[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=vE0gjbB7hQc[/youtube]

Kemalangan Lori Tangki Minyak
Lokasi: Lebuhraya Lembah Klang Selatan Menuju Ke Puchong (Lihat Info)
Tarikh: 04/04/2012
Waktu: Antara Jam 3:30AM - 4:00AM
Lokasi: http://goo.gl/eKGDf

Video Penuh: http://www.youtube.com/watch?v=vE0gjbB7hQc















Kami dalam perjalanan balik dari Ceramah di Palong 2 ke Shah Alam. Kebetulan kami keluar tol Kajang dan sedang menghala ke Shah Alam. Lori sudah pun terbalik dan terbakar ketika kami sampai. Bomba masih belum tiba ketika video ini dirakamkan. Bagaimanapun kedaan pemandu tidak diketahui sebab kami tak berani pergi dekat disebabkan lori yang terbakar itu kerap meletup-letup. Dipercayai lori yang terbakar itu membawa muatan minyak yang penuh melihatkan apinya yang begitu marak. Dari jarak yang jauh pun masih terasa bahang dari lori yang terbakar. Bagaimana pula jika di akhirat nanti ya..?

Sunnah untuk kita apabila mendengar, melihat atau ditimpa musibah supaya membaca doa di bawah ini





Ertinya: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Doa tersebut adalah daripada Surah Al-Baqarah ayat 156 seperti dibawah.






(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." - Al-Baqarah 2:156

Jadi, selepas ini bolehlah kita amalkan, jika mendengar, melihat atau ditimpa musibah terus membaca doa ini supaya kita mendapat pahala menghidupkan sunnah sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi kita. Allahua'lam..

Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html

http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/abuaqifstudio
 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top