Komen Abu Aqif: Bagi individu yang ditimpa musibah, malapetaka, kesusahan, kematian dan seumpamanya, mereka boleh berkata musibah yang menimpa mereka adalah kerana dosa² mereka. Tapi bagi orang yang melihat seseorang ditimpa musibah tidak layak bagi mereka berkata "sesungguhnya ada sedang mendapat azab dan balasan dari Allah", kerana mungkin sahaja musibah itu adalah kerana ujian dan sebagainya

Ucapan yang terbaik yang kita boleh ucapkan adalah Inna lillahi wa inna ilaihi rijioun.

Mungkin video di atas boleh menyedarkan pembangkang akan sikap dan adab mereka di dalam isu MH17 ini. Mufti Menk menegur mereka² yang tidak sensetif akan perkara ini dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak patut dan dalam masa yang sama Mufti Menk juga memuji kerajaan Malaysia kerana sentiasa mengekalkan keamanan yang rakyat nikmati selama ini.

Saya menasihatkan kepada haters supaya berhenti sejenak dan bermuhasabahlah. Tidak perlu menuding jari di atas musibah yang berlaku. Salurkanlah tenaga dan semangat anda itu dengan membantu pemimpin kita di dalam apa jua isu dan krisis yang berlaku.

Mungkin mantan mufti juga boleh ambil iktibar dari video ini. Lihat bagaimana seorang Mufti Tulen melakukan dakwah dengan ikhlas tanpa prejudis kepada pemerintah dan kerajaan sedia ada.

Sedikit biodata Mufti Menk yang dapat dikongsikan:

Ismail Musa Menk dilahirkan di Harare, Zimbabwe.

Mendapat pendidikan awal di Harare, Zimbabwe. Memiliki ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Madinah Munawwarah juga pengkhususan dalam Perundangan di Darul Uloom Kantharia, Gujarat.

Beliau merupakan Ketua Jabatan Fatwa Majlis Ulama Islam Zimbabwe dikenali sebagai Majlisul Ulama Zimbabwe.

Beliau juga adalah salah satu Muaththins & seorang Imam di Masjid Al Falaah di Harare, Zimbabwe.

Beliau agak terkenal dan sering mendapat jemputan kuliah dari banyak negara.

Posting berkaitan:

3 Rakaman Amatur Saat #MH17 Terhempas

Eksklusif: Ukraine Dedah Rakaman Audio Russia Dalang Tragedi #MH17

Pilot MAS Tampil Jawab Fitnah @malaysiakini @Telegraph #MH17 Tempuhi Zon Tidak Selamat

Saksi Lihat #MH17 Terhempas Depan Mata

Eksklusif: Rusia Pula Dakwa Ukraine Dalang Tragedi #MH17

Ulama Zimbabwe Tegur Pembangkang Tuduh Nahas #MH17 Adalah Hukuman Allah Kepada Malaysia

Pembangkang Kantoi Tipu @MAS 'Tidak Peka' Notis FAA Punca Nahas #MH17

@ustazfathulbari - Jangan Ambil Kesempatan Politik Nahas #MH17 #JusticeForMH17 #Justice4MH17



Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top