Komen Abu Aqif: Innalillahi wainna ilaihirojioun. Semoga menjadi iktibar kepada yang lain.

Rasulullah aallallahu alaihi wa sallam bersabda:

“Sultan (pemimpin) itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya, maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia.” (HR al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/17, no. 7373)

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Dr Fathul Bari menyelar strategi politik memalukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung penyebaran video yang dikatakan mirip kepada penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus.

Pada masa yang sama beliau turut mengecam tuduhan yang mengaitkan kontroversi tersebut dengan UMNO kerana bagi beliau tindakan sedemikian rupa bukanlah hujah untuk digunakan dengan mereka yang berbeza pendapat dan sebagainya.

“Kalau ada yang cuba mengaitkan perkara ini dengan UMNO ianya adalah tidak patut… Jika ikut andaian pelbagai andaian boleh dibuat…jadi bagi sayalah usah kita menuding jari kepada mana-mana pihak. Biarlah pihak berkenaan membuat siasatan dan melakukan tindakan sewajarnya.

“Perbuatan mengaibkan ilmuan dan tokoh agama adalah satu perkara yang tidak boleh diterima dan sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Kita selar perkara sedemikian rupa,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menyeru agar mana-mana pihak tidak menyebarkan atau berkongsi perkara tersebut kerana ianya akan menimbulkan pelbagai andaian dan tanggapan negatif terhadap mereka yang terlibat.

“Hentikanlah berkongsi dan sebagainya di mana-mana sahaja baik di media sosial dan sebagainya. Perbuatan tersebut tidak bertanggungjawab. Perkara berkenaan adalah perbuatan yang tidak bijaksana.

“Tambahan pula dalam suasana politik yang tidak menentu, kita bimbang ianya akan diambil kesempatan oleh mana-mana pihak. Lebih baik kita berdiam diri.

“Ingatlah kepada hadis Nabi…barang siapa menutup keaiban manusia di dunia, Allah s.w.t akan tutup keaibannya di akhirat,” katanya lagi. - MediaUMNO


Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah. Barakallahufikum. ^__^

* Feel free to share and spread it

2 comments:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top