Komen Abu Aqif: Sebelum ini Dr Maza menyelar tindakan JAIS kerana mengambil tindakan ke atas dirinya dan rentetan daripada itu Dr Maza kelihatan berdendam dan bermusuh dengan JAIS bertahun-tahun lamanya. Komplennya banyak dilihat di rakamannya di dalam youtube. Antara komplen-nya seperti video di atas.
Tapi itu dulu. Sekarang sudah lain. Dr Maza kelihatan seperti menjilat ludahnya sendiri. Segala kutukannya terhadap JAIS kini dia sendiri seperti mahu lakukan. Dek kerana tidak boleh dikritik, beliau kelihatan seperti mengugut seorang pensyarah, Dr Nashrul dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).
Mentang-mentanglah beliau adalah Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan mempunyai pengaruh yang agak kuat di Perlis, beliau dilihat mengugut pensyarah tersebut dengan kuasa dan pengaruh yang beliau miliki. Saya ingat orang yang tidak berlatar-belakangkan agama sahaja akan lakukan salah guna kuasa seperti ini. Tidak sangka rupanya orang agama juga tidak terlepas dari kemabukan kuasa.
Mujur ini baru sedikit kuasa yang diuji kepada beliau. Bagaimana jika lebih banyak kuasa yang beliau miliki? Mungkin pelbagai kemudaratan yang beliau mampu lakukan. Manakan tidak. Dengan ilmu agama yang dimiliki pun beliau masih kelihatan samseng mengugut orang lain sesuka hati. Ini sangat membimbangkan.
Saya sudah periksa, perkara ini mungkin boleh dilaporkan kepada Biro Pengaduan Awam atau boleh juga diadukan kepada SPRM jika benar² kesalahan salah laku guna kuasa tersebut berlaku. Saya nasihatkan Dr Nashrul supaya melaporkan hal ini terlebih dahulu bagi membolehkan siasatan dilakukan atau bagi mengelakkan keadaan yang tidak elok berlaku.
Baru kena kritik sedikit sudah mengugut. Mana slogan hormati perbezaan pendapat yang dilaung-laungkan? Dr Maza pernah kata jika kerajaan tidak boleh dikritik jangan jadi kerajaan. Kenapa kamu sendiri tidak praktikkan slogan batil kamu ini wahai Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ? Siapa jadi TALIBAN sekarang ?
Benarlah kata Ustaz Rasul Dahri yang kamu ini sememangnya Muzabzib. Cakap tak serupa bikin. Sekejap cakap begini. Sekejap cakap begitu. Sekarang ckp lain. Esok lusa kamu cakap lain. Tak pernah tetap pendirian. Ini adalah pembohongan dan penipuan terang-terangan. Siapa yang kamu cuba tipu sebenarnya wahai Dato'?
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Memang al-Qardhawi tu seorang ulama kesohor. Tapi, adakah bukti dia tu maksum? Kalau tak ada, mungkin tidak salah ulama2 negara ini tegur kesilapannya utk kebaikan bersama. Jadi, demi kebaikan, tegur-menegur secara berhemah tu kita terimalah dgn hati terbuka kerana ulama2 besar dahulu pun saling beramar maaruf bernahi mungkar. Yg salah tetap salah, yg betul tetap betul. Hentikanlah tengkarah! Salam.
ReplyDelete