[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=GiOTuW2DqcA[/youtube]

Kuliah: Seminar Fitnah Akhir  Zaman
Lokasi: Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam
Tarikh: 31/05/2011
Panel:
- Dr Maza
- Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin
- Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan

Semenjak dua menjak ni Abu Aqif lihat blog Pena Minang giat menerangkan tentang penyelewengan SYIAH, bahaya SYIAH, kesesatan SYIAH dan macam² lagi yang berkaitan dengan SYIAH. Abu Aqif sangat tertarik dan kagum dengan semangat dan konsistensi Pena Minang untuk menjaga kesucian agama Islam di Malaysia. Oleh itu Abu Aqif dedikasikan video ini (video lama diedit semula) untuk membantu Pena Minang dalam membongkar SYIAH di dalam Malaysia khususnya di dalam politik di Malaysia.



Persoalan yg mesti ditimbulkan sebelum melihat video ini adalah, bagaimanakah SYIAH boleh bercambah di Malaysia? Kenapa mereka semakin berani? Siapa yang membuka ruang untuk mereka? Siapa yang membuka jalan untuk mereka? Perkara ini sangat ditakuti. Mahukah kita korbankan negara kita kepada golongan SYIAH ini? Sanggupkah kita melihat anak kita dibakar seperti apa yang berlaku di Iraq..? Sanggupkah kita melihat anak² gadis kita dirogol dan dibunuh..? Dan macam² lagi perbuatan terkutuk yang mereka lakukan yang kita tidak sanggup melihatnya. Klik sahaja link dibawah kategori "SYIAH SESAT" sebelah kanan ini. Antum semua akan dapat lihat pembongkaran SYIAH. Penyelewengan, bahaya dan kesesatan SYIAH sudah lama dilakukan oleh ilmuan di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Di dalam klip video ini, wakil PAS dengan kewarasan akal fikirannya, telah mengetahui akan kewujudan kelompok SYIAH di dalam parti yang diwakilinya tetapi jawapan yang diutarakan setelah di tanya Abu Aqif sungguh memeranjatkan..!! Adakah kita mesti merasa hairan kenapa SYIAH semakin bertambah di Malaysia..?? Apa yang patut kita hairan adalah, kenapa beliau memberi jawapan serupa itu. Adakah semua pemimpin tertinggi PAS berpendirian serupa ini..?? Lihat blog Pena Minang untuk mengetahui lebih lanjut akan kesesatan dan bahaya SYIAH ini.

Dan Abu Aqif juga ingin mengucapkan terima kasih kepada GAP & AIDC kerana telah banyak membantu mempromosikan blog Abu Aqif Studio. Begitu juga PISAU.NET & Terompah Besi. Semoga dengan bantuan antum dakwah semakin berkembang di Malaysia. InsyaAllah..

Akhir kata, lihatlah sendiri video ini. Abu Aqif tak tahulah bagaimana mereka boleh menerima SYIAH sedangkan saudara kita di IRAQ diseksa, dibunuh, dirogol, dibakar malah pelbagai lagi seksaan yg menimpa mereka. Semoga mereka diberikan hidayah dan kembali kepada pegangan ahli sunnah yang sebenar. Sedarlah wahai saudaraku dari PAS. SYIAH itu bukan kawan malah mereka adalah musuh kita, musuh ahli sunnah zaman berzaman.




Imam Syafie berkata tentang Syiah:
"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu (bohong) seperti golongan Syiah".

[Sunnah Dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhamma Gharib. Edisi pertama. Surabaya. l984.]

**New Updates: Jawapan KP PAS: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10150402388812312&id=303331692311

Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html

http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/groups/abuaqifstudio

13 comments:

  1. Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi(UNH) : mereka(syiah) boleh menyertai PAS, dengan syarat mengikut dasar(perlembagaan) PAS. ~ masa ke (2:46-2:49)

    Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi : Dasar kita(PAS) adalah ahli sunnah wal jamaah(ASWJ), itu JELAS, dalam perlembagaan kita pun jelas disebut Al-Quran dan Hadis dengan menggunakan mazhab ASWJ. ~ masa ke (1:10-1:20)

    Berdasarkan ucapan UNH beliau menegaskan bahawa jika syiah hendak menyertai PAS, mereka mesti(WAJIB) mengikut dasar PAS iaitu dengan mengikut mazhab ahli sunnah wal jamaah dan meninggalkan pegangan syiah.

    Persoalannya dibahagian manakah yang menunjukkan UNH/PAS menerima pegangan dan ideology syiah?

    wallahu ta'ala alam

    ReplyDelete
  2. ceh.. kalau ikut dasar PAS bukan la syiah namanya..

    kalau ya pun diaorg ikut dasar PAS, kenapa SYIAH masih banyak dalam PAS..?? ikut dasar masa isi borang je..? Masa demonstrasi, junjung gambar khomeini.. kata² tu tidak boleh menyejukkan hati kami wahai pemimpin PAS...

    SYIAH mesti dibenteras..!!!!

    ReplyDelete
  3. memang betul kita kena banteras syiah, tapi dimana bukti yang didalam PAS terdapat banyak PAS? kalau hanya omong kosong semua orang boleh cakap tanpa bukti

    ReplyDelete
  4. *pembetulan

    memang betul kita kena banteras syiah, tapi dimana bukti yang didalam PAS terdapat banyak syiah? kalau hanya omong kosong semua orang boleh cakap tanpa bukti

    ReplyDelete
  5. nak bukti tengok kat blog pena minang.. kan Abu Aqif dah bagi link tu.. klik kat nama pena minang.. tak baca ke bro..

    ReplyDelete
  6. lidah orang PAS dah jadi mcm lidah orang syiah , perangai orang pas pun serupa orang syiah , ada 'lakonan' sebagaimana lakonan orang syiah !

    orang syiah memang tak akan mengaku sebagai syiah dikawasan ASWJ !

    yang aku pasti , dalam PAS ramai syiah , syiah telah lama bertapak dalam budaya, gaya , sikap dan peranagi orang pas !
    segala ini hanya membuatkan aku semakin tak suka pada pas , membuatkan aku semakin tak percaya pada pas !

    ReplyDelete
  7. Bukankah Syiah mengamalkan taqiyah? Jadi, bagaimana kepimpinan Pas hendak tahu sama ada kaum Syiah ini benar2 mahu mengikut perlembaan parti mereka?

    Para sahabat dan isteri nabi pun berani mereka hina, inikan pula setakat Ostad Nasrudin Hasan Tantawi. Nampak sangat kebodohan beliau dan beliau x layak dipanggil ustaz (bagi saya).


    Piiirrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh PAS

    ReplyDelete
  8. khairi kata, sama jawapan dgn dia.. dengar la betul2...

    ReplyDelete
  9. Satu sebab mengapa Iran TIDAK AKAN DISERANG OLEH israel mahupun sekutu2 nya...SYIAH..SYIAH ..Dakyah yang memecah belahkan umat ISLAM dari kalangan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  10. PAS sedia terima sesiapa sahaja yg mahu menyokongnya.. Tp utk menjadi pemimpin2 PAS, hendaklah mempunyai ilmu Agama dan akhlak yg baik.. PAS bertegas dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kan dah disebut dlm video tu.

    Kpd Admin, tolong jgn buat fitnah. Nanti akan jatuhkan kredibiliti anda.

    ReplyDelete
  11. @Hujjah.. jgn terima org sebarangan.. takut nnti "luka yang kecil merebak sehingga ke pucuknya"...

    ReplyDelete
  12. sy lihat KJ memerli "ikut dasar Pas,sama jawapan dia" bermaksud..sama jawapan dgn "bole"..itu yg sy faham la,tp xtau kalau la klu anda..

    ReplyDelete
  13. boleh senaraikn kat maner ahli pas yg berpegang pada syiah... insya allah kalau ade sy akn banteras.

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top