Siri 1 - http://www.youtube.com/watch?v=RXde22qpm5Q
Siri 2 - http://www.youtube.com/watch?v=iGhd_SqgSw4
Siri 3 - http://www.youtube.com/watch?v=bzNNxXskIyU

Komen ambil dari Page ILMU:

Bismillah, Kami harap Ust. Azhar Azhar Idrus hadahullah (Semoga Allah memberinya petunjuk) dapat menarik kembali perkataan beliau yang mengatakan:

Minit 3: 43 - "Ulama muda ulama gila, masuk parti sekuler, masuk berenang dalam air najis, boleh 15K dengar khabar seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekuler. Sekuler ni keluar dari Islam, sesat dunia akhirat."

Minit 4: 13 - "Mu terjun dalam tong najis terus, sign borang, isi borang, 40 Ulama Muda menyertai parti dulu kini dan selamanya, sesat dalam api neraka..."

[*] Perkataan Ust. Azhar ini adalah ayat takfir (pengkafiran) dan Ust. Azhar menegaskan secara pasti bahawa UMNO, ILMU, dan orang-orang yang isi borang menyertai UMNO bakal ke Neraka.

[*] Ingatlah bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda (maksudnya), "Tidaklah seseorang menuduh kepada yang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan." (Muttafaqun 'alaih)
Minit 4: 30 -- "(Ulama Muda) dia baham 15k sebulan sign borang. Pastu jadi boneka..."

[*] Sekali lagi kami tegaskan di sini, pernyataan ini adalah fitnah dan dusta ke atas kami (ILMU). Maksud firman Allah Ta'ala, "(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia di sisi Allah adalah besar." (Surah an-Nuur, 24: 15
Wallahu a'lam...

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada kita semua agar berjalan di atas jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh oleh Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.


Sila refer di sini untuk isu "Kenyataan Hadith Dhaif Yang Membahayakan":

Hadith Dhaif - Azhar Idrus Tak Faham, Ustaz Fathul Bari Fahamkan
http://www.youtube.com/watch?v=9VYDRbd0Yok

Komen Abu Aqif: Jangan jadi NANGOI..!!
 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top