Playlist: http://www.youtube.com/playlist?list=PL4F7EBD89205D98C5
Azhar Idrus vs Ustaz Fathul Bari - Astarghfirullah.. USTAZ ANJING!!!!
http://www.youtube.com/watch?v=dOZixdCZGeI
Azhar Idrus Menyesatkan Ilmuan Muda UMNO (ILMU)
http://www.youtube.com/watch?v=qECGcgqPEcw
Menjawab Tohmahan Azhar Idrus Terhadap Syaikh al Albani
http://www.youtube.com/watch?v=0IyXEz8-7wQ
Azhar Idrus Memperlekeh Kitab al-Ibanah
http://www.youtube.com/watch?v=MKDoOyAIMHk
Pendirian Syaikh al-Albani terhadap Imam al-Bukhari:
Syaikh al-Albani menyatakan Imam al-Bukhari sebagai Syaikh al-Muhaditsin. (Rujuk: as-Silsilah ash-Shahihah, 6/129)
Manakala di kitab yang sama juga beliau turut menyebut Imam al-Bukhari sebagai Imam al-Muhaditsin. (Rujuk: as-Silsilah ash-Shahihah, 6/413)
Al-Albani juga menyatakan, “Bahawasanya Imam al-Bukhari tidak memerlukan sebarang pujian orang kerana Allah telah menjadikan kitab Shahih-nya berkedudukan tinggi setelah al-Qur’an yang mulia dan diterima oleh seluruh umat Islam di setiap penjuru dunia...”
Dalam muqaddimah edisi terakhir kitab Sifat Solat Nabi (Shifatu Shalaati an-Nabiyyi Shallatu ‘alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa), beliau menyatakan kritikannya terhadap orang-orang yang mendhaifkan hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim sebagaimana yang dilakukan oleh Muhammad al-Ghazali (guru al-Qaradhawi). Kemudian beliau menjelaskan bahawa Muhammad al-Ghazali ini menempuhi methodologi Muktazilah dalam membuat penilaian hadis.
Manakala dalam Tahrim Alat ath-Tharb, beliau dengan jelas menunjukkan sikap pembelaan terhadap hadis dalam Shahih al-Bukhari yang dilemahkan oleh Ibnu Hazm dan al-Qaradhawi dalam isu muzik.
Dalam Muqaddimah Syarah ath-Thahawiyah, Syaikh al-Albani menyatakan tentang Shahih al-Bukhari dan Muslim:
كيف والصحيحان هما أصح الكتب بعد كتاب الله تعالى باتفاق علماء المسلمين من المحدثين وغيرهم، فقد امتازا على غيرهما من كتب السنة يتفردهما بجمع أصح الأحاديث الصحيحة، وطرح الأحاديث الضعيفة والمتون المنكرة، على قواعد متينة، وشروط دقيقة، وقد وفقوا في ذلك توفيقًا بالغًا لم يوفق إليه من بعدهم ممن نحا نحوهم في جمع الصحيح، كابن خزيمة، وابن حبان، والحاكم، وغيرهم حتى صار عرفًا عاما أن الحديث إذا أخرجه الشيخان أو أحدهما، فقد جاوز القنطرة، ودخل في طريق الصحة والسلامة, ولا ريب في ذلك، وأنه هو الأصل عندنا، وليس معنى ذلك أن كل حرف أو لفظة أو كلمة في "الصحيحين" هو بمنزلة ما في "القرآن" لا يمكن أن يكون فيه وهم أو خطأ في شيء من ذلك من بعض الرواة، كلا فلسنا نعتقد العصمة لكتاب بعد كتاب الله تعالى أصلا، فقد قال الإمام الشافعي وغيره: "أبى الله أن يتم إلا كتابه"، ولا يمكن أن يدعي ذلك أحد من أهل العلم ممن درسوا الكتابين دراسة تفهم وتدبر مع نبذ التعصب، وفي حدود القواعد العلمية الحديثة، لا الأهواء الشخصية، أو الثقافة الأجنبية عن الإسلام وقواعد علمائه
“Dua kitab Shahih (iaitu Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim) adalah dua kitab yang paling sahih setelah al-Qur’an berdasarkan kesepakatan seluruh ahli hadis dan selainnya, di mana dua kitab tersebut lebih unggul dari kitab-kitab sunnah (kitab-kitab hadis) selainnya dalam menghimpunkan hadis-hadis yang paling sahih serta meninggalkan hadis-hadis dha’if dan mungkar dengan berpandu kepada kaedah-kaedah yang menakjubkan (solid) dan syarat-syarat yang sangat ketat. Benar-benar mereka ini (al-Bukhari dan Muslim) telah mendapat taufiq dalam usahanya tersebut yang mana ianya tidak diberikan kepada para ulama ahli hadis setelahnya yang berusaha mengikuti langkah keduanya dalam menghimpun hadis-hadis sahih sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Hakim, dan yang selainnya. Sehingga termasuk dalam keumuman maklumat (ilmu) yang masyhur apabila suatu hadis itu diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim atau salah satu darinya, maka hadis tersebut adalah sah dan selamat.
Ini tidak ada keraguan lagi dan itulah dia kaedah asalnya berdasarkan keyakinan kami. Tetapi bukanlah bererti bahawa setiap huruf dan lafaz atau perkataan yang terdapat dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim itu seperti kedudukan al-Qur’an, yang padanya tidak mungkin ada kekeliruan atau ketergelinciran yang ada pada sebahagian rawi. Sekali-kali tidak. Kita tidak berkeyakinan ada sebuah kitab yang ma’shum setelah al-Qur’an. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam asy-Syafi’i dan selainnya, “Allah enggan untuk menyempurnakan sebarang kitab selain dari Kitab-Nya.”
Dan tidak akan ada satupun dari kalangan ahli ilmu yang mempelajari dua kitab Shahih tersebut dengan penuh ketelitian tanpa fanatik mazhab, berpandukan kepada disiplin ilmu hadis, bukan hawa nafsu peribadi, atau pendidikan yang jauh dari Islam serta kaedah-kaedah ulama.” (al-Albani, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 22-23 – al-Maktab al-Islami, Cet. Ke-8, Beirut)
‘Abdul Fattah Abu Ghuddah adalah di antara tokoh yang menghalalkan khamr bagi tujuan perubatan kerana mengikuti mazhab hanafi.
Ketika Syaikh al-Albani bersoal-jawab dengan ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah, Syaikh al-Albani menanyakan kepadanya, “... Dalam sunnah (hadis) dijelaskan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebutkan khamr (arak) sebagai penyakit, bukannya ubat. Lalu adakah wajar bagi seorang doktor Muslim untuk menyatakan khamr ini sebagai ubat sedangkan Nabi mensifatkannya sebagai penyakit?”
Abu Ghuddah menjawab, “Mungkin hadis tersebut dha’if (lemah), tidak sahih.”
Al-Albani menyatakan, “Mana mungkin hadisnya lemah, bukankah ia diriwayatkan dalam Shahih Muslim?”
Abu Ghuddah menjawab, “Untuk lebih jelas dan yakin, nanti kita akan semak lagi.”
Lalu ada orang lain menyampuk, “Jika hadisnya benar-benar sahih, adakah engkau akan menerimanya atau tetap berpegang dengan mazhab (mazhab Hanafi)?”
Abu Ghuddah menjawab dengan selamba, “Aku akan berpegang dengan mazhab.” (lihat: al-Albani, Muqaddimah Kasyfu Niqab ‘Amma fii Kitaab Abi Ghuddah, m/s. 9. Kitab boleh dimuat turun di sini, http://www.archive.org/download/22064waq/22064.pdf)
Pernyataan ini menjadi bukti yang membezakan di antara sikap ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah dengan al-Albani terhadap hadis-hadis Nabi dan kitab Shahih Muslim!
Sekaligus menjadi saksi manhaj al-Albani terhadap hadis-hadis nabi yang sahih, sikap yang tidak taksub, serta pengiktirafan terhadap Shahih Muslim secara umum!
Demikianlah sebahagian contoh sikap Syaikh al-Albani terhdap Imam al-Bukhari rahimahullah.
Dalam satu sesi kuliah oleh Ust. Azhar Idrus, beliau menukil dari Kitab Tanaqudhat al-Albani karya Hasan as-Saqqaf (guru Zamihan al-Ghari) bahawa al-Albani sewenang-wenangnya mengkritik hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari.
Memang Hasan as-Saqqaf membuat satu judul khas dalam kitabnya tersebut berkaitan al-Albani yang melemahkan hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim.
Tp ironinya, adakah Azhar Idrus tidak menyedari bahawa Hasan as-Saqqaf sendiri mencela puluhan hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim berdasarkan methodologi Muktazilah. Termasuklah hadis jariyah yang menjawab pertanyaan Nabi tentang di mana Allah dengan jawaban di langit.
Ini adalah sebagaimana komentar Sulaiman B. Nashir al-Ulwan* terhadap kitab Tanaqudhat al-Albani ketika beliau mengkritik as-Saqqaf:
وقد عقد السَّقَّاف في كتابه المبتور "تناقضات الألباني" (1/9) فصلاً لبيان الأحاديث التي ضعفها الألباني في البخاري أو مسلم مع أن السَّقَّاف طعن كما هنا في حديث الجارية وطعن في عشرات الأحاديث المخرجة في الصحيحين أو أحدهما لكونها تخالف اعتقاده كما سنبينه إن شاء الله فيما
يأتي.
وأما كتابه "تناقضات الألباني" فقد وقع فيه في خبط وخلط وتناقض فظيع واضطراب وكذب في النقل فلا يُغتر به وقد ثبت عندي بقراءة بعض كتب السَّقَّاف أنه عدو للسنة والتوحيد وأنه جهمي جلد ومن قرأ هذه الرسالة مع اختصارها عرف ما قلت وعرف أن أهل البدع لا يزالون يدأبون لهدم العقيدة السلفية وتجديد العقيدة الجهمية
* Beliau antara ilmuan pro-ikhwan al-Muslimin.
Malah Sulaiman B. Nashir al-Ulwan sendiri mengatakan Hasan as-Saqqaf ini sebagai Jahmiyah sejati dan musuh kpd sunnah!
Siapa Hassan al-Saqqaf?
Hassan Ibn Ali al-Saqqaf berasal dari Jordan. Beliau mendakwa dari keturunan Khalifah Ali Ibn Abi Talib radhiyallahu'anhu dan cukup berbangga dengan pangkat itu seolah-olah ianya menjaminkan dirinya bersifat ma'sum dan sentiasa di atas kebenaran.
Beliau cuba menonjolkan diri bahawa beliau seorang ahli Sunnah yang bermazhab al-Imam al-Syafi`i. Dalam masa yang sama beliau selalu menghentam secara lisan para sahabah yang terlibat dalam peperangan menentang Khalifah Ali Ibn Abi Talib radhiyallahu'anhu.
Di negara-negara Timur Tengah, istilah "as-Saqqafiyyah" ini amat masyhur bagi merujuk kepada pemikiran rosak golongan yang merujuk kepada kitab-kitab dan tulisan-tulisan pengasasnya, Hassan al-Saqqaf.
Syaikh Ali Hasan al-Halabi mengatakan, bahwa orang yang mengetahui buku Tanaqudlaat Albany ini, tidak lepas dari 4 jenis orang :
1. Orang bodoh yang dengki, yang hanya melihat judul bukunya saja namun tidak mengetahui realiti isinya, hanya karena selaras dengan kedengkian dan hawa nafsunya, mereka menggunakan buku ini untuk membantah tanpa diiringi dengan kefahaman dan pengetahuan.
2. Orang-orang hasad yang licik, yang mereka mengetahui isi buku ini namun mereka jahil terhadap hakikatnya dikarenakan hasad mereka telah mendarah daging dan menyatu dengan desahan nafas mereka.
3. Pelajar yang bingung yang tidak mengetahui al-Haq
4. Pelajar yang adil yang mengetahui kebodohan as-Saqqof dan menyingkap hakikat dirinya.
Dari keempat macam orang ini, mubtadi’ dan pembelanya, serta Hizbut Tahrir tidak lepas dari 3 macam orang yang disebutkan di awal.
Bacaan selanjutnya di sini: http://abusalma.wordpress.com/2006/09/25/115914862920396347/
Lagi berkenaan Hassan al-Saqqaf: http://badutagama.blogspot.com/2008/07/albani-dan-kedah-ilmiyah-as-saqaf.html
Berikut adalah kenyataan JAKIM berkenaan Hassan al-Saqqaf
"Di samping itu al-Saqqaf juga dikatakan mempunyai kecenderungan kepada SYIAH walaupun beliau bukan seorang SYIAH (istilah Arab dipanggil mutasyaiyyi'), ini berkemungkinan disebabkan oleh pandangan beliau yang banyak menyebelahi SYIAH seumpama mempertikaikan Mu'awiyah sahabat Rasulullah SAW, Mentashihkan hadith "ana madina al'ilmi wa Aliyyu babuha" (aku bandar ilmu sedangkan Ali pintunya), menolak hadith Kitab Allah dan Sunnahku dan mentashihkan hadith Kitab Allah dan Ahli Baytku serta pandangan selainnya yang menyebabkan beliau dituduh sebagai berkecenderungan SYIAH. Antara kesan buruk daripada kelantangan golongan ini menentang golongan Salafiyyah, akhirnya ia telah memberi satu kelebihan buat mazhab SYIAH untuk memantapkan hujah-hujah mereka, sekiranya kita merujuk kepada kitab-kitab SYIAH kontemporari kita akan dapati method baru yang dilaksanakan oleh SYIAH adalah menggunakan bahasa Ahli Sunnah untuk menolak Ahli Sunnah sendiri.
Sumber:
Jurnal Penyelidikan Islam, Bil. 19, 1427H,
"Isu Wahhabiyah: Menangani Secara Realiti", ms. 109-110
oleh Mohd Aizam Bin Maz'od, Cawangan Aqidah, JAKIM
Lagi pembacaan lanjut "Menjawab Tohmahan Terhadap al-Albani"