Komen Abu Aqif: Benarkah militan yang menembak pesawat yang ketika itu berada pada ketinggian 33,000 kaki yakni bersamaan hampir 24 kali ganda ketinggian KL Tower? Senjata apa yang mereka guna untuk menjatuhkan pesawat setinggi itu? Jika pada ketinggian itu ada beberapa senjata yang mereka boleh gunakan seperti BUK atau dikenali sebagai SA-11.
Namun mampukah militan mempunyai senjata seperti ini? Mungkin selepas ini akan timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi. Tambahan pula rakaman audio yang kononnya perbualan telefon Rusia yang menjadi dalang kepada tragedi MH17 ini agak meragukan kerana tersebar dengan begitu cepat iaitu kurang dari 24 jam. Apa pun kita tunggu siasatan pihak berkuasa berkenaan isu ini.
Semoga Allah memudahkan urusan mereka.
BEBERAPA saksi berkongsi pengalaman bagaimana mereka melihat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 “meletup” di ruang udara timur Ukraine, selepas ia dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.
Pesawat itu membawa 298 orang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas dekat kampung Grabovo.
Bagaimanapun, tiada kumpulan yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
Saksi berkongsi pengalaman mereka melihat pesawat itu terhempas dalam keadaan yang digambarkan begitu ‘dahsyat’.
Penduduk tempatan memberitahu “semuanya meletup di udara, dengan mayat dan badan pesawat jatuh berkecai. Masing-masing fikir pesawat itu diletupkan.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Vladimir berkata: “Saya ketika itu sedang bekerja menggunakan traktor saya di ladang ketika mendengar bunyi sebuah pesawat dan kemudian terdengar bunyi tembakan dan letupan. Selepas itu, saya melihat pesawat terhempas dan asap tebal berkepul-kepul.”
Seorang pemberontak pemisah dari kawasan berhampiran di Krasnyi Luch yang hanya dikenali sebagai Sergei berkata: “Dari balkoni, saya dapat melihat sebuah pesawat mula menuruni dari paras yang tinggi dan kemudiannya mendengar dua letupan.”
Dia bagaimanapun menafikan kumpulan pemberontaknya didakwa menembak jatuh pesawat itu.
“Ia (menembak jatuh) hanya berlaku sekiranya membabitkan pesawat pejuang dan peluru berpandu permukaan ke udara,” katanya kepada Reuters.
Katanya, kumpulan pemberontak berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata untuk menembak jatuh sebuah pesawat pada ketinggian itu (33,000 kaki). - mirror.co.uk
Posting berkaitan:
3 Rakaman Amatur Saat #MH17 Terhempas
Eksklusif: Ukraine Dedah Rakaman Audio Russia Dalang Tragedi #MH17
Pilot MAS Tampil Jawab Fitnah @malaysiakini @Telegraph #MH17 Tempuhi Zon Tidak Selamat
Saksi Lihat #MH17 Terhempas Depan Mata
Eksklusif: Rusia Pula Dakwa Ukraine Dalang Tragedi #MH17
Ulama Zimbabwe Tegur Pembangkang Tuduh Nahas #MH17 Adalah Hukuman Allah Kepada Malaysia
Pembangkang Kantoi Tipu @MAS 'Tidak Peka' Notis FAA Punca Nahas #MH17
@ustazfathulbari - Jangan Ambil Kesempatan Politik Nahas #MH17 #JusticeForMH17 #Justice4MH17
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
0 comments:
Post a Comment