Komen Abu Aqif: Bolehkah mencela si pencela pemerintah?

Zaa’idah (B. Qudamah) bertanya kepada Manshur B. al-Mu’tamir:

إذا كنت صائما أنال من السلطان شيئا فقال لا فقلت اذا كنت صائما أنال من أصحاب الأهواء شيئا قال نعم

“Apabila aku berpuasa, bolehkah aku mencela pemerintah?”

Beliau menjawab, “Tidak.”

Zaa’idah bertanya lagi, “Kalau begitu, bolehkah aku mencela pengikut hawa nafsu (orang yang mencela pemerintah)?”

Beliau menjawab, “Ya! Boleh.” (Hilyatul Auliya’, 5/41-42)

Awas dengan ideologi Khawarij. Jangan sampai terserap ke dalam sel-sel otak anda yang tidak berhubung itu nanti. Mungkin di mata pengikut khawarij yang lain anda dilihat sebagai hero atau pejuang namun di sisi agama. anda sebenarnya sangat hina kerana Allah telah memberi amaran melalui Nabi-Nya bahawa mereka yang berideologi seperti ini adalah anjing dari anjing² neraka.

Telah berkata Abu Umamah Al-Bahiliy RA di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ketika orang membawa kepala puak-puak Al-Azariqah (salah satu cabang daripada golongan Khawarij), dibunuh mereka ini kerana Nabi memerintahkan supaya mereka dibunuh. Kepala-kepala mereka dibawa dan diletakkan, Abu Umamah Al-Bahiliy sahabat Nabi melihat kepala-kepala mereka dan dia menangis, lantas dia berkata, “Anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka!”

Sahabat Nabi bertanya kepada Abu Umamah, mengapa engkau mengatakan mereka ini anjing neraka? Adakah ini dari pendapatmu sendiri atau perkataan yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW? Jawab Abu Umamah, “Sekiranya aku mengatakannya atas dasar pendapatku sendiri, maka sesungguhnya terlalu berani aku ini. Tetapi ketahuilah bahawa perkataan tersebut telah aku dengar daripada Rasulullah SAW tidak hanya sekali, bahkan tidak hanya dua kali atau tiga kali.” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi. Syaikh Al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth menilainya sahih)

Jika ada yang mengatakan khawarij yang dimaksudkan itu adalah khusus pada zaman itu, nah jawapannya sudah tersedia di sini:

“Setiap orang yang memberontak kepada pemimpin yang sah yang disepakati oleh rakyat sebagai pemimpin mereka maka dia disebut sebagai Khariji (kata tunggal dari Khawarij). Sama saja apakah dia melakukan pemberontakan itu pada masa sahabat masih hidup kepada para pemimpin yang lurus, atau setelah masa mereka iaitu kepada para tabi’in yang sentiasa mengikuti pendahulu mereka dengan baik, serta para pemimpin di setiap zaman.” (al-Milal wan-Nihal [1/28] as-Syamilah)

Nasihat kami, takutlah dengan azab Allah. Jadilah orang yang lebih mulia. zTidak perlulah anda meletakkan diri anda setaraf dengan anjing dari anjing² neraka. Anda lebih baik dari apa yang sedang anda lakukan itu.

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..

0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top