Komen Abu Aqif: Apabila timbul isu Palestin, Dr Maza dan pengikutnya serta pembangkang pembawa bendera Neo Khawarij akan mendendangkan lagu yang sama iaitu Ulama Muda kata tiada Jihad di Palestin. Paling menyedihkan, segelintir individu di pihak kerajaan yang lemah mindanya juga termakan dengan fitnah yang Dr Maza reka ini.
Persoalannya mengapa mereka mudah termakan fitnah rekaan Dr Maza ini? Allahua'lam.. Saya tiada jawapan yang pasti mengapa mereka percaya dengan fitnah Dr Maza, namun di sini saya ingin merungkaikan fitnah² yang Dr Maza dan pengikutnya telah taburkan kepada anda semua.
Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa selepas 2 tahun baru mahu menjawab fitnah Dr Maza?
Jawapan saya. Qadarallahu masya fa'ala.. Itulah.. Saya pun tidak sangka yang fitnah rekaan Dr Maza ini akan menjadi besar, malah apabila dibiarkan ianya seolah-olah menjadi benar bagi sesetengah pihak yang tidak memeriksa segala informasi yang mereka terima. Tambahan pula saya sedikit sibuk sebelum ini dengan beberapa urusan lain yang tidak dapat dielakkan.
Fitnah Dr Maza ini tidak menjadi masalah bagi pihak yang sentiasa memeriksa informasi yang mereka terima. Syabas saya ucapkan. Anda memang individu yang adil dan semoga Allah merahmati anda² yang berkenaan.
Saya percaya tajuk yang diberikan kepada video yang di-upload oleh Ilmu Salaf sedikit sebanyak menjadi punca kepada fitnah ini. Peluang ini diambil oleh Dr Maza untuk menabur fitnah kepada Ulama Muda khususnya Ustaz Idris bin Sulaiman (semoga Allah merahmati beliau). Cubaan Dr Maza memfitnah Ustaz Idris akhirnya berjaya dan ianya menjadi isu sehingga ke hari ini.
Seperti yang anda lihat pada poster di bawah, Ustaz Idris tidak menafikan Jihad di Palestin. Video yang disebarkan oleh Dr Maza dan pengikutnya cumalah sekerat sahaja. Masih ada video lain yang di-upload secara lengkap mengenai hukum dan syarat² Jihad, namun ianya disorokkan oleh Dr Maza dan pegikutnya daripada pengetahuan umum. Saya tidak tahu mengapa bekas Mufti Perlis ini melakukan sedemikian namun jelas ianya adalah perbuatan khianat bagi seorang Islam melakukan terhadap seorang Islam lainnya.
Video penjelasan secara lengkap boleh dilihat di link ini: http://www.youtube.com/playlist?list=PLgE_ZTT5tfl0aPBOPVjXv5UuCHOVY3vBM&feature=view_all
Saya difahamkan mungkin ada penjelasan terkini yang telah dirakamkan oleh pihak Ilmu Salaf. Saya sangat berharap pihak Ilmu Salaf tampil membersihkan fitnah ini segigih mungkin. Jangan hanya rakam dan upload. Bila timbul isu tidak dijawab sehingga menjadi fitnah. Jangan tunggu sehingga 2 tahun untuk membersihkan fitnah ini kerana ia melibatkan kredibiliti ilmuan yang membawa dakwah kita kepada masyarakat umum. Ini pandangan saya yang tidak seberapa kepada pihak Ilmu Salaf.
Berbalik kepada fitnah Dr Maza terhadap Ulama Muda. Selain link video di atas, saya sertakan juga tulisan dari Ustaz Idris bin Sulaiman yang mana akan membuktikan bahawa Dr Maza adalah seorang Muzabzib yang kaki Fitnah. Bukan anda sahaja hairan, saya juga turut 10 kali hairan bagaimana agamawan yang pernah menjawat jawatan Mufti Perlis boleh menjadikan fitnah sebagai senjatanya apabila berlainan pendapat dari orang lain.
Dari dulu beliau mencanangkan berbeza pendapat bukanlah bermaksud menghina, lumrah ulama berbeza pendapat selagi berlandaskan ilmu dan dalil² yang sahih, jangan jumud, jangan taqlid buta dan pelbagai lagi saranan yang saya rasa ianya sangat betul dan bagus untuk masyarakat. Tetapi malangnya saranan beliau hanyalah untuk orang lain dan bukan untuk dirinya. Amat malanglah Perlis pernah mempunyai Mufti seperti ini dahulu. Orang kampung saya kata "cakap tak serupa bikin"
Ironinya, Dr Maza Muzabzib yang kaki Fitnah ini masih menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perlis. Saya khuatir fitnah apa yang telah ditaburkan di istana jika beginilah sikap Dr Maza Muzabzib si kaki Fitnah terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Saya menasihatkan pihak Istana supaya berbaik dengan Dr Maza kerana manalah tahu jika suatu hari pihak Istana tidak lagi menjadi sahabat baik kepada Dr Maza, mungkin pihak Istana pula yang akan menjadi mangsa kepada fitnah Dr Maza Muzabzib ini. Semoga Allah memelihara pihak Istana Perlis dari tindakan Dr Maza kelak.
Last but not least, pernahkah anda semua bertanya kepada Dr Maza Muzabzib si kaki Fitnah ini? Beliau memfatwakan wajib jihad di Palestin, tetapi kenapa beliau tidak pergi berjihad di sana? Mustahil beliau tiada duit untuk ke sana. Tambahan pula beliau sebenarnya pernah ke Palestin menemani Dato' Seri Shahidan Kassim. Malangnya beliau hanya pergi untuk bergambar dan pulang?
Beliau memfatwakan wajib berjihad di Palestin tetapi bila pergi Palestin cuma bergambar. Nampak tak? Nampak tak? Sepatutnya apabila sudah memfatwakan wajib berjihad di Palestin, pergilah berjihad sekali. Alang² dah sampai sana kan? Tapi malangnya sekali lagi fatwa beliau hanya untuk orang lain. Bukan untuk dirinya. Mengecewakan!
Di facebook beliau puaslah share gambar di sana kononnya di dalam dunia ini beliau seorang je lah yang paling prihatin kepada nasib rakyat Palestin. Uweekk.. Macam nak muntah pula rasanya. Nasib baik bulan puasa. Takut batal pula nanti.
Jika ada yang bertanya mengapa Dato' Seri Shahidan Kassim tidak berjihad? Come on la. Yang keluar fatwa wajib berjihad tu Dr Maza Muzabzib. Yang keluar fatwa pun tak berjihad takkan nak harapkan orang lain pula.
Tak usah kata Dr Maza Muzabzib si kaki Fitnah, pengikutnya yang buta hati juga hanya sekadar melaungkan jihad. Berdegar-degar dengan slogan jihad. Sekali dengar macam pahlawan tapi hakikatnya sama seperti Dr Maza Muzabzib ini. Fatwa jihad untuk orang lain. Tetapi diri sendiri duduk di rumah makan nasi arab. Ceh!
Sepatutnya apabila kita fatwakan jihad, kitalah orang pertama yang akan lakukannya. Jangan hanya pandai berfatwa dan berkata-kata sahaja. Di mana kredibiliti anda? Tidak malukah anda hanya pandai cakap sahaja. Dan malangnya bila tiada modal, anda guna senjata fitnah.
Kelompok Pro Jihad, Pro Hijrah
Di dalam isu Palestin ini, saya lihat terbahagi kepada 2 kelompok. Kelompok pertama memilih pendapat untuk berjihad (walaupun mereka tak pergi pun berjihad). Dan kelompok kedua memilih pendapat untuk berhijrah.
Pada saya, kedua² kelompok ini adalah orang Islam yang baik. Mereka sayangkan saudara Islam di Palestin dan sayangkan tanah di Palestin kerana di Palestin-lah terletaknya Masjidil Aqsa.
Dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda:
“Sesungguhnya, ketika Sulaiman bin Dawud membangun Baitul Maqdis, (ia) meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tiga perkara. (iaitu), meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar (diberi taufiq) dalam memutuskan hukum yang menepati hukumNya, lalu dikabulkan; dan meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dianugerahi kerajaan yang tidak patut diberikan kepada seseorang setelahnya, lalu dikabulkan; serta memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bila selesai membangun masjid, agar tidak ada seorangpun yang berkeinginan solat disitu, kecuali diampunkan dosanya, seperti hari kelahirannya” (Dalam riwayat lain berbunyi: Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Adapun yang dua, maka telah diberikan. Dan saya berharap, yang ketigapun dikabulkan)” [Hadits ini diriwayatkan An-Nasa’i, dan ini lafadz beliau, Ahmad dalam musnad-nya dengan lebih panjang lagi. Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Haakim dalam kitab Mustadrak dan Al-Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman, serta selain mereka]
Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Kami saling bertukar pikiran tentang, mana yang lebih utama, masjid Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam atau Baitul Maqdis, sedangkan di sisi kami ada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Satu solat di masjidku lebih utama dari empat solat padanya, dan ia adalah tempat solat yang baik. Dan hampir-hampir tiba masanya, seseorang memiliki tanah seukuran kekang kudanya (dalam riwayat lain: seperti busurnya) dari tempat itu terlihat Baitul Maqdis lebih baik baginya dari dunia seisinya” [HR Ibrahim bin Thahman dalam kitab Masyikhah Ibnu Thahman, Ath-Thabrani dalam kitab Mu’jamul Ausath, dan Al-Hakim dalam kitab Al-Mustadrak, Al-Hakim berkata, “Ini adalah hadits yang shahih sanadnya, dan Al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. Adz-Dzahabi dan Al-Albani sepakat dengan beliau]
Hadits ini adalah hadits yang paling sahih tentang pahala solat di Masjidil Aqsa. Hadits ini menunjukkan, solat di Masjid Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti empat shalat di Masjid Aqsha. Pahala solat di Masjidil Aqsha setara dengan 250 kali (di masjid lainnya).
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata;
“Dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidak boleh bersusah-payah bepergian, kecuali ke tiga masjid, (iaitu) Masjidil Haram, Masjid Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan Masjidil Aqsha” [HR Al-Bukhari dan Muslim]
Ini antara dalil kuat menunjukkan tanah Palestin adalah mulia dan wajib dipertahankan.
Manakala bagi kelompok yang memilih pendapat supaya ber-hijrah pula memberikan hujah mereka bahawa tidak wajib berjihad kerana syarat yang tidak mencukupi, tiada kekuatan untuk berjihad dan sebagainya. Penjelasan mengenai Jihad sangatlah diperlukan bagi seseorang sebelum mereka berjihad. Pen-detail-an jihad boleh merujuk tulisan Ustaz Idris di bawah.
Jangan pula nanti melaungkan Jihad tetapi syarat Jihad pun mereka tidak tahu.
Antara mereka yang memilih pendapat supaya berhijrah memberikan sebab yang sangat logik dan bertepatan dengan petunjuk Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi sendiri berhijrah ke Madinah. Pada ketika itu Nabi tidak mempunyai unit ketenteraan yang kuat. Tanah Mekah adalah jauh lebih mulia dari tanah Palestin. Pun begitu Nabi tetap berhijrah dan membina kekuatan. Nabi kembali semula dan seperti semua maklum, Kota Mekah kembali ditakluki.
Namun tetap wujud suara sumbang memperlekehkan petunjuk Nabi supaya berhijrah. Di antaranya adalah Dr Maza Muzabzib si Kaki Fitnah sendiri. Mereka ini sangat lemah pemikirannya dan pada saya mereka ini sangat biadab dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi memberi petunjuk dengan peristiwa hijrah tetapi mereka meremehkan dan menjadikannya lawak jenaka dengan memberi alasan seperi;
"dulu bolehlah hijrah. dulu takde sempadan negara."
"di mana orang palestin nak berhijrah woi. negara mana nak terima?"
"ingat hijrah tu macam dulu naik unta?"
"bodoh. kalau hijrah lagi senanglah yahudi rampas tanah palestin"
Dan pelbagai alasan lain yang mungkin kelihatan logik namun secara tidak langsung mereka sebenarnya membelakangkan petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana tatkala Nabi berhijrah, adakah Kota Mekah tidak ditawan? Sudah pastinya ianya ditawan, namun Nabi tetap juga berhijrah. Malah Kota Mekah jauh lebih mulia dari tanah Palestin.
Alasan negara bersempadan juga agak logik namun ianya tidak memustahilkan rakyat Palestin untuk berhijrah kerana memang telah ramai orang Palestin yang telah berhijrah pun. Ini bukan perkara baru. Dan sepatutnya, topik hijrah inilah yang patut dibincangkan sejak dahulu lagi oleh negara² Islam. Bukan jihad yang sepatutnya dibincangkan.
Antara pendapat atau saranan untuk rakyat Palestin berhijrah yang sangat menarik perhatian saya adalah berlandaskan hadith berikut;
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Hancurnya dunia lebih ringan di sisi Allah dibandingkan terbunuhnya seorang muslim” (Riwayat An Nasa’i)
Di sini Allah menegaskan ,lebih mudah bagi-Nya menghancurkan dunia dan isinya, menghancurkan bumi itu lebih mudah bagi Allah dari terbunuhnya satu orang Islam.
Bukankah tanah Palestin yang mulia itu di dalam bumi? Bukankah Mekah dan Madinah yang jauh lebih mulia dari Palestin juga terletaknya di dalam bumi? Bukankah tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Majid Nabawi dan Masjidil Aqsa juga di dalam bumi?
Tetapi tetap juga Allah tegaskan bahawa lebih mudah untuk Allah hancurkan semua itu dari melihat terbunuhnya orang Islam. Bukahkah ini jelas bahawa nyawa seorang muslim itu lebih berharga di sisi Allah? Adakah pendapat untuk berhijrah adalah tidak relavan? Sudah tentu ia adalah pendapat yang relaven.
Anda semua fikirkanlah secara adil dan mendalam akan hadith tersebut.
Dan saya bercenderung untuk memilih pendapat kedua iaitu saranan supaya rakyat Palestin berhijrah untuk membina kekuatan dan demi menyelamatkan nyawa umat Islam yang mana ianya sangat bernilai di sisi Allah subhana wa ta'ala.
Bagi yang memilih pendapat pertama iaitu berjihad, apa pula hujah anda? Adakah anda telah mencukupi syarat² untuk berjihad? Atau anda tahukah apa sebenarnya jihad itu?
Di bawah adalah penjelasan lengkap secara bertulis dari Ustaz Idris Sulaiman berkenaan Jihad mengikut petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sekaligus akan menjawab fitnah Dr Maza Muzabzib si Kaki Fitnah bahawa Ustaz Idris kata tiada jihad di Palestin. Jika wuduk, solat, Haji dan ibadat lain mempunyai syarat²nya, begitu juga dengan Jihad.
Adakah kita akan menghina dan merendah-rendahkan orang Islam yang tidak cukup syarat untuk menunaikan Haji di Mekah? Sudah tentu tidak bukan? Kita tidak akan menghina si miskin yang tidak cukup syarat untuk menunaikan Haji. Begitulah juga dengan jihad. Kenapa kita perlu memaksa mereka untuk berjihad jika syaratnya tidak mencukupi?
Jika syarat untuk berjihad tidak mencukupi maka berhijrah adalah satu langkah terbaik untuk mereka lakukan bagi menyelamatkan nyawa. Buat apa tinggal lagi di sana jika hanya mempertaruhkan nyawa keluarga sendiri. Tidak kasihankah kepada wanita dan anak kecil yang menjadi mangsa kekejaman Yahudi? Pendapat ini mempunyai asasnya malah pendapat inilah yang paling kukuh. InsyaAllah.
Persoalan yang perlu ditanya, adakah Dr Maza Muzabzib si kaki Fitnah tidak tahu akan perkara ini? Beliau mendakwa belajar hadith malah menggelarkan dirinya agamawan namun menyorokkan kebenaran. Anda patut tanya kepada beliau atau tanyalah kepada diri sendiri kenapa beliau bertindak begitu. Saya hanya mampu kongsikan hadith Nabi dan firman Allah ini untuk Dr Maza Muzabzib si Kaki Fitnah ini supaya amanahlah dalam menyampaikan ilmu dan kebenaran.
Firman Allah:
“Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan?” (Al-Baqarah: 77)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan janganlah kalian mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kalian, sedang kalian dalam keadaan mengetahui.” (Al-Anfal: 27)
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Tidak ada iman yang sempurna bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama yang sempurna bagi orang yang tidak menepati janjinya”
Dari Abdullah bin Amr radhiallahu anhuma bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Empat hal bila ada pada seseorang maka dia adalah seorang munafiq tulen, dan barangsiapa yang terdapat pada dirinya satu sifat dari empat hal tersebut maka pada dirinya terdapat sifat nifaq hingga dia meninggalkannya. Iaitu, jika diberi amanah dia khianat, jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mengingkari, dan jika berseteru dia berbuat kefajiran”. (HR. Al-Bukhari no. 89 dan Muslim no. 58)
Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercayai sedangkan yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhoh berbicara. Ada yag berbicara, "siapakah Ruwaibidhoh?" Baginda menjawab: "orang-orang yang turut campur dalam urusan masyarakat". (Riwayat Ibnu Majah, dishahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam as-Shahihah)
Untuk mereka yang memilih pendapat supaya berjihad silalah menyemak tulisan Ustaz Idris Sulaiman di bawah, apa itu jihad? Apakah syarat² Jihad? Apakah hukum Jihad?
Kita nilai secara adil isu Jihad di Palestin. Pandulah akal fikiran anda dengan ilmu. Bukan dengan sentimen, bukan dengan emosi, dan tidak sekali dengan mempercayai fitnah Dr Maza Muzabzib si kaki Fitnah!
Allahua'lam...
------------------------------------------------------------------
JIHAD: DEFINASI, JENIS & KETETAPAN-KETETAPANNYA
Oleh Abu Omar Idris bin Sulaiman
Download Nota: Word | PDF
Ibadah jihad seperti ibadah-ibadah yang lain, mempunyai kaedah-kaedah serta tatacara-tatacara yang perlu dipatuhi ketika melaksanakannya. Ia bukan suatu ibadah yang berdiri di atas semangat dan emosi yang melulu tanpa batasan. Ia juga bukan slogan kosong yang dilaungkan tanpa makna dan erti.
Sejauh mana benarnya mereka yang meniupkan semboyan jihad pada hari ini, itu adalah suatu persoalan yang perlu dinilai dengan dalil-dalil Syarak dan pandangan ulama yang muktabar. Sudahkah Umat Islam bersedia untuknya? Bolehkan musuh yang lengkap bersenjata canggih diperangi tanpa peralatan dan persediaan yang cukup? Ini adalah sebahagian persoalan tentang jihad yang akan dibahaskan dalam tulisan ini.
DEFINASI JIHAD
Dalam Bahasa Arab, jihad (جِهَاد) berasal daripada perkataan juhdu (جُهْدُ) atau jahdu (جَهْدُ) yang membawa maksud tenaga atau kesusahan. Adapun jihad, ia menjurus kepada makna mengerah usaha dan tenaga (Mukhtaar Al-Sihah, 1/119).
Dariapda sudut Syarak pula, terdapat dua erti jihad. Jihad secara umumnya membawa maksud mengerah usaha dan tenaga dalam apa yang disukai oleh Allah dan diredaiNya (Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, 10/192).
Adapun secara khas, jihad membawa maksud ‘Mengerah usaha dan tenaga berperang pada Jalan Allah dengan nyawa, harta, senjata dan selainnya’.
Sebagaimana sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Berjihadlah menentang orang musyrikin dengan harta, nyawa dan lidah kamu” (Sahih. Riwayat Abu Daud).
JENIS-JENIS JIHAD
Berdasarkan erti jihad mengikut definasinya yang umum dan khusus, Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (wafat 751H) dalam kitabnya Zaadul Ma’aad, 3/9 membahagikan jihad kepada empat peringkat:
Peringkat Pertama: Jihad Melawan Nafsu
Jihad Melawan Nafsu adalah jihad pertama yang perlu dilaksanakan oleh seseorang muslim sebelum dia beranjak ke peringkat jihad yang berikutnya. Jihad Nafsu terbahagi kepada empat:
1. Jihad dalam menuntut ilmu kebenaran dan Agama yang hak;
2. Jihad dalam mempraktikkan ilmu yang telah diperolehi;
3. Jihad dalam berdakwah menyebarkan ilmu;
4. Jihad dalam bersabar menanggung rintangan berdakwah pada Jalan Allah.
Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Orang yang berjihad adalah orang yang berjihad melawan nafsunya dalam mentaati Allah” (Sahih. Imam Ahmad).
Peringkat Kedua: Jihad Melawan Syaitan
Ia terbahagi kepada dua:
1. Jihad dalam menangani syubhat yang dilemparkan;
2. Jihada dalam berdepan dengan godaan syahwat.
Jihad Melawan Syaitan dianggap jihad kedua yang paling susah sesudah Jihad Melawan Nafsu memandangkan Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda;
“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia sebagaimana darah mengalir dalam tubuh badannya” (Bukhari dan Muslim).
Seseorang itu tidak akan berjaya dalam peringkat jihad yang berikutnya melainkan setelah dia berjaya dalam kedua peringkat jihad yang pertama ini.
Peringkat Ketiga: Jihad Menentang Golongan Munafik
Ia terbahagi kepada empat:
1. Jihad dengan hati;
2. Jihad dengan lidah;
3. Jihad dengan harta;
4. Jihad dengan nyawa.
Walaubagaimanapun, Jihad Menentang Golongan Munafik lebih tertumpu kepada lidah kerana golongan ini kufur dalam hati tetapi menzahirkan Islam. Maka penjelasan dan hujah perlu diberikan untuk menangkis syubhat-syubhat mereka.
Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (wafat 751H), “Jihad Orang Munafikin lebih susah daripada Jihad Orang Kafir. Ia hanya boleh dilaksanakan oleh mereka yang berkeahlian (golongan yang berilmu) daripada kalangan Umat Islam” (Zaadul Ma’aad, 3/5).
Peringkat Keempat: Jihad Golongan Ahli Bidaah dan Pelaku Maksiat
Ia terbahagi kepada tiga:
1. Jihad dengan tangan mencegah perbuatan bidaah atau maksiat yang mereka lakukan; jika tidak mampu
2. Jihad dengan lidah menegur perbuatan salah mereka; dan jika tidak mampu
3. Jihad dengan hati dengan mengingkari perbuatan mereka dan membencinya.
Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam;
“Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya; jika dia tidak mampu maka dengan lidahnya; dan jika dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman” (Muslim).
Peringkat Kelima: Berperang pada Jalan Allah demi Menegakkan Kalimah Allah
Ini yang dimaksudkan dengan jihad dalam erti katanya yang khusus.
Firman Allah,
“Dan perangilah orang-orang musyrikin secara menyeluruh” (Al-Taubah, 36).
Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah” (Bukhari dan Muslim).
“Barangsiapa mati sedang dia tidak pernah berperang, dan tidak pula dia bercita-cita untuk berperang, dia telah mati pada salah satu cabang kemunafikan” (Muslim).
HIKMAH PENSYARIATAN JIHAD
1. Untuk menegakkan Kalimah Allah agar Agama semua menjadi milik Allah.
Firman Allah,
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) Agama itu menjadi semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim” (Al-Baqarah, 193).
Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Barangsiapa berjuang supaya Kalimah Allah menjadi yang paling tinggi maka dia fi sabilillah (pada Jalan Allah)” (Bukhari dan Muslim).
2. Menghalang Kezaliman dan Memelihara Agama Islam.
Firman Allah,
“Maka barangsiapa melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu setimpal dengan pencerobohan yang dilakukannya terhadap kamu” (Al-Baqarah, 194).
3. Membantu Mereka yang Dizalimi daripada kalangan Orang-Orang Islam.
Firman Allah,
“Dan apakah yang menghalang kamu tidak mahu berperang pada Jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, Iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan Agama kami), dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (daripada ancaman musuh)" (Al-Nisaa’, 75).
FADHILAT JIHAD
Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi sallalahu alaihi wasallam yang menjelaskan tentang kedudukan serta kelebihan Jihad Fi Sabilillah. Antaranya sabda Nabi,
“Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat seratus darjat yang Allah sediakan buat mereka yang mati syahid pada Jalan Allah; antara setiap darjat seperti antara langit dan bumi” (Bukhari).
DUA JENIS JIHAD PERANG DAN HUKUMNYA
Jihad Perang terbahagi kepada dua:
A. JIHAD MENYERANG ( جهاد الطلب )
Iaitu menyerang musuh Islam dan memerangi mereka di negara mereka demi menegakkan Kalimah Allah dan agar Agama semua menjadi milik Allah dengan syarat dakwah telah disampaikan kepada mereka.
Jihad ini hukumnya fardu kifayah. Sekiranya bilangan yang mencukupi sudah melaksanakannya maka kewajipan dan dosa akan tergugur daripada yang lain. Firman Allah,
“Dan tidaklah (betul dan elok untuk) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada setiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam Agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berperang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah” (Al-Taubah, 122).
SYARAT-SYARAT JIHAD MENYERANG:
1. Islam.
Ini kerana Jihad Menyerang bertujuan untuk memerangi musuh Islam yang terdiri daripada kalangan orang-orang kafir. Masakan orang kafir boleh dipercayai untuk berperang dengan orang kafir yang lain.
Sebagaimana sabda Nabi sallalahu alaihi wasallamketika mana Baginda menolak tawaran seorang kafir yang ingin membantu tentera Islam dalam Peperangan Badar,
“Pulanglah, sesungguhnya aku tidak akan menggunakan bantuan orang musyrik” (Muslim).
2. Berakal.
Orang gila tidak boleh turut serta dalam jihad.
3. Baligh.
Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Omar radiallahu anhu ketika mana dia menawarkan dirinya untuk menyertai Perang Uhud sedang umurnya empat belas tahun tetapi tidak diizinkan oleh Nabi . Beliau menawarkan dirinya untuk menyertai Perang Khandak ketika umurnya lima belas tahun lalu diizinkan oleh Nabi sallalahu alaihi wasallam (Bukhari dan Muslim).
4. Lelaki.
Adapun wanita, bagi mereka sebagaimana sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Buat mereka jihad yang tiada perang dalamnya; Haji dan Umrah” (Sahih. Imam Ahmad).
Para wanita boleh turut serta dalam panji tentera Islam untuk memberikan bantuan-bantuan umum. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sahabat Perempuan Rasulullah Al-Rubayyi’ radiallahu anha,
“Kami berperang bersama Nabi sallalahu alaihi wasallam, maka kami memberi minum dan memberi bantuan kepada mereka ” (Bukhari).
5. Merdeka.
Adapun hamba, khidmatnya adalah untuk tuannya.
6. Selamat daripada cacat anggota tubuh badan yang boleh menghalang jihad.
Seperti buta, tempang yang melampau dan kesakitan yang amat sangat yang menghalangnya daripada berperang. Firman Allah,
“Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya)” (Al-Fath, 17).
7. Kemampuan menyediakan persediaan kelengkapan jihad.
Bekalan-bekalan kelengkapan seperti makanan, kenderaan dan nafkah keluarga perlu disedikan oleh setiap anggota tentera yang ingin berperang jika ia tidak dibekalkan oleh kerajaan pemerintah. Firman Allah,
“Dan orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa untuk dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang)” (Al-Taubah, 91).
Begitu juga kemampuan daripada sudut kelengkapan persenjataan perang dan juga bilangan anggota tentera yang menjadi syarat dalam Jihad Menyerang. Hal ini sebagaimana dalam firman Allah Ta’ala,
“Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang” (Al-Anfaal, 66).
B. JIHAD PERTAHANAN ( جهاد الدفاع )
Iaitu jihad mempertahankan negara Islam yang diserang oleh musuh. Hukumnya adalah fardu ain atas setiap seorang penduduk negara itu yang mampu berperang. Sekiranya penduduk negara itu tidak mampu atau jumlah serta senjata mereka tidak memadai, maka menjadi kewajipan negara Islam jiran yang berkemampuan berperang untuk datang membantu.
SYARAT-SYARAT JIHAD PERTAHANAN
Para ulama menjelaskan bahawa syarat-syarat yang ditetapkan dalam Jihad Menyerang tergugur dalam Jihad Pertahanan.
Mereka berdalilkan peristiwa di mana Salamah bin Al-Akwa’ radiallahu anhubertindak bersendirian berdepan dengan kaum musuh yang datang menyerang sehingga beliau dipuji oleh Nabi sallalahu alaihi wasallam dengan sabdanya,
“Sebaik-baik tentera pejalan kaki kita adalah Salamah” (Muslim).
Kisah Salamah bin Al-Akwa’ radiallahu anhuini menunjukkan bahawa dalam Jihad Pertahanan tidak perlu kepada izin pemerintah. Begitu juga dengan kemampuan persenjataan dan bilangan ketenteraan kerana Salamah radiallahu anhu bersendirian tatkala berdepan dengan pasukan musuh.
Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (wafat 751H):
“Maka Jihad Pertahanan lebih luas daripada Jihad Menyerang dan lebih umum daripada sudut kewajipannya. Kerana itu ia wajib atas setiap individu... Sebagaimana dalam Perang Uhud dan Khandaq. Maka tidak disyaratkan dalam jihad ini bilangan musuh hendaklah dua kali ganda atau kurang kerana mereka dalam Peperangan Uhud dan Khandaq berkali-kali ganda bilangan orang Islam. Jihad ketika itu wajib atas mereka kerana ia adalah jihad darurat dan (Jihad) Pertahanan dan bukan jihad pilihan (Jihad Menyerang)” (Al-Furusiyyah, 96).
Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa tergugurnya syarat-syarat Jihad Menyerang dalam Jihad Pertahanan tidak bererti tergugurnya syarat kemampuan sama sekali. Kemampuan tetap menjadi syarat dalam Jihad Pertahanan sebagaimana ia menjadi syarat dalam semua jenis ibadah. Sebagaimana kewajipan puasa, zakat dan haji akan tergugur jika sekiranya tidak ada kemampuan maka begitu jugalah Jihad Pertahanan. Kewajipannya akan tergugur jika seseorang atau sesebuah negara itu tidak ada kemampuan.
HUKUM JIHAD ATAS INDIVIDU
Terdapat empat keadaan di mana jihad perang menjadi fardu ain atas seseorang individu iaitu:
1. Sekiranya musuh menyerang sesebuah negara Islam maka menjadi kewajipan fardu ain atas setiap seorang penduduk negara itu untuk mempertahankan negara mereka daripada musuh.
2. Tatkala berhadapan dengan musuh di medan pertempuran maka dilarang berpaling. Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling berundur daripada menentang mereka” (Al-Anfaal, 15).
3. Sekiranya seseorang individu itu diperintahkan untuk turut serta berperang oleh pemerintah negara. Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Dan sekiranya kamu diperintahkan berperang maka berperanglah” (Bukhari dan Muslim).
4. Sekiranya dia diperlukan oleh pemerintah di medan perang kerana kepakarannya atau kerana sebab-sebab yang lain.
KETETAPAN-KETETAPAN JIHAD
1. Tidak ada jihad kecuali dengan adanya kekuatan dan kemampuan.
Kemampuan adalah perkara asas dalam segala kewajipan Syarak. Hanya dengan adanya kemampuan sesuatu itu menjadi wajib. Sekiranya kemampuan itu tidak ada maka suatu kewajipan Syarak itu akan terangkat. Sebagaimana firman Allah,
“Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan dengan apa yang ia mampu” (Al-Baqarah, 286).
Juga sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Jika aku melarang sesuatu atas kamu maka hendaklah kamu menjauhinya. Dan jika aku perintahkan sesuatu atas kamu maka laksanakanlah ia sedaya yang kamu mampu” (Muslim).
Jika kemampuan menjadi asas dan syarat dalam segala bentuk ibadah, tentu sahaja ia menjadi syarat utama dalam jihad lebih-lebih lagi dalam Jihad Menyerang.
Syarat kekuatan dan kemampuan dalam jihad diperincikan dalam dalam dua perkara yang berikut:
a) Perlu ada kekuatan persenjataan dan ketenteraan.
Allah Ta’ala sentiasa bersama dengan hambaNya yang beriman dengan sokongan dan bantuaNnya. Dalam masa yang sama kemenangan tidak akan dapat dicapai dan musuh tidak akan dapat ditumpaskan dalam peperangan melainkan dengan sebab musababnya.
Di samping berserah dan bertawakkal kepada Allah, Umat Islam diperintahkan supaya berikhtiar dan berusaha dalam kehidupan mereka. Begitu juga dalam jihad.
Hal ini ditegaskan dalam firman Allah,
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal, 60).
Dalam jihad, Allah memerintahkan supaya Umat Islam mempersiapkan kelengkapan kekuatan mereka sebelum mereka bergerak ke medan pertempuran. Persiapan-persiapan ini perlu supaya musuh menjadi gentar dan takut terhadap tentera Islam.
Nabi sallalahu alaihi wasallam dalam hadisnya menjelaskan erti kekuatan yang dimaksudkan dalam ayat Al-Quran di atas dalam sabdanya,
“Sesungguhnya kekuatan itu dengan membaling; sesungguhnya kekuatan itu dengan membaling; sesungguhnya kekuatan itu dengan membaling” (Muslim).
Maka persediaan daripada sudut kekuatan untuk menentang musuh adalah satu kemestian dalam jihad. Dan Baginda sallalahu alaihi wasallammenjelaskan bahawa sebaik-baik kekuatan adalah senjata yang berbentuk ‘membaling’ seperti tombak dan panah pada zaman dahulu atau bom dan peluru berpandu pada zaman sekarang.
Sungguh benar hadis Nabi sallalahu alaihi wasallam di atas. Ini adalah realiti peperangan pada hari ini. Mereka yang mempunyai senjata bom dalam segala bentuknya yang canggih telah berjaya menguasai dunia pada hari ini. Tidak ada mana-mana pihak yang berani mencabar mereka. Hanya mereka yang berfikiran dangkal akan menyangka bahawa batu dan lestik atau senjata-senjata api yang ringan seperti mesinggan dan bom tangan adalah cukup untuk menewaskan musuh yang mempunyai senjata-senjata berat seperti kereta kebal, pesawat-pesawat tempur dan peluru berpandu.
Dukacitanya terdapat di kalangan sebahagian orang Islam yang berfikiran begitu. Akhirnya bukan sahaja mereka mengetepikan perintah Syarak, mereka juga mengetepikan anugerah akal yang Allah berikan untuk mereka berfikir secara rasional.
b) Perlu ada bilangan tentera yang mencukupi.
Kewajipan berdepan dengan musuh adalah selama mana bilangan tentera musuh tidak melebihi dua kali ganda tentera Islam. Sebagaimana firman Allah,
“Sekarang Allah telah meringankan buat kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui kelemahan yang ada pada kamu; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, mereka akan dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah; dan (ingatlah) Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Anfaal, 66).
Syarat bilangan ini adalah buat Jihad Menyerang secara khasnya. Berbeza dengan Jihad Pertahanan. Sebagaimana dalam Peperangan Uhud dan Khandaq di mana bilangan tentera musuh berkali-kali ganda tentera Islam. Walaupun berdepan dengan bilangan tentera musuh yang berlipat kali ganda, tetapi jihad tetap wajib atas Umat Islam ketika itu kerana ia adalah jihad darurat dan (Jihad) Pertahanan, bukan jihad pilihan (Jihad Menyerang) (Al-Furusiyyah oleh Ibnu Al-Qayyim, hlm. 96).
Maka dalam Jihad Menyerang, bilangan musuh yang melebihi dua kali ganda tentera Islam akan mengangkat kewajipan jihad dan bertukar menjadi sunat atau harus.
Tetapi perlu diingat, hal ini selama mana terdapat keyakinan atau sangkaan yang kuat bahawa tentera Islam masih berpeluang untuk menewaskan musuh. Adapun sekiranya bilangan musuh sudah berkali-kali ganda dan senjata mereka jauh lebih canggih sehingga menjadi hampir mustahil untuk menewaskan mereka, dalam keadaan ini ia tidak lagi menjadi jihad sebaliknya ia lebih kepada mencampakkan diri dalam kebinasaan yang dilarang oleh Syarak.
Firman Allah Ta’ala,
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Al-Baqarah, 195).
“Dan janganlah kamu membunuh diri, sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu” (Al-Nisaa, 29).
Berkata Syeikh Uthaimin rahimahullah (wafat 1421H):
“Jihad perlu kepada syarat-syarat iaitu Umat Islam perlu ada kemampuan dan kekuatan untuk berperang. Sekiranya mereka tidak mempunyai kemampuan, maka perbuatan mereka ke hadapan untuk berperang adalah perbuatan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Kerana itu Allah tidak mewajibkan atas Umat Islam berperang ketika mereka di Mekah memandangkan mereka tidak mampu dan lemah ketika itu. Hanya apabila mereka telah berhijrah ke Madinah, menubuhkan negara Islam dan mempunyai kekuatan barulah mereka diperintahkan berperang” (Syarah Al-Mumti’, 8/9-10).
2. Perlu Dengan Izin Pemerintah
Tidak ada jihad tanpa izin pemerintah selagi mana ia bukan Jihad Fardu Ain. Inilah Sunnah Nabi sallalahu alaihi wasallam, Sunnah Para Khalifah dan amalan para Sahabat radiallahu anhum. Tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa mana-mana individu daripada kalangan mereka telah keluar berjihad tanpa izin pemerintah. Bahkan semua riwayat menunjukkan bahawa mereka telah berjuang di bawah panji jihad pemerintah.
Hal ini boleh difahami daripada hadis Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Barangsiapa mentaatiku dia telah mentaati Allah; barangsiapa derhaka terhadapku dia telah derhaka terhadap Allah; dan barangsiapa taat kepada pemerintah dia telah taat kepadaku; barangsiapa derhaka terhadap pemerintah dia telah derhaka terhadapku; sesungguhnya pemerintah adalah perisai (untuk) berjuang di belakangnya dan berlindung dengannya” (Bukhari dan Muslim).
Berkata Imam Ahmad rahimahullah (wafat 241H):
“(Kewajipan) berperang bersama pemerintah adalah berterusan sehingga ke Hari Kiamat; sama ada pemerintah yang baik mahupun yang zalim; ia tidak boleh ditinggalkan” (Usul Al-Sunnah oleh Imam Ahmad, hlm. 64)
Berkata Syeikh Uthaimin rahimahullah (wafat 1421H):
“Tidak boleh berperang kecuali dengan izin pemerintah dalam apa jua keadaan. Ini kerana kewajipan berperang dan jihad ditujukan kepada pemerintah dan bukan orang perseorangan. Orang perseorangan perlu ikut ketetapan majlis penasihat pemerintah. Tidak boleh bagi sesiapa untuk berjuang tanpa izin pemerintah kecuali untuk bertahan (Jihad Pertahanan). Sekiranya mereka diserang hendap oleh musuh dan mereka khuatir akan kejahatan musuh maka dibolehkan untuk mereka mempertahankan diri mereka kerana dalam keadaan itu, mempertahankan diri menjadi wajib” (Syarah Al-Mumti’, 8/25-26).
3. Tidak Ada Jihad Tanpa Panji
Seorang muslim hanya boleh berjihad dan berperang di bawah panji pemerintah atau wakilnya. Dia sama sekali tidak boleh berperang di bawah panji buta yang tidak dilantik oleh pemerintah. Sebagaimana sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
“Barangsiapa keluar daripada ketaatan (pemerintah) dan menyelisihi jemaah (yang bersatu di bawah pemerintah) lalu dia mati, dia mati dalam keadaan jahiliah; dan barangsiapa berperang di bawah panji buta, dia marah kerana asabiah, mengajak kepada asabiah atau berjuang kerana asabiah lalu dia terbunuh, dia terbunuh dalam keadaan jahiliah” (Muslim).
4. Perlu Mendapat Izin Kedua Orang Tua Jika Keduanya Masih Hidup atau Salah Seorang Mereka Selagi Mana Bukan Jihad Fardu Ain
Berkata Abdullah bin Amru radiallahu anhu “Seorang lelaki datang kepada Nabi sallalahu alaihi wasallam meminta izin untuk berjihad. Nabi berkata: Apakah orang tuamu hidup? Jawab lelaki itu: Ya. Berkata Baginda: Berjihadlah untuk keduanya” (Bukhari dan Muslim).
Hadis di atas menunjukkan bahawa kewajipan berbakti kepada kedua ibu bapa mendahului kewajipan jihad. Hanya dengan izin mereka jihad dibolehkan untuk si anak. Betapa besarnya hak ibu bapa yang perlu ditunaikan oleh anak.
Berkata Imam Al-Syaukani rahimahullah (wafat 1250H):
“Wajib meminta izin kedua ibu bapa dalam jihad. Inilah pendapat jumhur ulama di mana mereka menegaskan haramnya berjihad tanpa izin kedua ibu bapa atau salah seorang daripada mereka. Ini kerana berbakti kepada mereka adalah fardu ain manakala jihad adalah fardu kifayah. Adapun dalam jihad fardu ain maka tidak perlu izin mereka” (Nil Al-Autaar, 8/40).
5. Perlu Persediaan Kekuatan Rohani di samping Kekuatan Fizikal
Umat Islam perlu sedar akan hakikat kemenangan yang dijanjikan oleh Allah buat hambaNya yang beriman. Kemenangan tidak akan diperolehi atas sebab kekuatan ketenteraan dan persenjataan canggih semata-mata. Sebaliknya, kemenangan Allah adalah khas buat hambanya yang beriman dan bertakwa yang melaksanakan suruhan-suruhan AgamaNya dan menjauhi larangan-laranganNya.
Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (Agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan kedudukan kamu” (Muhammad, 7).
Inilah janji Allah. Allah berjanji untuk memenangkan hambanya sekiranya hambaNya menunaikan tanggungjawab membela AgamaNya.
Sekiranya kemenangan tidak diperolehi, pasti ada sebabnya. Jika bukan kerana kekurangan persediaan ketenteraan dan persenjataan, pastinya ia disebabkan oleh kekurangan dalam persediaan rohani akidah dan keimanan. Tentu ada penghalang dosa atau maksiat yang menyebabkan kemenengan Allah tidak kunjung tiba. Apa yang pasti Allah tidak memungkiri janjiNya. Hanya manusia yang tidak bebas daripada kesalahan dan kekurangan.
Lihat sahaja dalam Peperangan Uhud bagaimana apabila tentera pemanah ingkar terhadap perintah Nabi sallalahu alaihi wasallamsupaya mereka terus tetap di atas Bukit Pemenah dan tidak turun kecuali dengan izinnya ia telah mengakibatkan Umat Islam hampir tewas di tangan orang kafir dalam peperangan tersebut. Firman Allah,
“(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa musibah (dalam Peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kekalahan atas musuh dalam Peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (musibah) ini? "Katakanlah: "Ia adalah akibat perbuatan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)" (Aali Imraan, 165).
Allah menimpakan balaNya atas tentera Islam dalam Peperangan Uhud akibat satu kesalahan – yang mungkin dilihat sebagai remeh - yang dilakukan oleh sebahagian daripada para Sahabat.
Maka bagaimana mungkin kita mengharapkan kemenangan Allah dan terselamat daripada balaNya sekiranya Umat Islam terus bergelumang bukan sahaja dalam maksiat bahkan amalan-amalan syirik dan khurafat yang masih tersebar di kalangan masyarakat Islam dan di kalangan mereka yang berkobar-kobar ingin berjuang di medan pertempuran. Tidak hairan mengapa musibah demi musibah terus menimpa Umat Islam pada hari ini wallahul musta’an.
Begitu juga dalam Peperangan Hunain ketika mana tentera Islam merasa bangga dan kuat dengan bilangan mereka yang ramai tetapi ternyata kekuatan mereka itu tidak dapat mengalahkan musuh.
Allah berfirman,
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan pertempuran dan di medan Perang Hunain; iaitu ketika kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; (tetapi) ternyata bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri” (Al-Taubah, 25).
Hanya apabila mereka sedar akan kesalahan mereka itu dan mereka insaf dan bertaubat barulah kemenangan Allah turun sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat berikutnya,
“Kemudian Allah menurunkan ketenangan atas RasulNya dan orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran mereka); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang kafir” (Al-Taubah, 26).
Betapa perlunya Umat Islam menginsafi hakikat ini dan tidak terburu-buru turun ke medan pertempuran sedangkan mereka belum lagi melaksanakan syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapatkan kemenangan serta pertolongan daripada Allah.
Asas-asas Islam yang berpaksikan akidah dan tauhid perlu diterapkan di kalangan Umat Islam. Akidah tauhid mengesakan Allah dalam ibadah dan menjauhi segala bentuk syirik dan kufur perlu disebarkan. Kepercayaan khurafat, sihir, bomoh dan tangkal azimat yang masih tersebar di kalangan masyarakat menunjukkan bahawa Umat Islam belum bersedia untuk jihad. Amalan mendatangi kubur dan menyeru roh orang yang mati masih lagi wujud. Ini semua perlu dibasmikan kerana ia akan menjadi penghalang buat kemenangan orang Islam di medan pertempuran.
Di samping akidah, amalan-amalan ibadah masyarakat perlu terus dimantapkan agar selari dengan Sunnah Nabi sallalahu alaihi wasallamdan sejajar dengan petunjuk amalan para Sahabat radiallahu anhum. Begitu juga dalam akhlak dan muamalah.
Ini yang telah dilakukan oleh Nabi sallalahu alaihi wasallamsepanjang 13 tahun Baginda di Mekah tanpa merasa bosan mahupun jemu. Baginda terus memantapkan asas-asas Agama yang bertunjangkan akidah dan tauhid di kalangan para Sahabat radiallahu anhum. Tidak pernah sedikitpun terlontar di lidah Baginda tentang jihad menentang orang kafir Quraisy yang saban hari terus menyiksa orang Islam dan menzalimi mereka.
Hanya sesudah berhijrah ke Madinah, mendirikan negara Islam dan memperoleh kekuatan barulah pensyariatan jihad turun ke atas Umat Islam.
Kajang, 16 Ramadan 1435H / 14 Julai 2014
idrissulaiman@yahoo.com
Download Nota: Word | PDF
Akan datang....
Adab Mufti berbeza pendapat akhirnya mengkafirkan sesama muslim. Allahu must'an..
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
0 comments:
Post a Comment