Komen Abu Aqif : Ada yang bertanya kenapa saya tidak sertakan kenyataan penuh Dr Maza berkenaan teguran lemahnya atau boleh dikatakan teguran lemaunya kepada Anwar Ibrahim. Jika dilihat pada posting yang sebelum ini fokusnya adalah berkenaan Anwar Ibrahim mereka atau mengubah hadith Nabi sallallahu alaihi wasallam. Jadi, saya cuma menyertakan komen Dr Maza yang berkaitan sahaja.

Namun bukan sebab itu sahaja. Ada juga sebab lainnya. Saya ada sebab tersendiri. Satu di antaranya adalah kenyataan penuh Dr Maza itu adalah mengarut.

Saya mahu katakan kenyataan penuh Dr Maza itu adalah seperti sampah tapi takut ada yang akan melenting pula. Jadi, istilah mengarut mungkin agak sopan untuk pembaca yang akidahnya masih mengikut akidah Dr Maza.

Screen shot pertama ini adalah kenyataan penuh Dr Maza berkenaan isu mengubah hadith oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim:



Jangan terkejut. Belum apa² lagi beliau sudah melakukan kesilapan penulisan. Ejaan yang sebetulnya adalah 'tidak' bukan 'tindak'. Sekadar makluman Dr Maza mempunyai Ph.D dan kesalahan sebegini amat biasa untuk pemegang scroll Ph.D. seperti beliau. Bukan sekali dua. Sudah banyak kali. Kagum kan?

Pertama sekali, entah mengapa sebabnya Dr Maza seorang yang dikatakan outspoken, lantang dan kononnya neutral tiba² menjadi seorang yang penakut, bacul dan tidak amanah apabila malu² untuk menyatakan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang dimaksudkan yang telah mengubah hadith tersebut.

Namun jika isu yang diulas tidak berkaitan dengan kecenderungan politiknya, atau isu yang menguntungkan koceknya, Dr Maza mampu menyebut nama individu tersebut dengan jelas dan terang seumpama menggunakan 'camera flash' ketika matahari terik. Jangan ditanya kenapa.





Kedua, Dr Maza kerap meenggunakan ayat 'saya tidak tahu..' atau 'saya tidak pasti..' atau 'saya kurang pasti..' jika isu yang diulas dilihat seakan-akan mempertahankan tokoh² pembangkang. Dr Maza juga dilihat menggunakan ayat sebegini sekiranya ia akan memberi impak negatif kepada parti politik kecenderungan beliau, atau mungkin isu yang ingin diulas akan menganggu kantung koceknya. Atau mungkin saya pun tidak tahu mengapa (pinjam ayat Dr Maza).

Apakah Dr Maza tidak tahu bahawa sekarang sudah masuk tahun 2014. Segala info dihujung jari kita dan boleh didapati dengan hanya beberapa minit sahaja. Bagaimana beliau boleh berkata 'saya tidak pasti..' apabila sudah beribu-ribu orang melihat bukti video yang Anwar Ibrahim benar² mereka atau mengubah hadith tersebut seperti di atas.

Dan yang menghairan, jika Dr Maza 'tidak pasti' bagaimana beliau boleh memberikan kenyataan? Bukankah perbuatan ini agak tidak beretika. Anda tidak tahu, anda tidak pasti lalu anda memberi komen. Adakah ini adab² dalam memberi komen atau memberi pendapat?



Tapi jangan anda semua salah sangka. Bukan di setiap komen atau pandangan Dr Maza 'tidak tahu' atau 'tidak pasti'. Jika sesuatu isu menguntungkan dirinya, disaat itu Dr Maza akan menjadi orang yang paling tahu dan paling yakin dalam dunia. MasyaAllah. Bukankah ini ajaib. Seperti ada karamah gitu.



Ketiga, saya kurang pasti apa kaitan pemalsuan hadith yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan ulama muda sebuah parti seperti yang dimaksudkan oleh Dr Maza. Di sinilah part yang paling bercelaru. Dr Maza memasukkan semua isu dalam ayat ini. Paling mengarut dan tidak tahu apa hala tuju penulisan ini.

Isunya adalah pemalsuan hadith. Soal cara memahami hadith pula adalah isu yang lain. Apa kena mengenanya dengan harga barang naik dan pencatuan air dengan isu pemalsuan hadith? Beginikah penulisan pemegang scroll Ph.D.?

Saya cuma boleh tersenyum membaca tulisan bercelaru Dr Maza dan tidak sangka beliau boleh jadi sebegini rupa. (Hehehehe)

Keempat dan akhir sekali walaupun tulisan Dr Maza bercelaru teguran tetap diberikan kepada entah siapa (kerana tiada nama dinyatakan).

Nasihat saya untuk Dr Maza, janganlah takut untuk menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana² tokoh pembangkang atau ustaz-ustaz pro pembangkang yang lain. Selain Anwar Ibrahim, ramai lagi ustaz-ustaz pembangkang yang masih menjaja hadith palsu.

Dr Maza, janganlah takut untuk menyatakan namanya seperti mana anda membalun-balun orang lain dengan menulis nama-nama mereka di wall-wall anda. Jangan bersikap hipokrit wahai Dr Maza. Bertaubatlah kamu dan berhentilah dari menjadi hipokrit.

Ustaz Azhar Idrus juga antara tokoh terkenal yang menyebarkan hadith palsu dan videonya masih tersebar luas di youtube tapi Dr Maza masih senyum gembira

Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Jalanraya

@realDrMAZA Ucap 'Tahniah' Di Atas Kematian @KarpalSinghDAP

@realDrMAZA Silap 'Tahniah'. Yang Sebenarnya 'Takziah' Kepada Keluarga Karpal Singh

Haram Tunduk Hormat Kepada Jenazah @KarpalSinghDAP

Hadith Palsu: @anwaribrahim Sedang Menempah Neraka

@realDrMAZA Balun @anwaribrahim Ubah Hadith

Membedah Kaedah Penulisan Hipokrit @realDrMAZA @anwaribrahim



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya pun tersenyum bila baca tulisan Abu Aqif yang tidak punyai nilai ini. Masalah ejaan pun di besarkan namun isu Ustaz Don di diamkan. Ini lah dinamakan penulis yang hanya memikirkan modal politik untuk dijaja kepada org ramai tapi masalah yg terang2 disampaikan oleh Ustaz Don di TV.. di diamkan..

    ReplyDelete
  4. Saya benci kerja kamu ini kerana Allah..
    Setiap kita berdosa, maka hanya kepada Allah kita pohonkan keampunan.

    ReplyDelete
  5. Sori 2say...Tulisan ini lebih 'sampah' drp tulisan dr maza. Jgn hanya krn taksub kpd ssbuah parti /pmimpin politik sedara 'mjatuhkn' phk lawan dgn cara yg batil. Jazakallah.

    ReplyDelete
  6. "Ada ulama muda dari parti tertentu' siapa dia mungkin Dr Fathul Bari. Yang jelas DR Maza bermusuh atau tak senang dengan Dr Fathul Bari atas sebab yang hanya diketahui oleh Dr Maza sendiri. Rupa-rupanya para ulama juga ada perangai hasad dengki. Siang malam ceramah fasal keimanan buang perangai buruk tapi sendiri berperangai buruk. Dengki atau tak senang dengan ulama lain. Cakap tak serupa bikin. Ulama benci ulama, tak hairanlah kemungkaran berleluasa kerana Ulama juga tak jauh berbeza dengan rakyat biasa yang jahil agama.

    ReplyDelete
  7. Abu aqif..ko ni bila nk berubah?yang ko ni jadi balaci sangat kenapa..nama je mengaji sunnah tp semua tok guru sunnah ban ko melainkan 2 3 org yg bela ko..takkan ko nk tunggu smpai Allah bukakan aib ko baru nk taubat!!aritu elok kejap,lama diam..ni dh start balik buat keja jahanam mcm ni

    ReplyDelete
  8. aku tak kisah uztaz2 dari mana2 pihak..tapi kurangkan la buat lawak2 tak ilmiah dalam setiap ceramah anda..takut2 yang datang dengar ceramah lebih nak dengar lawak2 tak cerdik daripada datang hendak menuntut ilmu...wallahua'lam

    ReplyDelete
  9. Dr maza adalah ulama bisu, hanya bercakap berdegar2 untuk popular tapi bisu bila geng sendiri yang buat. Penyokongnya pun sama buta dan tuli. Yang aku tengok, dah terang2 anwar tu palsukan hadis, tapi takde pula kat sini yang membantai anwar dgn ulama bisu ni, yang diperlekehkan adalah penulis. Sebelum suruh orang lain bertaubat, berdoalah untuk diri sendiri dulu dan bertaubat sebelum menyuruh orang lain melakukan perkara yang sama. Kalaulah yang membuat hadis palsu tu dari geng BN, aku rasa tak cukup garam dgn ajinomoto, penyokong PR kat sini tambah tanah bagi sedap rasa menempelak.

    ReplyDelete
  10. Dr maza tak sebut pun nama ufb dalam status tersebut. Apa kewajaran dr maza utk myebut mana2 pmimpin pmbangkang. Itulh beza tulisan org berilmu dgn kurang berilmu. Org berilmu mnulis berkias & mbuat pmbandingn. Org kurang berilmu suka mnuduh ssorg tanpa bukti, tanpa saksi & suka mbesarkn perkara yg remeh spt kesalahn ejaan (yg sume org bole tersalah) & pgunaan perkataan.
    Mudah2an kita sume dikurniakn hidayah o Allah swt.

    ReplyDelete
  11. Gloria, dah jelas dan nyata Anwar memalsukan hadis, apakah ulama bisu ini masih perlu berkias? Ulama yang berwibawa tidak takut dengan kebenaran, berani menegur walaupun geng sendiri kerana yang penting adalah rahmat Allah bukanlah pujian dari manusia. Apakah kamu juga mempertahankan manusia yang memalsukan hadis dan juga ulama bisu yang berpura2? Ini bukanlah tuduhan, bahkan jelas dan nyata yang Anwar melakukan kemungkaran dan ulama bisu ni tak mampu untuk menegur geng sendiri. Apakah kamu juga seperti Hadi yang menyatakan video itu besi? Bertaubatlah kamu, sekiranya kamu yakin dengan ayat2 Allah dan kata2 Nabi Muhammad SAW.

    Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
    Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. [HR Muslim]

    Ulama sepatutnya mampu untuk menegur kemungkaran dengan tangannya. Dalam era ICT sekarang, sepatutnya kita mampu menegur dengan tangan kita dan lidah kita. Itulah ulama bisu, hanya berdiam diri dan hanya berkata tak pasti.

    Surah Al Hujurat ayat 6 : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

    Ulama bisu ni tak pandai ke selidiki berita sebelum keluarkan post kat wall dia? Dan setelah sahih dan nyata video keluar di Youtube, kata2 Anwar sendiri yang memalsukan hadis, tak reti ke dia menegur selepas berita tu sahih? Apakah kamu juga seperti itu mahu membela pemalsu hadis? Bertaubatlah kamu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Sapa kata dr maza ulama bisu? Beliau mnegur dgn cara berhikmah. Bkn terus mghentam.
      Mana pergi ustaz2 umno, perkasa dsbnya bila mana pmimpin2 umno terang2an mghina hukum Allah & mghina rasulullah? Mana? Adakh tuan blogger ini juga mbuat teguran juga??? Tepuk dada tanya iman. Jika betul nak berjihad dgn kata2 & tulisan jgn memilih pihak tertentu...tapi telus & jujur. Adakh sedara & tuan blog pernah membaca tulisan ilmiah dr maza d blog beliau? Tulisan beliau jauh lebih ilmiah, berfakta & neutral berbanding tulisan d blog ini.
      Mudah2an Allah mgurniakn keampunn kpd kita semua.
      Jazakallah.

      Delete
    2. tulisan ilmiah? aku adalah pengikut blog dia suatu ketika dulu. tulisan yg hanya dipenuhi sastera madah pujangga, disulami dengan sindiran.
      Itukah "ilmiah"?



      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Kesian...
      Mudah2an Allah membuka mata hati anda semua.

      Delete
    5. Kesianla pada diri kamu sendiri, soalan tentang pendirian kamu pun tak dijawab, alih2 menyoal orang lain. berdoalah untuk diri sendiri supaya dibukakan mata hati kamu tu.

      Delete
  12. Gloria, aku yang kata Maza adalah ulama bisu. Janganlah kerana taksub dgn Maza sampai kesilapan dia pun nak dipertahankan, yang benar katalah benar walaupun pahit.
    Jadi, terang dan jelas Anwar sebagai pemalsu hadis, apakah pendirian kamu?
    Bila Nik Aziz kata Allah pun mencarut, apakah pendirian kamu?
    Bila Nik Aziz menghina Nabi Muhammad, apakah pendirian kamu?
    Bila Hadi dengan mengkafirkan sesama Islam, apakah pendirian kamu?
    Bukan setakat Maza je bisu, Nik Aziz, Hadi, ustaz2 Pas pun semua ikut jadi bisu bila kena tang Anwar. Hanya kerana taksub dengan parti politik, kamu semua ikut jadi bisu, hanya bila kena tang Umno, kamu semua berkokok.
    Setakat tulis pemimpin umno terang2 menghina hukum allah dan menghina Rasulullah, mana bukti kamu? Apakah dengan mendengar ceramah Pas kata umno menghina hukum allah, kamu pun ikut saja dengan membuta tuli? pernahkah kamu selidiki fakta dahulu sebelum terima bulat2? Lupakah kamu dengan surah al Hujurat ayat 6 seperti di atas?
    Tiada siapa pun maksum atas muka bumi ni, hatta maza, nik aziz, hadi, azhar idrus, semua pun manusia biasa. Yang berbeza hanyalah kopiah dan serban besar atas kepala dengan sedikit ayat al Quran untuk bercakap menghiburkan manusia.
    Sebelum menuding jari ke arah orang lain, tudinglah jari ke diri sendiri dahulu.


    ReplyDelete
  13. Akhlak adalah satu cabang dalam maqasid syariah...Berkata benar walaupun pahit...tapi bila ulama ditunggangi oleh politrick...inilah jadinya.allah lebih mengetahui didalam hati tiao tiap kalian...

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top