Komen Abu Aqif: Alhamdulillah.

لا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ النَّاسَ

Video berkaitan:

Khairy Jamaluddin - Kerajaan Akan Terus Memberi Subsidi Kepada Yang Layak #Bajet2015
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/khairykj-kerajaan-akan-terus-memberi.html

Khairy Jamaluddin - PTPTN - CCRIS Kepada Peminjam Tidak Pernah Bayar
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/khairykj-ptptn-ccris-kepada-peminjam.html

Khairy Jamaluddin - Pinjaman Perumahan 100% + RM200 Setiap Bulan #Bajet2015
http://www.abuaqifstudio.com/2014/10/khairykj-pinjaman-perumahan-100-rm200.html

“Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia.” [HR at-Tirmidzi, sanad hasan shahih]

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Skim Perumahan Belia sebagai usaha untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan belia di negara ini.

Najib berkata skim itu menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak lebih RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih RM10,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum, 35 tahun.

Beliau berkata sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina untuk skim itu yang ditawarkan berdasarkan konsep 'siapa dulu dia dapat'.

"Bila mengupas mengenai belia, pemilikan rumah adalah satu isu besar khususnya soal harga rumah dan kebolehanbiayaan," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau berkata skim itu diwujudkan secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Cagamas.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah skim itu, kerajaan akan memberi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan selain pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

Najib menarik perhatian apabila berkata kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh termasuk kos insurans.

"Peminjam juga boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembayaran ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan," katanya.

Penubuhan skim perumahan itu terkandung dalam strategi keenam Bajet 2015 iaitu 'Membangun Program Transformasi Belia Negara'.

Di bawah strategi itu juga, Najib berkata kerajaan akan mewujudkan Bandar Belia 1Malaysia dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Ini bagi mewujudkan satu ekosistem komprehensif yang disertai belia untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi," jelas Najib. - BERNAMA

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah. Barakallahufikum. ^__^

* Feel free to share and spread it

1 comments:

  1. salam..saya setuju dgn tindakan ini..tetapi ianya tidak mnyelesaikn masalah harga rumah yg mahal..spatutnya kerjaan mencari masalah pokok iaitu cara bagaimana mengawal harga rumah!!ini umpama mmberi lebih keuntungan pada pemaju utk mmbina lebih rumah yg mahal..bagi kediaman Transit yg kononnya dibawa oleh KJ adalah palsu!!kediaman transit ini telah dicadangkan oleh bekas MB Selangor Khir Toyo dan hampir dilaksanakn krajaan negeri Selangor..jadi xperlu nak bangga dgn idea ketua pemuda Liberal Umno Malaysia sbb itu idea curi dan dia katakan itu idea dia..pokoknya Bajet 2015 tidak mnyelesaikan masalah Pokok harga rumah..terima kasih

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top