Komen Abu Aqif: Inilah ideologi khawarij takfiri yang bertauhidkan tauhid hakimiyah. Mengkafirkan dan memurtadkan seseorang dengan dosa besar atau dosa yg sebenarnya masih belum layak dikafirkan lagi. Ideologi ini memang sudah lama bertapak dalam PAS. Sekarang mereka menurunkan ideologi ini kepada generasi muda mereka dan sampai bila idelogi sesat ini mahu diteruskan...??
Apa tindakan Jabatan Agama Islam Kelantan...?? Tak mahu panggil Nik Aziz beri keterangan ke.....??
USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO iLMU)
Tajuk: Isu Nik Aziz Murtadkan UMNO
Tarikh: 20.11.2012 (Selasa)
Video Link: http://www.youtube.com/watch?v=FrFxLm6xxmY
Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu.
“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.
“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.
“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional.
Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahayang hajat sedemikian.
“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini melabelkan Umno sebagai khurafat dan mendakwa ideologi nasionalisma parti itu bercanggah dengan Islam.
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/abu-aqif-studio
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah...
Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html
http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/abuaqifstudio