Komen Abu Aqif: Orang kaitkan Kassim Ahmad dengan UMNO. Betul ke dia ahli UMNO. Jika betul pun dia ahli UMNO, benda salah kita tetap kata salah. Sama macam Syiah dalam PAS. Memang ramai syiah dalam PAS. Tapi tak boleh kata semua orang PAS tu Syiah.

Dr Fathul Bari - Menjawab Isu Ideologi Anti Hadith Kassim Ahmad (Full)
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-menjawab-isu-ideologi.html

Segmen Terpilih:

Dr Fathul Bari - Syiah Adalah Anti Hadith Malah Lebih Teruk
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-syiah-adalah-anti.html

Dr Fathul Bari - Adakah Kassim Ahmad Benar² Anti Hadith?
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-adakah-kassimahmad.html

Dr Fathul Bari - Adakah Tun Mahathir Anti Hadith?
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-adakah-tun-mahathir.html

Dr Fathul Bari - Adakah Kassim Ahmad Ahli UMNO?
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-adakah-kassimahmad-ahli.html

Dr Fathul Bari - Saya Sedia Bersemuka Dengan Kassim Ahmad Secara Tertutup
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/02/ustazfathulbari-saya-sedia-bersemuka.html



KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sebarang fahaman atau ideologi yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) perlu ditolak sama sekali di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti itu dalam soal berkenaan adalah tegas dan jelas bahawa mereka berpegang kepada akidah serta prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, pendirian berkenaan sebagaimana disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu.

"Justeru sebarang kefahaman atau ideologi yang menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak sama sekali.

"Ini termasuk usaha memperlekeh dan meremehkan hadis Nabi Muhammad SAW yang merupakan hukum syariah kedua tertinggi selepas al-Quran. Ini adalah sejajar dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu bekas aktivis politik, Dr. Kassim Ahmad yang mengeluarkan kenyataan didakwa boleh menyesatkan akidah umat Islam baru-baru ini.

Kenyataan Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi sehingga menyebabkan pelbagai pihak mahu beliau dikenakan tindakan undang- undang.

Kelmarin Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh terhadap ideologi itu yang secara terang-terangan bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.

Dalam pada itu, Najib memberitahu bahawa lima ahli UMNO dikenakan hukuman dipecat keahlian kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Kata beliau, mereka antara lain melakukan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang.

Mereka ialah Baharim Abdullah dari UMNO Bahagian Kuala Pilah, Abdul Mohsin Mohd. Sharif (Tasik Gelugor), Mohd. Amri Che Ad (Tasik Gelugor), Hasan Bahri Mat Isa (Jempol) dan Mohd. Zulkefli Zakaria (Bachok).

Sementara itu, Najib memaklumkan persidangan cawangan UMNO akan bermula dari 1 April hingga 18 Mei ini. - Utusan Malaysia




Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top