Komen Abu Aqif: Ajaran sesat ini mempunyai banyak nama. Mungkin untuk mengelak dari ditahan pihak berkuasa. Ajaran sesat NII dahulunya dikenali sebagai Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) kini bergerak menggunakan nama Millah Abraham atau Millah Ibrahim. Ajaran ini telahpun difatwakan sebagai sesat oleh Mufti Negeri Selangor pada tahun 2009, dan turut diharamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2011.
Berdasarkan maklumat, NII atau Millah Abraham mempunyai kaitan secara langsung dengan ajaran Qiyadah al-Islamiyah pimpinan Ahmad Musodiq yang pernah mengaku dirinya sebagai seorang Rasul beberapa tahun lalu. Beberapa sumber menyatakan bahawa Qiyadah al-Islamiyah kini dihidupkan kembali dengan nama baru Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR) yang sedang aktif bergerak di pelbagai lokasi di Indonesia.
Walaupun ajaran ini telah mengkhususkan nama mereka dengan Millah Abraham, namun secara umumnya fahaman Millah Ibrahim atau Abrahamic Faith adalah suatu bentuk fahaman yang menyamakan ajaran Islam dengan Yahudi dan Nasrani. Ia adalah sebahagian dari bentuk pluralisme agama yang sedang dikembangbiak oleh Barat untuk merosakkan pegangan akidah umat Islam.
Sumber:
1. Fatwa 2011 WPKL
2. Fatwa 2009 PHG
3. Fatwa 2011 SLGR
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
Jelas Sesat, semoga sesiapa yang terlanjur segera taubat dan kembali mengesakan Allah serta mengikur apa yang ditunjuk oleh nabi Muhammad
ReplyDelete