"Isu PPS: Ironi dan kelakar apabila Lim Guan Eng dengan bongkak mencabar Ketua Polis Negara tiba-tiba minta tolong PDRM bila rumahnya dibaling Molotov Cocktail. Mana PPS..??" - Dr Fathul Bari Mat Jahya
Komen Abu Aqif: Sombong, bongkak dan biadap. Bila Polis tak buat kerja mereka bising. Bila Polis buat kerja pun mereka bising juga.
Rumah sendiri pun tak boleh jaga, ada hati mahu PPS jaga Penang. Mohon PPS jaga rumah Lim Guan Eng dulu sebelum sibuk nak jaga negeri. Satu negeri sudah tau PPS tu memang samseng. Tak perlu main wayang. Lebih baik semuanya disumbatkan masuk dalam lokap sebelum perkara lebih buruk mereka lakukan.
Adakah Lim Guan Eng cuba menubuhkan polis atau tentera sendiri? Adakah mereka sedang cuba untuk bawa P.Pinang keluar dari Malaysia? Mohon PDRM menyiasat isu ini sedalam-dalamnya.
Ironi Bila @cmlimguaneng Cabar @KBAB5 Merayu @PDRMsia BIla Rumah Dibaling Molotov Cocktail - @ustazfathulbari
@cmlimguaneng Molotov Cocktail Attack. Mcm Diupah Je. Betul ke? Tanye je...
PPS: Lim Guan Eng Sepatutnya Bincang Bukan Cabar KPN - Ahmad Zahid
KLUANG, 30 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri itu, dan bukannya mencabar Khalid, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Tidak perlu mencabar (Ketua Polis Negara), sepatutnya beliau (Lim) menemui Ketua Polis Negara untuk adakan perbincangan. Kita alukan jika ada inisiatif yang mahu jaga keselamatan komuniti tetapi bukan dengan cara mencabar.
"Jika ada pihak yang mahu membantu polis dan bekerjasama, nyatakan dengan perkataan yang baik bukan dengan cara seolah-olah mencabar kewibawaan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday, Ketua Wanita Bahagian Datuk Sharifah Azizah Syed Zain serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Ahmad Zahid berkata Pendaftar Pertubuhan dan Ketua Polis Negara menyatakan bahawa PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata soal keselamatan negara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menubuhkan agensi menjaga keselamatan.
"Soal keselamatan termaktub dalam undang-undang Persekutuan, tiada undang-undang atau enakmen negeri yang izinkan mana-mana pertubuhan untuk menjaga keselamatan. Oleh yang demikian, soal keselamatan adalah soal Persekutuan atau kerajaan Pusat, bukan hak negeri," kata beliau.
Menurutnya PPS tidak boleh disamakan dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) yang penubuhannya dilaksanakan menerusi penggubalan undang-undang Persekutuan.
Ditanya sama ada anggota PPS yang terus berdegil untuk menjalankan tugas bakal berhadapan dengan tindakan ditangkap oleh Polis, beliau berkata itu boleh dilakukan mengikut undang-undang.
Menurutnya tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil alih tugas polis adalah jelas mengikut undang-undang.
Sementara itu di GEORGE TOWN, Lim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyediakan peguam dan pembiayaan perundangan kepada anggota PPS sekiranya mereka diheret ke mahkamah dalam menjalankan tugas.
Beliau berkata ini berikutan kenyataan Khalid bahawa pihak polis akan menahan mereka sekiranya meneruskan aktiviti mereka. - BERNAMA
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
0 comments:
Post a Comment