Komen Abu Aqif: Tahniah kepada gerak kerja Eksklusif di atas inisiatif mereka dalam usaha membenteras amalan SYIRIK di PULAU BESAR, MELAKA di mana ia kelihatan masih diamalkan di sana.
Walaupun ada usaha dari kerajaan Negeri Melaka membenteras amalan Syirik di pulau tersebut, tetapi masih terdapat segelintir daripada mereka yang masih mengunjungi pulau tersebut untuk melakukan kesyirikan tanpa mereka sedari dengan memohon hajat atau memuja-muja di kuburan yang kononnya ianya adalah kubur-kubur para wali.
Diharap pihak Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Negeri Melaka dapat berbuat sesuatu dalam membendung amalan Syirikvdi pulau tersebut. Perkara ini bukan perkara kecil. SYIRIK adalah isu BESAR.oi
Syirik Sebagai Sebesar-besar Kezaliman
Allah berfirman (maksudnya):
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di ketika beliau memberi pelajaran kepadanya: “Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (mensyirikkan) Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.” (Surah Luqman, 31: 13)
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan bahawa Luqman adalah insan yang sangat terpuji dan Allah telah menganugerahkan hikmah kepadanya. Yang kemudiannyanya Allah menyatakan pula bahawa dia memberi pelajaran untuk anaknya yang merupakan manusia yang paling beliau sayangi serta paling berhak mendapat didikan darinya yang dengannya beliau memberi beberapa untaian nasihat yang sangat penting.
Maka, nasihat yang paling utama yang beliau sampaikan untuk anaknya adalah berupa nasihat supaya mentauhidkan Allah dengan menjauhi segala bentuk kesyirikan. Beliau menjelaskan bahawa betapa syirik adalah suatu perbuatan yang merupakan sebesar-besar kezaliman.
Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam firman-Nya (mkaksudnya):
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah an-Nisaa’, 4: 48)
Di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa dosa syirik adalah sebuah dosa yang tidak terampunkan. Sekiranya manusia itu mati sebelum sempat bertaubat dari perbuatan syiriknya, maka tiada ruang baginya untuk diampuni. Berbeza dengan dosa-dosa yang selainnya, di mana Allah masih memberi ruang kepada pelakunya diampuni.
Acara: Eksklusif - Episod "Keramat Kubur Wali"
Lokasi: TV1
Tarikh: 29/03/2012 - 10.30 malam
Jemputan: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Video Penuh: http://www.youtube.com/watch?v=ErhloGkbrYc
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah. Barakallahufikum. ^__^
* Feel free to share and spread it