[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=jFYc2Jj0Rbo[/youtube]

Komen Abu Aqif: Bersorak macam orang tidak bertamadun. Bawa anak kecil ke perhimpunan yang dimurkai Allah. Inikah contoh ibu bapa mithali. Sanggup memperjudikan keselamatan anak-anak kecil semata-mata perhimpunan yang kotor lagi jijik

Linkhttp://www.youtube.com/watch?v=jFYc2Jj0Rbo

Koleksi Video BERSIH 3.0: http://www.youtube.com/playlist?list=PLCF1FD20794C7BA97


Wahai pendemonstran yang terpekik terlolong. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik-baik atau hendaklah ia diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6135) 

Tak perlulah kalian provokasi. Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri hafizahullah menegaskan:

وعلى كل حال فإن مجرَّد التحريض على السلطان المسلم ـ وإن كان فاسقا ـ صنعة الخوارج، قال ابن حجر في وصف بعض أنواع الخوارج: “والقَعَدية الذين يُزَيِّنون الخروجَ على الأئمة ولا يباشِرون ذلك”، وقال عبد الله بن محمد الضعيف: “قَعَدُ الخوارج هم أخبث الخوارج
 “Apapun, walau hanya sekadar melakukan provokasi (membangkitkan kebencian dan kemarahan) terhadap pemerintah umat Islam walaupun pemerintah tersebut fasiq, ia telah layak dilabel khawarij. 
Baca selanjutnya di sini: http://www.ilmusunnah.com/nawawi/mengenal-karektor-utama-mazhab-khawarij/

Wahai Ibu Bapa. Janganlah perjudikan anak-anak kecilmu sebegitu. Janganlah didik mereka menjadi Yahudi atau Nasrani mahupun majusi
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan wahai muslimah-muslimah sekalian. Ini bukan jihad. ini adalah maksiat. Baliklah kalian dan bukak buku tabung haji..


‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، نَرَى الجِهَادَ أَفْضَلَ العَمَلِ، أَفَلاَ نُجَاهِدُ؟ قَالَ: لاَ، لَكِنَّ أَفْضَلَ الجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ
“Wahai Rasulullah, kami (para wanita) melihat bahawa jihad adalah amal yang afdhal (paling utama). Adakah kami boleh turut serta berjihad?
Rasulullah jawab, “Tidak, tetapi jihad yang paling afdhal bagi kamu adalah haji yang mabrur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1520)






 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top