[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=8UJSs7T_fIU[/youtube]

Di saat Dato' Hasan Ali sibuk membalun PAS, Ustaz Fathul Bari pula sibuk "membalun" UMNO. Ini sudah terbalik..!!!

Kuliah: Ceramah Umum - Nasihat Kepada UMNO, PAS & Umat Islam
Lokasi: Nibong Tebal
Tarikh: 28/01/2012
Penyampai: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya


Video Penuh: http://www.youtube.com/watch?v=8UJSs7T_fIU

Tahniah kepada ahli UMNO yang mencintai ilmu. Mereka sendiri telah menjemput Ustaz Fathul Bari untuk memberikan ceramah umum berbentuk nasihat kepada ahli UMNO sendiri. Ustaz Fathul Bari pula tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk "membalun" mereka² yang telah menjemputnya. Sesungguhnya kebenaran itu pahit. Dan kebenaran adalah amanah yang mesti disampaikan.



Ceramah ini telah membuktikan bahawa Ustaz Fathul Bari telah melakukan tanggungjawabnya berdakwah kepada ahli UMNO dan ahli UMNO juga sedia menerima nasihat dan kritikan yang membina. Terjawablah segala tohmahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa kewujudan ILMU adalah sia². Amalan sebegini sangat sihat dan patut diteruskan. Tidak kira apa nama kumpulan, parti atau sesuatu kelompok, perjuangan berteraskan agama adalah patut didahulukan. Ini juga bukti bahawa Umno tidaklah sekular mana pun seperti yang diwar-warkan.

Jika UMNO yang mereka tuduh sebagai "jauh dari agama" boleh menerima nasihat dan bersedia untuk menerima nasihat, maka PAS lagi lah patut terima nasihat kerana laungan pejuangan Islam sepatutnya bukan sekadar laungan semata-mata. semoga program sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Syabas Nibong Tebal..!!

* Pembetulan dari Ustaz Fathul Bari di minit ke 3:22
Sahabat yang Ust maksudkan adalah Umair Ibnu Hammam. Bukan Mus'ab Ibnu Hammam. Maaf di atas kesilapan

Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html

http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/abuaqifstudio


0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top