Komen Abu Aqif: Dikatakan Taufan Haiyan ini adalah taufan paling kuat dan dahsyat yang pernah dicatatkan di dunia. Berkelajuan 315km sejam dan telah meragut lebih 10,000 nyawa. Wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur.

Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk sekurang-kurangnya di enam daripada 7,000 kepulauan negara itu termasuk Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.


Ramai yang menyatakan ianya adalah sebab dari perubahan cuaca dan sebagainya. Mereka menyatakan ribut sebegini berlaku pada setiap tahun cuma kali ini ianya bukan seperti tahun² tahun lalu. Namun desas desus juga menyatakan ianya akibat daripada mereka merobohkan masjid pada September 2013 lalu sehingga terbunuh beberapa orang Islam. Ada juga umat Islam yang ditembak dalam proses merobohkan masjid tersebut.

Apa pun ianya adalah perkara ghaib. Tidak diceritakan mengapa bala dan ujian diturunkan. Tidak dinyatakan bala dan ujian diturunkan di atas sebab² tertentu. Allah pasti menurunkan bala bencana kepada sesuatu kaum yang melakukan maksiat secara terang-terangan. Apa yang pasti umat Islam mesti mengambil pengajaran di atas kemusnahan yang telah berlaku sebagai pengajaran. Allahua'lam.



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top