Komen Abu Aqif: Posting sebelum ini saya telah membawa sanggahan ilmuan dan ulama terhadap fatwa batil Dr Yusuf Qardawi berkenaan penghalalan gelatin babi. boleh rujuk di sini.

Tetapi tahukah anda bahawa sebelum Dr Yusuf Qardawi menghalalkan gelatin babi seperti yang anda baca pada posting yang lepas, beliau pernah memfatwakan bahawa gelatin babi adalah haram.

Pada tahun 1998 Dr Yusuf Qardawi telah menghadiri perjumpaan Majlis Fiqh Islam di Jeddah Arab Saudi dan telah menandatangani akan fatwa keharaman mengambil manfaat daripada tulang dan kulit haiwan dalam pembuatan gelatin seperti butir-butir di bawah:

قرار مجلس الفقه الإسلامي بشأن استفادة المسلمين من عظام الحيوانات وجلودها في صناعة الجيلاتين

Keputusan Majma' Al-Fiqh Al-Islami (Islamic Fiqh Council) Jeddah Arab Saudi tentang Umat Islam mengambil manfaat daripada tulang dan kulit haiwan dalam pembuatan gelatin.

Perjumpaan ke 15
11-7-1419H bersamaan 31-10-1998

أولاً: يجوز استعمال الجيلاتين المستخرج من المواد المباحة، ومن الحيوانات المباحة، المذكاة تذكية شرعية، ولا يجوز استخراجه من محرم: كجلد الخنزير وعظامه وغيره من الحيوانات والمواد المحرمة.

Pertama: Dibenarkan menggunakan gelatin yang dibuat daripada bahan yang mubah (dibenarkan/halal) dan daripada haiwan yang mubah (dibenarkan/halal) dan disembelih dengan cara Islamik. Tidak dibenarkan membuat gelatin daripada bahan yang haram seperti kulit khinzir, tulangnya dan selainnya daripada haiwan dan bahan-bahan yang diharamkan.

ثانياً: يوصي المجلس الدول الإسلامية، والشركات العاملة فيها، وغيرهما أن تتجنب استيراد كل المحرمات شرعاً، وأن توفر للمسلمين الحلال الطيب.

Kedua: Majlis ini mewasiatkan negara-negara Islam dan syarikat-syarikat yang beroperasi di situ dan selain keduanya (negara-negara Islam dan syarikat yang beroperasi di situ) agar menjauhi daripada mengimport semua benda yang haram dalam agama; serta menyediakan benda yang halal dan suci untuk umat Islam.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً كثيراً، والحمد لله رب العالمين.

Ditandatangani oleh:
1- Abdul Aziz bin Abdullah Bin Baz
2- Dr Abdullah bin Salih Al-Ubaid
3- Muhammad bin Jubair
4- Abdullah Al-AbdurRahman Al-Bassam
5- Dr Bakr Abdullah Abu Zaid
6- Muhammad bin Abdullah Al-Subayyil
7- Muhammad Salim bin Abdul Wadud
8- Dr Yusuf Al-Qaradawi
9- Dr Muhammad Al-Habib Ibn Al-Khujah
10- Abul Hasan Ali Al-Hasani Al-Nadawi
11- Dr Ahmad Muhammad Al-Muqri

Sumber: www.themwl.org

Namun malangnya beliau mengkhinati fatwanya sendiri pada tahun 2001 apabila beliau menjawab soalan dari hadirin berkenaan hukum atau Fiqh di Barat dengan menyatakan gelatin babi adalah halal kerana proses istihalah telah mengubahnya zat babi tersebut menjadi halal. Jawapan beliau disiarkan di laman web, boleh rujuk di sini.

Beliau tidak pula menarik semula fatwanya pada tahun 1998. Adakah fatwanya terbatal dengan sendirinya ataupun beliau menggunakan kedua-dua fatwa bergantung kepada agenda peribadinya?

Fatwanya berubah-ubah dan beliau kerap dilihat mengeluarkan pendapat mengikut akalnya sahaja walaupun beliau terpaksa menolak hadith yang jelas sahih. Ini bukan method atau prinsip mengeluarkan pendapat. Seperti komen UFB di dalam video di atas Dr Yusuf Qardawi tidak konsisten dalam mengeluarkan pendapat. Tiada guide line dan bercelaru.

Bila lihat keadaan Dr Yusuf al-Qardawi sebegini, saya menjadi tidak hairan dari mana Dr Maza mendapat kaedah mengeluarkan pendapatnya yang berubah-ubah (tanaqut). Bagaimana guru, begitulah muridnya. Tidak mustahil sekejap lagi fatwa Dr Maza juga akan berubah dalam sekelip mata.

Sumber maklumat diambil dari Dr Fadlan Mohd Othman

Bantahan Ke Atas @realDrMAZA dan Gurunya Dr Yusuf Qardawi Gelatin Babi Halal

Gelatin Babi: Fatwa Dr Yusuf Qardawi Tidak Konsisten dan Beragenda? @realDrMAZA





Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


9 comments:

  1. Imam syafie pon pndapat dia brubah la. Klau xde ilmu yg ckup, jgn post yg bkn-2. Jgn sesekali mnghina ulama la bro. Ulama pwaris kpd nabi-nabi. klau ko ttp nk mnghina mereka. NERAKA mnunggumu~
    Berdasarkan video , ak thu ko ni di pihak BN. Btol x? UFB tu bkn ulama la bro. Ulama sedunia
    xiktiraf dia pon. Dia tu ustaz biasa je. Skali lgi ak pesan, Jgn mnghina atau mencaci ULAMA !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni bangag betullah anon 1.31... org bincang pasal halal haram ko selit pasal parti... bodoh betul..

      Delete
  2. ini masaalah fiqah ianya dibenarkan berijtihad jangan dok bising sangat. dalam alquran yang disebut daging babi sahaja bukan disebut babi ianya ada hikmatlah tu, imam syafiepun ada qaul qadim dan qaul jadid.ulamak ada hujah masing2 jangan dok menghina antara satu sama lain. biarlah masyarakat awam membuat pilihan. ikhtilaf ummati rahmatun, dok gitu,

    ReplyDelete
  3. 4 mazhab pun ijtihad berubah rubah. Ijtihad para ulama bergantung kepada faktor sekelilingnya. Sebab tu 4 mazhab pun berbeza. Ilmu Allah itu luas. Wallahualam...

    ReplyDelete
  4. Nak senang. Kalau was-was jangan makan. Habis cerita. Kalau ada orng nak makan DNA babi silakan. Jangan pening2 kepala.

    ReplyDelete
  5. SEREMBAN - Kenyataan kontroversi dikeluarkan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menerusi sebuah portal, baru-baru ini sebenarnya bertujuan menjawab kemusykilan umat Islam yang mendiami darul harbi atau negara bukan Islam dan sukar mendapat produk halal.

    Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, perkara tersebut hanya disedari beliau selepas membuat penelitian terperinci terhadap laman web ulama tersohor berkenaan, semalam.

    “Jelas sekali, jawapan diberikan beliau membabitkan penggunaan gelatin babi adalah berasaskan kepada persoalan dihadapi umat Islam yang tinggal dalam darul harbi sahaja dan bukannya untuk negara Islam.

    “Beliau mengambil kira kesukaran mereka untuk mendapatkan produk halal di negara terbabit, di mana kebanyakan produknya mengandungi gelatin babi atau haiwan yang tidak disembelih,” katanya di sini, semalam.

    Beliau berkata, atas sebab berkenaan, maka kaedah qadhiyyatul istihalah atau transformasi bahan iaitu bahan yang tidak halal apabila sebati menjadi makanan halal, maka hukumnya juga bertukar kepada halal, telah disarankan oleh Dr Yusuf untuk diguna pakai penduduk Muslim negara itu.

    “Ini mungkin berasaskan kepada kaedah fiqh iaitu addharuratu tubihuk mahzuurah iaitu kerana darurat, sesuatu yang haram diharuskan dan addharuratu tuqaddaru bi qadariha iaitu kadar keharusan itu pula mengikut keadaan daruratnya, sekali gus menunjukkan ia bukanlah terbuka dengan seluas-luasnya.

    “Kesimpulannya, kaedah qadhiyyatul istihalah tidak boleh dipraktikkan di negara Islam atau negara bukan Islam yang senang mendapatkan produk dan bahan-bahan halal,” katanya.

    Beliau berkata, ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud, “(bahan) yang halal itu jelas (dinyatakan)” dan “setiap bahan yang haram banyaknya, maka sedikit pun menjadi haram juga”.

    “Kaedah fiqh juga menyatakan yang maksudnya, “apabila bercampur di antara bahan yang halal dengan haram (dalam satu transformasi), maka bahan itu dikira haram”.

    “Perlu diketahui, babi merupakan tergolong dalam najis ‘ainiyyah iaitu zatnya dapat dilihat, dicium dan dirasa berdasarkan nas al-Quran, dalil dan al thubut yang qat’ie. Maka tahwil yang diusahakan untuk menukar babi kepada benda lain sama sekali tidak merubah kenajisannya,” katanya.

    Justeru, beliau berharap penjelasan diberikan dapat merungkai kekeliruan sesetengah pihak yang mungkin beranggapan bahawa daging atau gelatin babi apabila ditransformasikan dan menjadi sebati sebagai makanan, maka statusnya menjadi halal dan harus dimakan.

    “Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Dr Yusuf atau merujuk kepada Fiqh Al-Jaaliyat Al-Islamiyyah Fil Gharb (Fiqh Untuk Penduduk Islam di Negara Barat),” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku masih menunggu abu aqif ciptaan parti bn ni menjawab :P

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top