Komen Abu Aqif: Berita dari Malaysiakini yang dipetik dari The Telegraph adalah berita palsu. Kalau sebelum ini ketika isu MH370 mereka mengeluarkan berita yang tidak benar dan cuba mengaiktan Malaysia dengan kegiatan pengganas, sekali lagi mereka melakukan perkara yang sama dengan melaporkan berita yang tidak tahu asal usulnya.

Motifnya tidak diketahui. Mungkin ada perancangan jahat sedang berlaku.

Hanya berdasarkan maklumat dari pilot yang yang bernama Danny Fyne, The Telegraph melaporkan sesuatu berita mustahil benar. Identiti pilot tersebut juga samar². Ini jelas melanggar etika kewartawanan.

Lihat berita penuh di sini

Laluan bagi MH17 itu telah disahkan selamat oleh Perdana Menteri pada sidang Media awal pagi tadi. Berita penuh boleh rujuk di Berita Harian Online.

IATA juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa peswat tersebut melalui laluan selamat. Lihat di sini.

Kenyataan Eurocontrol pula boleh rujuk di sini.

Untuk makluman, sememangnya wujud zon larang penerbangan. Zon-zon tersebut telah pun termaktub dalam NOTAM dan ini terdapat pada gambar di tandakan dengan FDC 4/2816 dengan lorekan merah berdasarkan NOTAM A0010/14 - Airspace Special Notice Ukraine oleh FAA. BOleh rujuk di sini.

Laluan bagi sesebuah pesawat sudah ditetapkan dan ini mesti dipatuhi oleh setiap syarikat yang mengendalikan pesawat. Jika tidak dipatuhi, perkara buruk seperti pelanggaran atau kemalangan jiwa boleh berlaku.

Mustahil laluan yang didakwa pilot 'rekaan The Telegraph' itu tidak selamat kerana laluan itu bukan sahaja digunakan oleh syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS). Laluan udara itu juga turut digunakan oleh Singapore Airlines, KLM Royal Dutch Airlines, Thai Airways dan Air Asia.

Informasi ini dikongsikan oleh seorang pilot MAS yang baru pulang dari Frankfurt. Pilot ini adalah sahabat kepada sahabat saya yang kini berada dia Australia. Pilot MAS ini juga melalui laluan udara yang sama dan kebetulan semalam adalah penerbangannya pulang dari Frankfurt ke Malaysia.

Berita yang dilaporkan jelas mahu menuding jari kepada pihak MAS atau kerajaan Malaysia bahawa punca berlakunya tragedi MH17 ditembak jatuh adalah kerana kesilapan laluan yang tidak selamat seperti yang telah ditetapkan. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Berikut adalah perbualan di antara sahabat saya di Australia dengan pilot MAS tersebut:









Posting berkaitan:

3 Rakaman Amatur Saat #MH17 Terhempas

Eksklusif: Ukraine Dedah Rakaman Audio Russia Dalang Tragedi #MH17

Pilot MAS Tampil Jawab Fitnah @malaysiakini @Telegraph #MH17 Tempuhi Zon Tidak Selamat

Saksi Lihat #MH17 Terhempas Depan Mata

Eksklusif: Rusia Pula Dakwa Ukraine Dalang Tragedi #MH17

Ulama Zimbabwe Tegur Pembangkang Tuduh Nahas #MH17 Adalah Hukuman Allah Kepada Malaysia

Pembangkang Kantoi Tipu @MAS 'Tidak Peka' Notis FAA Punca Nahas #MH17

@ustazfathulbari - Jangan Ambil Kesempatan Politik Nahas #MH17 #JusticeForMH17 #Justice4MH17



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top