Komen Abu Aqif: Alhamdulillah... Semoga gejala dan bala seperti ini sentiasa diambil berat oleh kerajaan dan majlis agama. Jangan jadi macam MP PAS yang sokong ajaran sesat SIS.

PUTRAJAYA, 9 November: Keputusan mahkamah rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu perlu diteliti sebaik mungkin, kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat.

“Satu keputusan luar biasa dan mengejutkan, walaupun mahkamah memutuskan, kita hormati setakat hari ini.

“Saya baca kenyataan daripada pihak-pihak pimpinan Islam, mufti, persatuan-persatuan Islam, peguam muslim yang agak hairan bagaimana keputusan itu dibuat.

“Saya bukan pakar dari segi itu, tetapi bila berkaitan Perlembagaan, ia perlu dteliti balik, kerana implikasinya agak besar,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, pada Ahad.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan jabatan agama Islam negeri untuk membuat pertimbangan selanjutnya.

“Mungkin pihak jabatan agama negeri boleh mencelah untuk merayu, supaya kes seperti ini diteliti dengan semasak-masaknya.

“Yang saya faham biasa dulu, kalau bidang mahkamah syariah ataupun undang-undang kanun Islam ada batas mahkamah sivil boleh membincangkan.

“Elok kita serahkan kepada pihak Peguam Negara dan jabatan agama Islam negeri untuk membuat apa-apa rayuan dan sebagainya,” katanya.

Tiga lelaki beragama Islam, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail, memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berperlembagaan satu fatwa syariah yang melarang lelaki daripada ‘memakai pakaian perempuan’ atau ‘menyamar sebagai seorang wanita’ di Negeri Sembilan.

Jumaat lalu, mahkamah rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita, adalah tidak berperlembagaan.

Kesan daripada keputusan mahkamah rayuan itu, ketiga-tiga pemohon, iaitu Juzaili, Shukor dan Wan Kay dibenarkan berpakaian wanita. - The Rakyat Post

---------------------------$$-------------------------

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DI JABATAN PERRDANA MENTERI
YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BERKENAAN SEKSYEN 66 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992 DAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH SISTERS IN ISLAM (“SIS”) TERHADAP KEPUTUSAN FATWA DI NEGERI SELANGOR BERKENAAN PEMIKIRAN LIBERALSME DAN PLURALISME AGAMA

1. Sepertimana yang kita sedia maklum, Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 telah membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, telah memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

2. Peruntukan berkenaan larangan bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita adalah bertujuan untuk mencegah berkembangnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang secara jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Semua pihak perlu memahami bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Dalam hal ini, bagi menjaga kepentingan Islam rayuan perlu dibuat dalam masa yang ditetapkan kepada Mahkamah Persekutuan kerana ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri sebagai badan yang memelihara kepentingan umat Islam. Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan turut memohon untuk mencelah dalam prosiding ini apabila pihak yang berkenaan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, memandangkan rayuan ini amat penting sebagai satu usaha untuk menentukan bidang penguatkuasaan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri, serta ajaran Islam itu sendiri perlu dipertahankan dengan apa jua cara dan keputusan ini akan memberikan kesan kepada peruntukan undang-undang yang sama di negeri-negeri lain.

4. Selain itu, tindakan Sisters In Islam (SIS) yang mencabar Fatwa berkenaan dengan fahaman Liberalisme di Selangor melalui Mahkamah Sivil merupakan suatu tindakan yang cuba mengheret Institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes berkaitan fatwa ESQ Leadership Centre Sdn Bhd pada tahun 2010 pernah menolak permohonan pihak yang mencabar Fatwa di Mahkamah Sivil atas alasan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa dalam mendengar kes-kes berkaitan fatwa dan syariah.

5. Kita menyedari akan agenda di luar Islam yang bersungguh-sungguh untuk memesongkan akidah umat Islam melalui pelbagai cara. Oleh itu, adalah penting umat Islam untuk berwaspada dengan fahaman ini demi mempertahankan akidah Islam. Di samping yang sama, institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri harus berganding bahu bersama dalam menghadapi gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahad, 9 November 2014

---------------------------$$-------------------------

Posting berkaitan:

Transgender: Kerajaan & Majlis Agama Tidak Akan Mengalah
http://www.abuaqifstudio.com/2014/11/transgender-kerajaan-majlis-agama-tidak-akan-mengalah.html

UFB - Allah Laknat LGBT
http://www.abuaqifstudio.com/2012/12/ufb-allah-laknat-lgbt.html

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah. Barakallahufikum. ^__^

* Feel free to share and spread it

4 comments:

  1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085_260_482_111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI



    ReplyDelete
  2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top