Komen Abu Aqif: Sepertimana yang diketahui, Nik Aziz sekarang sedang diuji dengan sakit. Dikatakan beliau menghidapi kanser prostat, serangan kuman di paru² dan di otak dan terpaksa di'coma'kan (induced coma) supaya memudahkan proses rawatan.

Malangnya di saat² Nik Aziz sedang duji dengan kesakitan, muncul kisah² tahyul dan dongeng yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran kita yang waras. Kisah mengarut seperti Nik Aziz bangun setiap jam 4 pagi untuk menunaikan tahajjud walaupun sudah di'coma'kan. Selepas bertahajjud beliau minum teh dan kembali koma semula. Lepas tu bangun balik untuk solat Subuh, berbual dan sebagainya.

Timbul banyak persoalan dari kisah tahyul lagi dongeng ini, Jika dikomakan, bangun untuk bertahajjud dan selepas itu minum teh dan koma semula, ini bukan koma namanya. Itu tidur. Jika boleh bangun sendiri buat apa kencing melalui tiub. Macam tak berapa nak kena.

Sebelum ini kecoh satu rakaman video yang mana ketika banjir, gambar Nik Aziz tidak terkena selut kerana karomah Nik Aziz. Dan sekarang cerita begini pula timbul. Sampai bila masyarakat mahu disajikan dengan kisah mengarut seperti ini?

Kita khuatir kisah² tahyul seperti ini merosakkan pegangan akidah dan merosakkan otak sebahagian pengikut Nik Aziz. Mereka yang mereka-cerita dan menyebarkan kisah mengarut ini sebenarnya cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan Nik Aziz dan keluarga demi kepentingan politik dan mungkin kepentingan peribadi.

Kita hairan, kuman 'soleh' jenis apa yang boleh tolong kejutkan orang bangun tahajjud dan kejut solat 5 waktu. Sedangkan buang air kecil pun menggunakan tiub tak boleh bangun, tetapi boleh pula bangun untuk bertahajjud dan bersolat 5 waktu dengan melawan ubat tidur yang dikatakan kuat itu. Saya sarankan kepada para doktor untuk masukkan kuman jenis 'soleh' ini dalam tin untuk dipasarkan kepada orang ramai, supaya mudah untuk kami bangun tahajjud lepas ni.

Mengikut maklumat terkini Nik Aziz juga dikatakan menghidapi kanser prostate. Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang doktor pakar, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir, fakta ringkas mengenai kanser prostate boleh dibaca di-wall beliau di sini.

Dunia semakin maju, rakyat mahukan negara menyumbang pembangunan seperti negara kelas satu (1st world country) yang lain tapi rakyat sendiri berfikiran dan bermentaliti seperti rakyat negara kelas ketiga (3rd world country), tidak mementingkan aspek pendidikan dan ilmu. Kisah dongeng dan tahyul seperti ini dijaja entah untuk apa pun tidak diketahui apa kebaikannya.

Majoriti mengambil kisah tahyul ini seperti kisah sahih para Nabi dan Rasul yang terbukti dengan mukjizat juga berbukti dengan Al-Quran dan Hadith. Sampai bila mahu memperbodohkan pengikut anda dengan kisah² mengarut seperti ini?

Tidak terlintas untuk saya menghina Nik Aziz namun mereka-cerita dan menyebarkan kisah mengarut ini perlu dihentikan oleh pengikut taksub Nik Aziz. Tidak ada kebaikan pun yang dapat diperolehi dengan menyebarkan kisah mengarut ini.

Sedangkan Nabi sallallahu alaihi wassallam ketika di penghujung hayatnya ketika sakit juga tidak mampu bangun bersolat lalu diperintahkan Abu Bakar menggantikan Beliau sebagai Imam. Malah ada ketika Nabi sallallahu alaihi wassallam dibantu oleh sahabat untuk bersolat. Malah ada juga ketika Nabi sallallahu alaihi wassallam hanya memberi isyarat untuk sahabat meneruskan solat manakala Nabi sallallahu alaihi wassallam tidak keluar untuk solat bersama.


Ketidakupayaan ketika sakit seperti ini adalah perkara biasa bagi manusia. Apatah lagi jika manusia biasa yang bukanlah lebih mulia dari Nabi dibius dengan ubat tidur yang kuat. Kehebatannya mengalahkan Nabi pula. Bukankah ianya kelihatan karut dan melampau-lampau kekarutannya.

Jika benar kisah karut ini, mohon rakamkan Nik Aziz bangun mengambil wuduk, bertahajjud, bersolat, minum teh, berbual, dalam keadaan beliau diberi ubat tidur yang dikatakan kuat itu. Zaman sekarang semua sudah ada handphone yang canggih untuk rakam video.

Jangan biarkan kisah² karut ini menjadi bahan dan modal politik. Kisah seperti ini tidak lebih hanya menjadi bahan gelak ketawa orang ramai. Saya bersimpati dengan Nik Aziz dan keluarganya yang menjadi mangsa bahan reka cerita kisah tahyul seperti ini.

Semoga Allah memudahkan urusan Nik Aziz dan keluarganya. Semoga Allah mengampunkan beliau. Semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau dan pengikutnya. Semoga dibukakan hati beliau dan pengikutnya untuk kembali taat kepada pemerintah sekaligus menyatukan umat Islam di Malaysia.

Allahua'lam...


Kisah Karut dan Tahyul Nik Aziz Tahajjud di ICU. Hentikanlah Membodohkan Pengikut Anda!
http://abuaqifstudio.blogspot.my/2015/01/kisah-karut-dan-tahyul-nik-aziz-tahajut-di-icu.html

Akhirnya Kisah Karut Tahyul Nik Aziz Tahajjud di ICU Dibongkar Sendiri oleh Sepupu Dusuki
http://abuaqifstudio.blogspot.my/2015/01/kisah-karut-tahyul-nik-aziz-tahajjud-di-icu-dibongkar-oleh-sepupu-dasuki.html

Keramatkah Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ?
http://abuaqifstudio.blogspot.my/2015/01/keramatkah-dato-bentara-setia-nik-abdul.html

Ust Ahmad Dusuki Terus Berbohong Tentang Kisah Karut Nik Aziz Tahajjud di ICU
http://abuaqifstudio.blogspot.my/2015/01/ust-ahmad-dusuki-terus-berbohong.html



* Feel free to share and spread it

20 comments:

  1. Rakyat msia mmg suka dengar cerita karut marut....

    Tak berhati2 jaga akidah ... kelak akan binasa...

    ReplyDelete
  2. dalam kisah nabi SAW yang sakit terlantar ..tak de cerita macam ni,,,malah baginda beberapa hari tak pergi masjid berjemaah..isteri baginda pun takde cerita ... solat sambil baring tu ada...tapi kalu KOMA.? istifar byk2 ingat Allah..

    ReplyDelete
  3. Hanya Allah mengetahui.. Jika benar itu satu keajaiban jika tidak tanya pada penyebarnya apa tujuan dia buat cita mcm ni

    ReplyDelete
  4. Bodoh bin bangang... mane ade kene bg bius tuk on antibiotik...ape ke bangang ni.. tetiba kuman ilang.... bangsat mcm babi siapa sebarkan fitnah.. selama aku mgadap beribu2 patient kT spital tak pernah aku jumpa org kene bius nak bg antibiotik...

    ReplyDelete
  5. Teguran untuk Abu Aqif yg dihormati lagi disayangi... ada lebih baik berlepas diri dari perkara begini... agar tidak tempias .. ibarat gunung berapi yg dah nak muntahkan apinya.. nanti kita terkena bahangnya.. Allah juga menentukan kepada siapa nak dihidayahkan ... Banyak Alim yg perkatakan khatimah.. tapi ini tidak menjamin padanya.. ini Hak Allah semata mata maka jadikan ittibar... Kita berdoa agar kita tidak tergulong dari gulong yg rugi diakhir kalam..Marilah kita bersama memohon doa agar Ummah khususnya yg terdekat dgn kita..dijauh Allah akan fitna fitna yg berlaku dan akan berlaku... Allah maha mengentahui dan Maha Adil lagi bijaksana.. Tiada helah jua dapat melepasi dan Tiada kehebatan yg melolosi MizanNya.. Ini teguran yg iklas pada hemat saya... suasana sekitara ini ..boleh membuat kita tergelincir ..gunung berapi tetapi nak meletop... tapi kita ni nanti yg binasa kerana kurang cermat... Pada Allah kita berserah...

    ReplyDelete
  6. percaya dan iyakan sajalah penyokong2 pas tu ... yg menyebarkan cerita ni pun mungkin dah tahap setengah wali kot, apa org lain buat semua dia tahu ...

    benda ni rasanya samalah mcm kata nik aziz, berahaluf siyasi dgn dap semata-mata utk mendekatkan dap dgn Islam, semua penyokong buat2 percaya kerana takut melawan cakap ulamak konon, akhirnya kerana dap dah terlalu Islamlah dek kerana hajat dan niat nik aziz, sampai sekarang pun dap tak habis2 menenang hudud. dap menang besar pilihanraya, pas jadi melukut tepi gantang dalam pakatan ... bijak2 ...

    ReplyDelete
  7. Salam.... sy terpanggil utk membaca blog ini krn sy kira akn menjumpai fakta yg menyangkal akn issue tgna ini.... abu aqif hanya menggunakn fakta perubatan, andaian semata dan sedikit kisah rasululullah..... jika kita bercerita pasal perubatan kita tahu ada hadnya.... dan tidak dpt melawan kehendak Allah....pengalaman sy ketika melahirkan anak pertama sy pernah disuntik ubat tahan sakit yg paling kuat.... sehingga doc kata yg sy akn mengantuk dan tdo nyenyak....kerna sy sudah merasa sakit tp bukaan masih lg 1cm..... sblm diberi suntikn sy sempt bt tahjud dan membaca yaasin.... sy tdk tahan dan sy berdoa semoga diperceptkn bukaan..... kemudian slps shj diberi suntikn sy bkn mengntuk tetapi semakin sakit dan alhamdulillah bukaan sudah mula membesar dan xsmpi sejam bukaan sudah 10cm dan sy deliver bby sy dgn mudahnya.....esok pgnya sy bertanya kpd doctor yg memberikn ubat tahan sakit..... doc tu mengatakn yg dia pn tidak expect sy akn deliver secepat itu dan sepatutnya slps diberi ubat itu sy akn mengantuk dan tidur..... tetapi ini semua kuasa Allah dan doctor pn tidak dpt melawan kehendak Nya..... dan jika begitu kehendak Allah tidak mustahil akn terjd kpd hamba Nya yg terpilih...... mengenai kisah rasulullah apa yg sy faham baginda hanya tidak solat jemaah dan menjd imam ketika sakit..... bukannya tidak solat langsung..... memang rasulullah itu maasum dan manusia paling sempurna.... jd tdk perlulah nk dibandingkn dgn tgna.... tp tgna dgn kita bagaimana? Kalaupn ada video tgna solat suma tdk semua org akn menerimanya.... malah akn jd lbh teruk hinaannya...... bila hati sudah hitam nampak benda baik pn akn dikata buruk....adalah lbh baik kita cek hati kita...... kisah tgna ni sy amek positif....... selama ni jika kita rsa susah dan berat nk solat ceklah hati kita..... hamba2Nya yg soleh memang akn diberi kemudahn utk melakukan ibadah....wpun ketika sakit..... tidak mustahil dgn kehendak Nya.....itu lah janji2 Allah..... tetapi klu dah hitam hati memang susah dan berat nk solat..... klu umo dh separuh abad masih susah nak solat alangkah ruginya..... jd bersihknlah hati ambil lah yg positif.....menyebarkn sesuatu yg baik itu dlh lbh baik dr kita menyebarkn keburukn orang.... Insaflah saudara.......

    ReplyDelete
  8. Entah ?... saya pun tidak bersaksi dengan diri saya sendiri...
    PerkaraNya amat mudah untuk menbuktikan "Kebenaran OR Kemungkaran"... Tunggu masa/waktu yang telah dikatakan akan keadaanNya & bersaksi dengan diri sendiri - baru lah adil...
    ... Jangan kerana Taksub - memuja, memuji, membersih, menyucikan diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jemaah, parti... Kerana itu adalah perbuatan SYIRIK - YAHUDI (I'ttiqad yang dilaknati Allah)...

    ReplyDelete
  9. Maaf kerana rasa terpanggil untuk memberi komen :

    Soal yg diutarakan disini BUKAN menolak atau mempertikai KETENTUAN ALLAH - bab ini tak perlu diperdebatkan ... melainkan kalau otak dah kurang suku ...

    Persoalan yg timbul ialah - kalau betullah apa yg dilakukan oleh nik aziz semasa dlm ICU itu, biarlah, itu hubungan antara dia dengan Tuhan - mengapa orang lain HARUS menjaja cerita dan memperbesar-besarkannya? UNTUK TUJUAN APA?

    Bermegah-megah? Menunjuk-nunjuk? Dan orang yg menjaja atau mereka cerita tersebut dapat apa? Pahala? Syurga? Atau hanya sekadar untuk menunjukkan ketaksuban?

    ReplyDelete
  10. Anda percaya apa yg anda mahu percaya.
    Kebenarannya ? WaAllahu'alam !
    Yg pasti, kalau berkawan dgn setan tu mmg dah sesat.

    ReplyDelete
  11. Benda2 mcm ni la membuatkan aku x suka dgn geng2 Pas ni. kenapa x rakam video ja? nik aziz tu bkn tahap nabi kita nk kena pecaya cerita2 cmtu psl dia. Mmg la kuasa Tuhan, tp ang dh ada kt situ rakam la. takat pkai title ostad, anak sedara nik aziz pastu org kena pecaya la apa ang ckp? Ustad pn dh pandai potong balak sembunyi tangan la.

    ReplyDelete
  12. Pemimpin pemimpin beriman dan bertaqwa, sering memikirkan apakah mrk sudah menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya terhdp yg dipimpinnya, apatah lg disaat saat akhiran hayatnya.

    ReplyDelete
  13. Hanya golongan manusia yang berI'ttiqad (yakin kalbu > akal) SYIRIK - "alYahud - YAHUDI" sahaja yang cenderong memuja, memuji, membersih, menyucikan diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jemaah, partiNya...
    ...FIQH (Aqidah & Syariah) dengan jelas menyatakan bahawa berlaku SYIRIK - merampas, mendahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan bagi Hak-Hak Mutlak Zat Allah, maka gugur lah "alIslam - Islam (I'ttiqad) menjadi "alYahud - Yahudi" tanpa mengira bangsa manusia mana pun...
    ... Permulaan bagi SYIRIK... memuja, memuji, membersih, menyucikan diri sendiri, keturunan... Padahal tidak ada sesiapa yang berhak : berkuasa untuk memuja, memuji, membersih, menyucikan melainkan ALLAH...

    ReplyDelete
  14. Sekejap disebut Agama (Addeen), kemudian sekejap pula menyebut "Islam - alIslam"...
    ... Apa itu Agama ?
    ... Apa itu Islam (alIslam) ???
    Sampai sekarang perkara ini tidak pernah dijawab... ???
    ... Jangan bercampur aduk perkara Uluhiyyah (zat) dengan Rububiyyah (hak-hak mutlak zat)... !!!
    ... Jangan bercampur aduk antara AGAMA (Addeen) dengan ISLAM (alIslam) - belum terjemah lagi... ???

    ReplyDelete
  15. Dari sudut yang lain, ambo pun boleh menulis begini...
    (1) Nik Aziz lambat mati, kerana dia ada nyawa spare ?... kuk kik kuk kik...
    (2) Nik Aziz payah nak mati, kerana Allah akan merasakan azab dimuka bumi... di Akhirat lebih lagi...
    APAKAH STATUS kata-kata - tulisan ambo tuu disisi hukum Allah dari semua cabang Ilmu Agama : Ketuhanan ???

    ReplyDelete
  16. tak kisah la cerita tu betul ka tidak...yg penting ada ikitbar dari cerita tu.begawan jindalee geliii..tak usahlah nak tunjuk terror nak menunjuk tulisan kata pandai agama....tulisAN HANG tu lambang geng karat biru yg telah sesat akidah...tulisla ulihiyaah ka apa ka yg lazimnya anda dah sesat...

    ReplyDelete
  17. Sapa la punya blog bangang ni. Itu antara dia dengan allah. Kita tak layak untuk mempertikai. Betul atau bohong itu soal dia disisi allah. saja nak cari publisiti murahan la tu. Brapa la kau dpat untuk buat blog mcam ni yer....bangang selut betoi...bodoh tak nak mengaji camni la.

    ReplyDelete
  18. Ehhh kalau dah Allah nak izinkan apa saja kimak pon boleh, jangankan solat, nak bangun liwat bini macam ketua dewan ulama pas perlis buat tu pon boleh, nak terbang ke hospital bawa anak bini atas belakang, nak terbang ke mekah dan tawaf keliling kaabah sambil terbang pon boleh!.... kimak pon cerita

    ReplyDelete
  19. cerita yg direka oleh org umno sndiri dan di ejek maki oleh pengikut nya pula. Abu Aqif dari dulu lagi mmng popular melalui dari youtube share ulamak wahabi dan x betul. Penyokong Umno BN buta kayu MENYOKONG apa yg ulamak umno BN perkatakan betul seperti mashitah dan fathul bari serta kazim elias yg menjual agama demi perut mereka. ingat janji allah s.w.t itu benaar, mati itu dekat, kiamat itu benar. Abu Aqif. ingat................. Balasan tuhan bla2 masa. kau ad iman kau akan percaya. Kun Fayakun.

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top