"If Allah had presented himself to the people as a candidate he would not have been able to take this amount. We welcome Israel for what it has accomplished"

"Jika Allah mewakili diri-Nya sebagai calon pilihanraya Dia tidak akan dapat undi sebanyak ini. Kami meraikan kemenangan Israel"

Komen Abu Aqif: Ramai orang terasa dengan teguran yang dibuat oleh Mufti Saudi berkenaan dengan demonstrasi Gaza (lihat link ini). Kenyataan mufti tersebut menyatakan demonstasi adalah tindakan sia-sia. Benar, demonstrasi adalah tindakan sia-sia bahkan tidak bermanfaat. Kita konsisten dalam hal ini. Boleh cuba google guna keyword "demonstrasi abu aqif" anda akan lihat pendapat kami dalam isu demo masih tidak berubah.

Isu ini menjadi viral dan ramai penjahat agama cuba mengambil kesempatan dari ucapan Mufti Saudi tersebut. Kononnya mufti saudi tersebut mengeluarkan kenyataan yang tidak patut dan tidak sensetif. Padahal mufti tersebut dan ramai lagi Ulama telah mengharamkan apa jua demonstrasi dengan dalil dan hujah yang konkrit.

Lebih menyedihkan, budaya demonstrasi ini adalah budaya yang direka oleh Yahudi. Tetapi kita menggunakan budaya Yahudi untuk membantah Yahudi. Ironi kan?

Namun, kenyataan mufti tersebut tidaklah terlalu berat bahkan mempunyai asas dan hujah yang kukuh jika mahu dibandingkan dengan kenyataan Yusuf Qardawi ini (Lihat video). Kenyataan ini dibuat pada khutbah Jummat iaitu pada khutbah kedua. Yusuf Qardawi telah berkhutbah jika Allah mewakili diri-Nya sebagai calon pilihanraya belum tentu DIA akan dapat undi sebanyak ini (99%)seperti mana yang dimenangi oleh Netanyahu.

Dan selepas itu Yusuf Qardawi mengucapkan "We welcome Israel for what it has accomplished" iaitu Kami meraikan kemenangan yang diperolehi oleh Israel.



Nah, bagaimana ini? Sudahlah Yusuf Qardawi meraikan kemenangan Israel, lebih memburukkan lagi keadaan, beliau menghina Allah pula.

Mengapa pula Allah perlu bertanding dalam pilihanraya? Bukan sahaja beliau memasukkan Allah dalam pilihanraya tapi beliau merendahkan Allah tidak akan dapat mengalahkan undi yang diterima Netanyahu itu. Astaghfirullahalazim.. Bukankah ini adalah kata-kata kufur?

Kata-kata Yusuf Qardawi itu disanggah oleh ramai Ulama dan sehingga ke hari ini beliau masih belum menarik lagi kata² mungkar itu. Bahkan anak² muridnya di Malaysia berdiam diri akan kemungkaran ini dan cuba menyebarkan ajarannya yang sangat diragui. Semoga Allah memelihara Malaysia dari kejahatan Ulama seperti ini. Allahu musta'an...



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


9 comments:

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top