PIHAK POLIS MASIH LAGI MENJALANKAN SIASATAN BERHUBUNG DENGAN KEJADIAN LETUPAN BOM BUATAN SENDIRI DAN KES INI DIKLASIFIKASI DI BAWAH SEK 6 AKTA BAHAN LETUPAN 1957 AKTA 207. APABILA DISABIT BOLEH DIKENAKAN PENJARA SELAMA 7 TAHUN ATAU DENDA 10,000 RINGGIT ATAU KEDUA-DUANYA.
SIASATAN POLIS MENUNJUKKAN BAHAWA TERDAPAT TIGA LETUPAN DI SEKITAR KAWASAN BERHAMPIRAN MAHKAMAH DAN SEMUA LETUPAN INI DIPERCAYAI DILETUPKAN SECARA JANGKA MASA. BAHAN-BAHAN YANG DIJUMPAI ADALAH SERPIHAN-SERPIHAN KON PLASTIK, BEBOLA GEGALAS (BALL BEARING), JAM DAN BATERI. BAHAN LETUPAN YANG DIGUNAKAN MASIH LAGI MENUNGGU PENGESAHAN DARI PAKAR/AHLI KIMIA UNTUK MENENTUKAN JENIS DAN KELAS BAHAN LETUPAN TERSEBUT.
SELAIN DARIPADA 4 ORANG AWAM YANG TERCEDERA, SEORANG LAGI DIRAWAT KERANA TERKEJUT DALAM KEJADIAN INI. TERDAPAT JUGA KEROSAKAN KECIL KEPADA KENDERAAN KEPUNYAAN ORANG AWAM YANG DILETAKKAN DI TEMPAT KEJADIAN. KEBANYAKAN KEROSAKAN ADALAH DISEBABKAN TERKENA BEBOLA GEGALAS (BALL BEARING) DAN IMPAK LETUPAN. KEBANYAKAN KENDERAAN HANYA MENGALAMI KEROSAKAN KECIL MELAINKAN SEBUAH MOTOSIKAL YANG MENGALAMI KEROSAKAN YANG AGAK TERUK.
PIHAK POLIS TELAH MENGUMPUL SEMUA BAHAN BUKTI DARI TEMPAT KEJADIAN DAN AKAN DIHANTAR UNTUK ANALISIS DAN SEDANG MENGESAN SAKSI-SAKSI LAIN YANG BOLEH MEMBANTU DALAM PENYIASATAN BERHUBUNG DENGAN KEJADIAN TERSEBUT.
SIASATAN POLIS MASIH DITERUSKAN DAN USAHA UNTUK MENGESAN MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB DIGIATKAN. PIHAK POLIS JUGA MEMERLUKAN KERJASAMA DARI ORANG AWAM YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERHUBUNG DENGAN KEJADIAN TERSEBUT UNTUK TAMPIL MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS BAGI MEMBANTU SIASATAN.
By: Polis KL
Video Yang Sempat Dirakam: http://www.youtube.com/watch?v=_19_419qXf0
Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html
http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/abuaqifstudio