Ustaz Budak, Ihya' Ulumuddin, Imam Ghazali dan Hadith Palsu
Sebelum ini Malaysia kecoh dengan isu Ustaz Budak yang boleh dikatakan taasub dan ghuluw yang melampau kerana terlalu meninggikan Imam Ghazali sehingga membawa hadith palsu menyatakan Nabi kesal kerana tidak berjumpa dengan Imam Ghazali.
Perbuatan itu tidak lain untuk meninggikan taraf Imam Ghazali di mata pengikutnya. Mungkin alasannya baik, namun mereka-reka hadith palsu adalah dilarang kerana terdapat ancaman neraka bagi mereka yang mengambil mudah dengan penyebaran hadith palsu ini.
Sabda Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam:
"Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka" - [Diriwayatkan oleh al-Bukhari - no: 109]
Hadith palsu di dalam masyarakat melayu
Baru² ini seorang Professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir dari Fakulti Pengajian Islam membuat kajian berkenaan dengan hadith palsu yang berlegar di dalam masyarakat melayu.
Beliau mendapati hadith palsu ini bukan sahaja diambil mudah oleh orang kebanyakan malah ustaz dan imam² turut menyebarkannya samada secara sengaja atau tanpa disedari.
Medium sebaran seperti tv dan radio juga tidak terlepas menyebarkan hadith² palsu ini yang mana agak ironi bila kadangkala penganjur program² tersebut adalah JAKIM sendiri.
Menurut beliau lagi, hadith² palsu ini telah diperturunkan sepanjang zaman dan akhirnya turut digunakan oleh tokoh yang disegani di dalam kitab-kitab tulisan mereka.
Ini adalah contoh mengapa hadith palsu masih berlegar di dalam masyarakat melayu selain kelompok jahat Syiah yang juga turut menyumbang kepada terhasilnya banyak hadith² palsu demi menghalalkan agama sesat mereka dan cubaan meruntuhkan Islam dari dalam.
Setelah sekian lama, hadith-hadith palsu ini menjadi sebati di dalam masyarakat melayu dan usaha untuk membenterasnya pula menjadi semakin mencabar.
Contoh² cabaran yang dihadapi golongan yang cuba membuat kajian berkenaan hadith palsu ini adalah seperti; respon negatif yang diterima dari kelompok yang taasub kepada tokoh² tertentu itu sendiri, mereka menjadi sensetif, aggresif dan tidak matang menerima kritikan apabila dikhabarkan kepada mereka bahawa kitab karya tokoh mereka mempunyai beberapa kecacatan seperti terdapat banyak hadith palsu di dalamnya.
Contoh yang terbaik yang dapat diberikan adalah Kitab Ihya' Ulumuddin karya Imam Ghazali. Kitab dan imam ini sangat popular di kalangan masyarakat melayu Malaysia.
Orang yang membuat kajian ilmiah seperti Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir ini tidak terlepas menerima ugutan dan hinaan selain gelaran² jahat dari pengikut yang taasub seperti ini. Tidak hairan jika Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir juga bakal dilabel sebagai wahabi. Hujah dan gelaran ini biasa di dalam masyarakat melayu Malaysia apabila terdapat perbezaan dalam pendapat dan pandangan yang tidak dapat ditangani secara ilmiah dan matang.
Cinta Nabi dan Cinta Rasul
Seperti yang sudah diketahui umum tiada yang maksum melainkan Nabi. Namun tindakan mereka yang sentiasa membela walaupun tokoh² mereka tersilap membawa hadith palsu dilihat seperti ingin memaksumkan.
Mungkin mereka beralasan baik namun kebiasaan ini perlu diubah kerana kita perlu mendahulukan hadith Nabi yang jauh lebih mulia dari mana² tokoh yang ingin dijulang.
Bukankah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
“Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian, hingga dia menjadikan aku sebagai seorang yang lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya, dan manusia seluruhnya.” [Muttafaqun ‘Alaihi]
Pernah juga terjadi suatu kisah yang menceritakan kecintaan Umar kepada Nabi;
Pada suatu hari Umar bin Khattab berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali dari diriku sendiri.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menjawab, “Tidak, demi Allah, hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka berkatalah Umar, “Demi Allah, sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri!” (HR. Al-Bukhari dalam Shahih-nya, lihat Fath al-Bari [XI/523] no: 6632)
Dua hadith ini menunjukkan wajib kita mencintai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi makhluk yang lainnya malah tidak sempurna iman seseorang itu jika dia mencintai dirinya sendiri lebih daripada Nabi. Apatah lagi jika seseorang itu melebihkan seseorang tokoh yang dihormatinya itu.
Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah menjelaskan: “Seorang mukmin itu tidaklah menjadi seseorang yang benar-benar beriman sampai dia mendahulukan kecintaannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam daripada kecintaannya kepada seluruh makhluk, dan kecintaan kepada Rasulullah itu mengiringi kecintaan kepada Dzat yang mengutusnya (Allah).” [Jami’ul ‘Ulum wal Hikam]
Buktikan kecintaan kepada Nabi dan Rasul
Nah, mana yang kita perlu dahulukan jika diberi dua pilihan? Adakah melebihkah tokoh yang tersilap membawa hadith palsu (semoga Allah mengampuni dan merahmati kami dan beliau) atau mempertahankan hadith Nabi?
Sehingga kini tidak ada satu perkataan atau ayat pun kita mencerca tokoh-tokoh tertentu yang tersilap membawa hadith palsu. Agenda kita yang utama adalah menghapuskan hadith palsu di dalam masyarakat melayu tidak kira siapa yang membawanya walaupun mereka itu adalah tokoh² yang disanjungi di dalam masyarakat..
Persoalannya sekarang, adakah anda bersedia untuk menghapuskan hadith palsu yang berlegar di dalam masyarakt melayu termasuk yang ada di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karya Imam al Ghazali?
Atau kita patut hapuskan semua hadith palsu di dalam masyarakat melayu kecuali hadith palsu dalam kita Ihya' Ulumuddin?
Atau kita patut biarkan sahaja hadith palsu tersebut berlegar di dalam masyarakat melayu kita untuk diamalkan anak cucu walaupun kita tahu ada ancaman ke neraka dari Nabi dalam hal hadith palsu ini?
Kita tahu perkara seperti ini sedikit sebanyak akan menimbulkan sedikit kekecohan dek kerana respon negatif segelintir pengikut tokoh² tertentu yang taasub dan ghuluw yang melampau apabila tidak matang dalam berbeza pendapat dan pandangan.
Namun adakah respon negatif seperti ini akan menggoyangkan usaha kita membenteras hadith palsu di dalam masyarakat kita sendiri?
"Tak payah sebut dulu la isu ni.. kecoh nanti.. orang Islam berpecah"
"Aku bukan tak nak sebut. Nanti kena ban dengan ketua aku nanti"
"Aku nak ulas juga pasal benda ni tapi nanti kawan² semua menjauhkan diri"
"Aku bila sebut isu ni semua semua pelanggan lari"
"Saya dah tahu lama perkara ni, Tapi saya takut bila saya sebut semua anak murid tinggalkan saya"
Banyak lagi alasan yang diberikan selain hinaan, ugutan dan gelaran² atau laqob² yang buruk kepada usaha islah dan membersihkan seperti ini yang mana turut membantutkan ghairah kita untuk membenteras penyebaran hadith palsu.
Bukankah apa yang lebih ditakutkan adalah ancaman Allah kepada mereka yang lebih mendahulukan dunia dari Allah dan Rasul-Nya
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, karib keluarga kalian, dan juga harta kekayaan yang kalian usahakan, perniagaan yang kalian khawatirkan kerugiannya, serta tempat tinggal yang kalian sukai lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya, serta dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah (adzab Allah) sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [At-Taubah: 24]
Bukanlah bermaksud meninggalkan perkara dunia ini semua namun sesuatu perlu dilakukan bagi membolehkan usaha menghapuskan hadith palsu ini sentiasa berjalan sehingga masyarakat melayu takut dengan hadith palsu dan tahu akan kepentingan mendahulukan hadith yang sahih.
Jika anda menolak iPhone 6 yang palsu, mengapa pula anda mempertahankan hadith palsu yang lebih jelek dari iPhone 6 itu?
Tambahan:
Ini bukanlah kali pertama penerangan berkaitan kesilapan di dalam kitab Ihya' Ulumuddin dilakukan. Mungkin mereka yang baru membaca buat kali pertama akan merasa terkejut dan tidak selesa akan kebenaran ini. Namun beri peluang kepada diri sendiri untuk mengkhadam setiap info yang diterima dan teruskan mengkaji.
Memberitahu terdapat sesuatu kesalahan dalam sesebuah kitab bukanlah bermaksud mencela. Apatah lagi jika ianya adalah adalah kesalahan berat seperti membawa hadith palsu. Kita Iktiraf, bersyukur dan memandang tinggi jasa-jasa Imam Ghazali dalam bidang Fiqh As Syafie.
Antara kitab² rujukan yang ada men-radd, mentakhkik, mensyarahkan dan membahaskan kesilapan di dalam kitab Ihya' Ulumuddin secara ilmiah seperti berikut:
1. al-Kasyfu wal Inba’ fi al-Raddi ‘alal Ihya’
Karya: Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali al-Mazari al-Siqilli (Wafat 536H)
Beliau adalah pengarang kitab Syarah Shohih Muslim: al-Mu’lim bi Fawa’id Shahih Muslim
"Adapun berkenaan mazhab Sufiyah, aku tidak tahu kepada siapa beliau merujuk berkenaannya, tetapi aku melihat sebahagian ulasan yang diberi oleh pengikutnya bahawa beliau ada menyebut kitab-kitab Ibn Sina dan apa yang ada di dalamnya dan menyebut juga selepas itu kitab-kitab Abu Hayyan at-Tauhidi, pada pendapatku pada dialah (Abu Hayyan) beliau (al-Ghazali) merujuk dalam Tasawuf dan aku telah dikhabarkan bahawa Abu Hayyan ada mengarang diwan yang besar dalam ilmu ini (Tasawuf) dan di dalam al-Ihya' terdapat banyak hadith-hadith wahi (lemah dan palsu)" (Siyar A'lam an-Nubala')
2. Talbis Iblis
Karya: Imam Ibnul Jauzi (Wafat 597H)
Selain itu beliau juga mengarang kitab al-Muntazim, al-Maudhu’at al-Kabir, Zaadul Maasir fii ‘ilm Tafsir
"Dan datang pula Abu Hamid al-Ghazali lalu beliau menyusun untuk mereka (kaum Sufi) kitab al-Ihya' yang selari dengan jalan kaum dan dia memenuhkannya dengan hadith-hadith yang batil sedangkan dia tidak tahu kebatilannya...."
3. Al-Mughni an haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya min al-Akhbar
Karya: Al-Hafizd Abd. al-Rahim bin al-Husain al-Iraqi (Wafat 806H)
Al Iraqi telah mengtakhrij 4583 hadiht di dalam ihya' ulumuddin
(1) sekitar 1282 - hadiht shahih
(2) sekitar 357 - hadiht Hasan
(3) sekitar 810 - hadiht Dhaif
(4) sekitar 188 - hadiht palsu
4. Tuhfatul Ahya' fi ma Fata min Takhariji Ahadith Al-Ihya'
Karya: Imam Zainuddin Al-Qosim bin Qutlubugho Al-Hanafi (Wafat 879H)
Imam Zainuddin Al-Qosim bin Qutlubugho Al-Hanafi telah mengarang kitab Tuhfatul Ahya' fi ma Fata min Takhariji Ahadith Al-Ihya' bagi menyempurnakan lagi takhrij terhadap hadith-hadith di dalam kitab Ihya yang banyak juga terdiri dari hadith-hadith maudhu'dan ada juga yang tersangat dhaif.
5. Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra
Karya: Ibnu As Subki (Wafat 771H)
Ibnu As Subki juga sudah menghuraikan sebahagian hadith dalam Al Ihya` yang bermasalah samada palsu (maudhu') atau dhaif sesuai dengan bab-bab pembahasan Al Ihya`yang disertakan dalam Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra. Perbahasan memfokuskan pada hadith-hadith yang belum beliau jumpa asal-usulnya hadith tersebut.
6. Tasyid Al Arkan fi Laisa fi Al Imkan Ibda’ min Ma Kan
Karya: Al Hafidz As Suyuthi (Wafat 911H)
Al Hafidz As Suyuthi juga menulis sebuah risalah untuk membela sebagian pembahasan dalam Al Ihya` yang dikritik selain sebahagiannya mengandungi banyak kesilapan seperti menggunakan hadith palsu. Risalah yang ditulis Imam As Suyuthi ini juga disertakan dalam Al Ihya yang diterbitkan bersama Al Ihya` pada tahun 1419 H.
7. Siyar A'lam an-Nubala'
Karya: Al Hafidz Adz-Dzahabi (Wafat 748H)
"Adapun al Ihya, padanya terdapat sejumlah hadith yang batil dan padanya ada kebaikan yang banyak jika sekiranya padanya tiada (di tuliskan) adab-adab, ritual-ritual, dan zuhud dengan cara Ahli Hikmah (Falsafah) dan Sufi yang menyeleweng"
8. Mukhtashar Minhaajul Qaashidiin
Karya: Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisy (Wafat 629H)
Kitab Minhajul Qashidin ini asalnya dari sebuah kitab yang disusun sebagai alternatif kepada kitab Ihya' 'Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. kitab Ihya' Ulumuddin mengajak kepada tazkiyatun nafs dan penyucian jiwa, namun di dalamnya mengandungi pelbagai bentuk kesilapan dan kesalahan hadith-hadith yang palsu (maudhu'), dhaif, dan mauquf.
Kitab ini disusun oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah. Dan kemudiannya diperbaiki lagi dan diberi semakkan serta tambahan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah.
9. Al Bidayah Wan Nihayah
Karya: Al-Hafiz Ibnu Katsir (Wafat 774H)
"Kitab ini telah bercampur-campur dengan sesuatu yang halus yang berasal dari ajaran tasawuf dan amalan-amalan hati. Akan tetapi di dalamnya mengandungi hadith-hadith yang aneh, mungkar dan maudhu (palsu)"
10. Majmu' Al-Fatawa Syaikh Al-Islam
Karya: Syaikh Taqiyuddin Abbas Ahmad (Wafat 728H)
"Dan para Ulama telah mengingkari Abu Hamid atas perkara ini dalam kitab-kitabnya dan mereka berkata:
"Asal penyakitnya adalah kitab (al-Syifa') iaitu karya Ibnu Sina dalam ilmu Falsafah."
Dan padanya juga ada hadith-hadith dhaif bahkan yang palsu amat banyak dan padanya juga ada kesalahan dan karut-marut kesufian"
11. Buku Putih Ihya' Ulumuddin Imam al-Ghazali
Karya: Syaikh Muhammad Ahmad 'Isa
Kandungan kitab ini adalah dari Ihya' Ulumuddin setelah dibersihkan dari hadits-hadits palsu dan lemah serta dari berbagai macam kesalahan, kemudian menebarkan benih-benih kebaikan di dalamnya yang seiring dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadits-hadits Nabi yang shahih.
Sejumlah syarah menambah khazanah karakter buku ini sehingga menjadi suplemen yang dapat membangkitkan jiwa-jiwa, melembutkan hati, memperkuat keimanan, dan membinasakan keegoan yang menjadi pangkal segala macam kerosakan dan dosa, Insya Allah.
Rujukan Internet:
1. Hadith Masyur Dalam Masyarakat Melayu: Tajhrij Dan Analisis
2. Tanggapan Para Ulama ke Atas Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dan Tasawuf Imam al-Ghazali
3. Hadis Palsu Telah Didapati Dalam Ihya' Ulumuddin Sejak Dulu
4. 265 Hadis Palsu dalam kitab Ihya’ Ulumuddin yang digunapakai oleh orang Melayu
Berkaitan. Mesti baca dan mesti lihat:
Ustaz Budak, Ihya' Ulumuddin, Imam Ghazali dan Hadith Palsu
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustaz-budak-ihya-ulumuddin-imam-ghazali.html
Dr Fathul Bari - Hadith Palsu dalam Ihya' Ulumuddin: Mengkritik Bukan Menghina
http://www.abuaqifstudio.com/2014/11/hadith-palsu-dalam-ihya-ulumuddin.html
Dr Fathul Bari - Jauhi Sifat K.U.M.A.N Dalam Beragama
http://www.abuaqifstudio.com/2014/11/ustazfathulbari-jauhi-sifat-kuman.html
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Artikel penuh hasutan tanpa bersikap adil kepada ilmu dan adab kepada org alim..knp tidak nyatakan tntng kajian ulama2 sblm kurun yg ke-10 yg trnyata lbh brhati2 dn penuh bradab dn adil dlm mmbahaskn sesuatu hukum..yg hasil kajian pn mnggunakan rujukan dr kajian ulama yg prnah memalsukan hadith dr kitab sahih muslim..artikel berat sebelah..
ReplyDeleteTerdapat perbezaan antara hadis Dhoif(Hadis lemah) dan Hadis Maudu'( Hadis palsu). Hadis hadis yang dikatakan palsu menurut kajian ini adalah hadis Dhoif.
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=vWHvIeF9jM4
kalau para sahabat nabi masih ade.. dah lama Fathul ni kena penampar
ReplyDeletekd shoes
ReplyDeletekyrie irving shoes
curry 8
off white hoodie
bape clothing
goyard outlet
bape
kyrie 8
goyard bag
off white clothingoutlet