Minta maaf kerana makan masa untuk menyiapkan video seperti yang dijanjikan. Di atas beberapa kekangan aktiviti editing terpaksa dikurangkan.
Komen Abu Aqif: Masa dapat duit UMNO, masa dapat duit kerajaan Dr. Maza kata nak tegur pemimpin kena berdepan. Jumpa cakap tegur elok-elok. Bila dah tak dapat duit UMNO, tak dapat duit kerajaan terus balun pemimpin di belakang. Dan berceramah la beliau rata ceruk, menyindir, mengumpat dan memburukkan pemimpin sepuas hati.
Fatwanya berubah-ubah. Adakah ini bermakna semua fatwa beliau semasa menjadi Mufti adalah MENGAMPU pemimpin semata-mata? Dan adakah fatwa beliau sekarang adalah MENGAMPU pembangkang pula?
Mungkin ada yang akan memberikan alasan beliau ada qaul jadid dan qaul qadim seperti Imam Syafie iaitu pendapat yang lama dan pendapat yang baru. Soalan saya, adakah beliau layak di sama tarafkan dengan Imam Syafie? Dan jikalaupun beliau layak di sama tarafkan dengan Imam Syafie (nauzubillahiminzalik), Imam Syafie mempunyai pendapat yang baru kerana telah terjumpa hadith yang lebih sahih dari hadith yang diamalkan pada waktu itu. Tetapi apa alasan Dr. Maza menukar pandangannya? Beliau pun terjumpa hadith yang lebih kukuh kah? Atau beliau mendapat wahyu terus dari Jibril? Atau mungkin beliau frust kerana tidak dapat duit UMNO atau duit kerajaan?
Jawapannya ada pada Dr. Maza sendiri. Mungkin 2-3 tahun akan datang, fatwanya berubah lagi. Siapa tahu.
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..