Komen Abu Aqif : Sebelum ini, saya pernah menjenamakan mahkluk bernama Dr Maza ini sebagai Muzabzib kerana dek fatwanya yang berubah-rubah seperti sesumpah. Namun saya tersilap kerana sebelum ini saya katakan mungkin fatwanya berubah dalam 2 atau 3 tahun akan datang. (Lihat di sini)
Saya mohon ampun kepada semua dan saya mengaku, saya silap dalam hal ini. Beliau tidak mengubah fatwanya 2 atau 3 tahun akan datang. Yang sebenarnya, fatwanya terus berubah kurang dari 2-3 minggu sebenarnya. Ini sangat ajaib! Terima wahyu lagikah wahai tok mufti?
Apa yang saya cuba highlight-kan pada kali ini adalah berkaitan dengan isu MH370. Sebelum ini beliau ada membuat satu posting berkenaan penggunaan "Scorpene Submarine" di dalam pencarian MH370. (Baca di sini). Posting beliau menjadi kontroversi kerana posting tersebut adalah fitnah ke atas kerajaan.
Manakan tidak menjadi kontroversi, kerana fitnah tersebut dilakukan oleh pak mufti (baca tok peti) yang juga mendabik dada (bayangkan tiga kali mendabik dada) sebagai seorang pejuang sunnah. Perkara ini adalah satu keaiban bagi seoarang pengikut sunnah apatah lagi mengaku sebagai pejuang sunnah.
Dek kerana dihentam oleh ramai orang, beliau secara 360° terus menukar fatwanya dengan memuji Datuk Seri Hishammuddin kerana berjaya menguruskan isu MH370 dengan baik. Nah! Sekali lagi beliau terbelit dengan fatwanya sendiri.
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini juga, beliau, Dr Maza al-Muzabzib telah menghentam dengan teruk golongan Ulama Muda UMNO sebagai pengampu, penjilat, benteng, jek kereta jangan terbalik dan pelbagai cercaan yang sangat berat kerana pegangan aqidah golongan Ulama Muda UMNO yang dengan jelas dan tegas mempertahan dan memuliakan pemerintah sebagimana yang dituntut oleh Agama Islam.
Namun, kali ini Dr Maza pula dilihat menjilat ludahnya yang berkahak sendiri dengan memuji Datuk Seri Hishammuddin. Adakah beliau juga adalah penjilat, pengampu atau anjing kerajaan? Di sinilah bukti kata-kata Ustaz Rasul Dahri sebelum ini (lihat video di atas) yang Dr Maza al-Muzabzib ini sememangnya Muzabzib. Fatwanya berubah dalam sekelip mata. Kadang-kadang fatwanya berubah tak sampai mata sempat berkelip pun.
Anda jangan terkejut atau merasa hairan jika fatwanya berubah lagi akan datang kerana inilah sifat Muzabzib. Sekejap kata begini dan sekejap kata begitu. Tiada pendirian dan tidak yakin dengan pendiriannya sendiri. Bagaimana orang beraqidah Muzabzib ingin mengajarkan aqidah kepada orang lain jika diri sendiri masih zig zag atau muzabzib. Dan tidak hairan satu hari nanti beliau akan terbelit lagi dengan fatwanya sendiri seperti DS Anwar Ibrahim.
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..