HARAM Jatuhkan Pemerintah Walaupun Dengan UNDI
Semoga Allah merahmati Ustaz Idris Sulaiman dalam usahanya menerangkan kebenaran dan sekaligus menyangkal tohmahan pembangkang dalam banyak isu berkaitan pemerintahan dan membongkar kesilapan atau kejahilan pembangkang dalam agenda mereka memanipulasi agama demi kepentingan politik. Semoga kesucian agama sentiasa terpelihara dan semoga pemerintah dan orang yang bersama dengan pemerintah sentiasa berada dalam kebaikan. Amin..
Kuliah: Kitab Syarah al-Sunnah (Kuliah Ketiga)
Lokasi: Kajang
Tarikh: 25/01/2012 - Selepas Maghrib
Penyampai: Ustaz Idris Sulaiman
Kitab Syarah al-Sunnah karya Imam al-Barbahariy. Ini adalah kuliah ketiga. Masih menyentuh bab berpegang teguh dengan jamaah. Semoga Bermanfaat..
Playlist: http://www.youtube.com/playlist?list=PL59CFED013637BE7B
Video Penuh: http://www.youtube.com/watch?v=SIdKhoXrXwU
Kitab Syarah al-Sunnah karya Imam al-Barbahariy. Ini adalah kuliah ketiga. Masih menyentuh bab berpegang teguh dengan jamaah. Diringkaskan, point² penting adalah seperti di bawah:
-Larangan keluar dari jemaah
-Larangan keluar dari ketaatan kepada pemerintah
-Larangan berpecah
-Taat dalam hal yang makruf sahaja
-Larangan menjatuhkan pemerintah melainkan jelas kekufuran
-Gugur ketaatan jika pemerintah kufur (kufur yang jelas)
-Jangan sesuka hati mengkafirkan pemerintah kecuali melihat dengan mata kepala sendiri
-Melihat dengan mata sendiri, bukan khabar angin, bukan gosip
-Larangan cenderung kepada orang yang berlaku zalim
-Bagaimana pula jika pemerintah yang berlaku zalim..?
-Sudah terjawab seperti di atas, kita taat dalam hal yang makruf sahaja
-Pemerintah zalim tidak bermaksud kita tidak taat kepada pemerintah
-Tuntutan sayang dan cinta kepada orang beriman
-Tuntutan benci dan berlepas diri daripada org yg zalim (kafir)
-Orang beriman pasti tidak menyayangi orang yg memusuhi atau yang mensyirikkan Allah
-Khawarij jelas kesesatannya
-Murji'ah juga jelas kesesatannya
-Bersabar terhadap perbutan yg dibenci yg dilakukan pemerintah
-Kejahilan dalam memahami nas terjadilah pemberontakan terhadap pemerintah
-Kejahilan dalam memahami nas khas dan umum
-Taat pemerintah yang zalim atau menentang pemerintah yang zalim, yang mana lebih utama..?
-Sekiranya ada dua mudharat, pilih mudharat yang lebih ringan
-Pemerintah wajib memerintah secara adil
-Rakyat wajib taat walaupun pemerintah tidak berlaku adil
-Menteri besar racuni pemikiran rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, bagaimana..?
-Pemerintah berkawan baik dengan orang kafir, bagaimana..?
-Ada yang kata tukar pemimpin tak sama jatuhkan pemimpin. Benarkah begitu..?
* Masih saya tidak 'cut' video kepada sub topik kerana saya tidak tahu part mana yang saya boleh cut kerana semuanya penting dan bersangkut paut. Adalah sangat digalakkan untuk menonton dari mula hingga habis untuk mengetahui siapakah ahli sunnah sebenar dan mengapa kita wajib mentaati pemerintah.
** Pembangkang juga dinasihatkan menonton video ini dengan minda yang terbuka dan menilai sebaik-baiknya berdasarkan hujah dan dalil yang telah disertakan. Jangan dahulukan emosi daripada wahyu. Saya tahu, anda juga mahukan yang terbaik untuk agama.
Terjemahan kitab dalam bentuk pdf yg boleh dikongsikan pada waktu ini boleh didapati di sini:
http://shirotholmustaqim.files.wordpress.com/2009/12/imam-al-barbahari-syarhus-sunnah.pdf
Walaubagaimana pun kepada sesiapa yang ingin membeli kitab boleh rujuk kepada link ini:
http://www.ilmu-islam.com/index.php/buku/aqidah-teologi/syarhus-sunnah-imam-al-barbahari-1-jam-memahami-aqidah-islam.html
Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html
http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/abuaqifstudio