sahaja sehingga tamat tempoh.

"Kita tidak mahu ia berlaku seperti itu. Ini adalah amanah rakyat Malaysia yang sampai kepada kita dan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai pemimpin kita mahu ia sampai kepda yang memerlukan." katanya. - Rakyat News

@ustazfathulbari Komen Isu Boikot
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/ustazfathulbari-komen-isu-boikot.html

Misi Bantuan Kemanusian @KP1M GAZA
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/misi-bantuan-kemanusian-kp1m-gaza.html

@ustazfathulbari - Misi Membawa Keluar Anak² Palestin ke Malaysia
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/ustazfathulbari-misi-ke-gaza-kami-akan.html

@ustazfathulbari - Masyarakat Arab Perlu Bersatu Tangani Isu Palestin
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/ustazfathulbari-masyarakat-arab-perlu.html

@ustazfathulbari - Nasihat @MAS Henti Hidang Arak
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/ustazfathulbari-nasihat-mas-henti.html

@azeezputera Mengenal Pasti Anak-Anak Palestin Untuk Dibawa Ke Malaysia
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/azeezputera-mengenal-pasti-anak-anak.html

@azeezputera Melawat Rumah Mangsa Bom Israel
http://www.abuaqifstudio.com/2014/08/azeezputera-melawat-rumah-mangsa-bom.html



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top