Cubaan Jatuhkan Pemerintah Terkeluar Dari Ahli Sunnah Wal Jamaah
Semoga Allah merahmati Ustaz Idris Sulaiman dalam usahanya menerangkan kebenaran dan sekaligus menyangkal tohmahan pembangkang dalam banyak isu berkaitan pemerintahan dan membongkar kesilapan atau kejahilan pembangkang dalam agenda mereka memanipulasi agama demi kepentingan politik. Semoga kesucian agama sentiasa terpelihara dan semoga pemerintah dan orang yang bersama dengan pemerintah sentiasa berada dalam kebaikan. Amin..
Kuliah: Kitab Syarah al-Sunnah (Kuliah Ke-4)
Lokasi: Kajang
Tarikh: 01/02/2012 - Selepas Maghrib
Penyampai: Ustaz Idris Sulaiman
Kitab Syarah al-Sunnah karya Imam al-Barbahariy. Ini adalah kuliah ketiga. Masih menyentuh bab berpegang teguh dengan jamaah. Semoga Bermanfaat..
Playlist: http://www.youtube.com/playlist?list=PL7ACBD4639D1458DE&feature=view_all
Video Penuh: http://www.youtube.com/watch?v=quF54mu4qpo
Kitab Syarah al-Sunnah karya Imam al-Barbahariy. Masih menyentuh bab berpegang teguh dengan jamaah. Point ke-2 & ke-3.
Antara syubhat mereka:
Kami bukan menjatuhkan pemerintah. Ketika mengundi, parlimen dibubarkan. Jadi, tiada pemerintah di ketika itu. Kami cuma memilih siapa yang bakal menjadi pemerintah berikutnya. Jadi, tidak timbul soal isu menjatuhkan pemerintah.
Maka, syubhat mereka tertolak sama sekali kerana:
- di awalnya mereka telah setuju dan bersepakat bahawa demokrasi bukan dari Islam
- juga mereka telah bersetuju dan sepakat bahawa kita mentaati pemerintah dalam hal yang makruf
- malangnya, ironinya, jahilnya syubhat yg mereka timbulkan sekarang yakni, parlimen dibubarkan maka tidak ada pemerintah. bagaimana mereka boleh menggunakan dalil sebegini tetapi pada awalnya mereka sudah berpegang bahawa demokrasi itu bukan dari Islam. Tidakkah berlaku kontradik di situ..? Mereka guna demokrasi utk menjawab atau mencantas hujah dan dalil dari al-Quran & Sunnah. Tidakkah itu sesuatu yang pelik..! Malah ianya Hairan lagi Ajaib..!
- dan lagi, jikalau pun pemerintah bersetuju untuk mengadakan pilihanraya di mana semasa pilihanraya tersebut membenarkan utk menjatuhkan pemerintah, bukankah ia adalah hal yang maksiat dan tidak perlu kita mentaati arahan dari pemerintah yang maksiat. Melainkan ianya hal yang makruf, maka ianya tertolak sama sekali.
- sangat hairan hujah yang mereka gunakan. adakah al-quran & hadith begitu rendah martabatnya sehingga mereka membangkitkan dalil dari yahudi (demokrasi) yang jelas kufur semata-mata untuk mematahkan hujah dari al-quran & hadith. Allahu musta'an..
* Masih saya tidak 'cut' video kepada sub topik kerana saya tidak tahu part mana yang saya boleh cut kerana semuanya penting dan bersangkut paut. Adalah sangat digalakkan untuk menonton dari mula hingga habis untuk mengetahui siapakah ahli sunnah sebenar dan mengapa kita wajib mentaati pemerintah.
** Pembangkang juga dinasihatkan menonton video ini dengan minda yang terbuka dan menilai sebaik-baiknya berdasarkan hujah dan dalil yang telah disertakan. Jangan dahulukan emosi daripada wahyu. Saya tahu, anda juga mahukan yang terbaik untuk agama.
Terjemahan kitab dalam bentuk pdf yg boleh dikongsikan pada waktu ini boleh didapati di sini:
http://shirotholmustaqim.files.wordpress.com/2009/12/imam-al-barbahari-syarhus-sunnah.pdf
Walaubagaimana pun kepada sesiapa yang ingin membeli kitab boleh rujuk kepada link ini:
http://www.ilmu-islam.com/index.php/buku/aqidah-teologi/syarhus-sunnah-imam-al-barbahari-1-jam-memahami-aqidah-islam.html
Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html
http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/abuaqifstudio