Komen Abu Aqif: Walaupun TPM tidak bersalah namun beliau tetap meminta maaf. Tindakan yang terpuji dan patut menjadi contoh kepada yang lain. Tapi bila lagi PAS nak minta maaf berkenaan gambar super impossed Ustaz Azizan tu..??


Video Penuh: 26.10.2013 - @ustazfathulbari - Ceramah Sempena #PRKSgLimau

Segmen Terpilih:

1. #PRKSgLimau - Ucapan Ringkas Dr Sohaimi Lazim
2. #PRKSgLimau - @ustazfathulbari - Berjihad Dengan Kemaluan - Syiah Sesat
3. #PRKSgLimau - @ustazfathulbari Selar @PKamalanathan Sekat Ibadah Korban
4. #PRKSgLimau - @ustazfathulbari Komen Brunei Laksana Hudud
5. #PRKSgLimau - @ustazfathulbari - Kalimah Allah Untuk Semua Tapi Hudud Untuk Orang Islam Sahaja. Sungguh Kontradik!
6. #PRKSgLimau #KalimahAllah @ustazfathulbari Selar @zaidibrahim
7. #PRKSgLimau - @ustazfathulbari - @MuhyiddinYassin Mengaitkan Gula Dengan Ustaz Azizan Bukan Hinaan


Faekah: Saya sedia memaafkan

ALOR SETAR - Permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak diterima dengan hati terbuka oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah.

“Saya sedia memaafkan dan percaya kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu dan disebarkan secara tidak betul,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Muhyiddin beberapa kali mengunjungi Azizan ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Kedah dan beliau mengenali hati budi pemimpin nombor dua negara itu yang tidak pernah membuat kenyataan negatif terhadap Azizan.

“Saya terima penjelasan yang dibuat Muhyiddin menerusi akhbar, dan kami sekeluarga tiada masalah untuk memaafkan jika benar berlaku keterlanjuran kata beliau ketika berkempen,” katanya.

Kelmarin, Muhyiddin menegaskan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutama keluarga Allahyarham Azizan, berhubung kenyataannya yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan masalah penyakit kencing manis.

Muhyiddin berkata, beliau tidak merujuk kepada bekas Menteri Besar Kedah itu, tetapi hanya bercakap secara umum.

Bagaimanapun, Muhyiddin memohon maaf secara terbuka jika kenyataan beliau itu disalah erti dan menyinggung perasaan keluarga Allahyarham.

Sebelum itu, anak kelima Azizan, Muhammad Rafi’iy pada sidang media, meminta Muhyiddin membuat permohonan maaf berikutan kenyataan berkenaan ketika berucap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.

Faekah berkata, hubungan baik antara Azizan dan Muhyiddin sudah lama terjalin, iaitu sebelum kedua-dua mereka terlibat dalam politik sepenuh masa.

“Mereka sudah saling mengenali sejak tahun 60-an lagi, di mana ketika itu Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Kebetulan kakak kepada Muhyiddin turut belajar di universiti sama dan daripada situ mereka berkenalan,” katanya.

Menurutnya, hubungan mesra itu masih terjalin selepas mereka aktif dalam politik, walaupun berbeza parti.

“Azizan sememangnya begitu. Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan. Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan daripada pelbagai latar belakang politik berbeza,” katanya. - Sinar Online


Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top