[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=gVh03IeN7RU[/youtube]

Komen Abu Aqif: Fenomena artis mahu bertaubat diperguna oleh golongan tertentu atau artis itu sendiri terlalai dengan keduniaan yang disangkakan agama. Sehinggakan ada yang "pencen" dari menjadi artis lalu menjadi "ustaz segera". Bila masa mereka menuntut ilmu sehingga diberikan pentas untuk mengajar masyarakat berkenaan ilmu yg mereka sendiri tidak pelajari.?? Ada juga menjadi ustaz lalu orang lain pula dikafirkannya. Ada juga mengambil kesempatan mempergunakan artis yg mahu bertaubat ini sebagai pencetus populariti untuk diri mereka sendiri. Ada yang suka-suka petik hadith yang dia sendiri tidak mendalaminya lalu tak semena-mena men-dhaif-kan hadith yg berkurunnya sahih. Hairan.. hairan.. hairan.. 

Bukan tidak boleh menceritakan pengalaman diri. Tetapi sampai bila kita mahu dengar pengalaman mereka..? tidak cukupkah cerita mereka yang kita lihat di kaca televisyen dan kisah hidup mereka di dada akhbar..? Tidakkah sudah sampai waktunya mereka pula duduk di bawah dan mengikut pengajian yang telah lama mereka tingalkan..?? Atau masih beratkah hati mereka meninggalkan dunia hiburan

Mari Kita cek semula, Apakah perkara yang kita lakukan benar-benar kerana Allah...??? Juga untuk tontonan artis yang ingin meninggalkan dunia hiburan supaya tidak tersalah jalan. InsyaAllah..


Video Penuh: http://www.youtube.com/watch?v=gVh03IeN7RU

Akbar Bin Azmi (Bekas Penyanyi & Pelakon)

Mungkin masih ramai yang mengenali seorang artis yang bernama Akbar bin Azmi suatu ketika dahulu apabila Negara kita meletup dengan wujudnya muzik ala hip-hop. Serba sedikit tentang beliau; pernah bersama-sama dengan kumpulan Nasyid Brothers pada tahun 2000 - 2005. Kemudian, beliau bergerak sendiri dengan album rap solonya. Beliau juga pernah beberapa kali membuat penampilan bersama kumpulan hip hop terkemuka di Malaysia iaitu Too Phat dan juga kumpulan dari Singapura iaitu, Ahli Fikir. Tidak terlepas juga berpenampilan bersama-sama penyanyi, Yassin. Bakat beliau bukan sahaja pada nyanyian, juga berbakat dari segi lakonan apabila diberi kepercayaan memegang watak utama di dalam drama bertajuk Fatimah Najwa yang pernah ditayangkan di TV2, beliau juga berpeluang bergandingan dengan pelakon terkenal Ashraf Muslim dalam drama Cinta Sempurna.

Alhamdulillah, hidayah Allah tidak mengira sesiapa, beliau (Akbar) telah meninggalkan dunia hiburan muzik dan lakonan selepas mengetahui bahawa muzik itu adalah haram!, haram!, haram! Sebenarnya, ketika beliau masih menyanyi itu pun beliau telah pun terdedah dengan pendapat-pendapat tentang haramnya muzik di dalam Islam, waktu itu, hati beliau telah pun condong dengan pendapat muzik itu haram, tetapi masih tidak meletakkan satu keputusan muktamad tentang pilihan pegangannya. Akhirnya, selepas beberapa tempoh, beliau mengambil keputusan meninggalkan dunia hiburan muzik apabila terkesan dengan satu hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam iaitu: “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rusak maka rusak pula seluruh tubuh ini.” [HR: Bukhari]

"Telah terang jelas lagi bersuluh penjelasan para Ulama' berkenaan pengharaman muzik ini, tiada lagi alasan untuk saya berdalih untuk menghalalkan muzik dan nyanyian. Ya! saya cintakan muzik, tetapi cinta saya kepada Allah dan RasulNya melebihi segalaNya!". katanya.

Kadang-kadang kita terfikir, betapa bukan mudahnya untuk seseorang itu meninggalkan hobinya apatah lagi ianya merupakan kerjaya yang merupakan sumber pendapatan rezeki. Tetapi, inilah yang berlaku, apabila kita meletakkan cinta kepada Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya. Allah akan menggantikan pekerjaannya yang lama dengan pekerjaan yang baru yang mana ia lebih baik lagi diberkati. Jika tidak di dunia, maka di akhiratlah habuannya yakni dunia yg kekal lagi abadi.

Bagi mereka yang masih bergelumang dengan dunia hiburan muzik ini, hayatilah sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam: "Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr, dan ALAT-ALAT MUZIK.." [HR: Bukhari]

Gambar semasa di Yaman

__________________________________

Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html

http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/abuaqifstudio
 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top