Komen Abu Aqif: Islam membolehkan memanggil atau mengubah nama yang sedia ada kepada yang lebih elok panggilannya serta sedap didengari. Perbuatan ini pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang dinyatakan di dalam sahih Al-Bukhari:
"Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyedapkan panggilan nama-nama para sahabatnya. Oleh itu, Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dipanggil sebagai Aba Hir, 'Aisyah radhiallahu 'anha dipanggil Ya 'A`isy dan Anjasyah dipanggil Ya Anjasy." (HR. Bukhari, no: 285)
Jadi, apa masalahnya nak panggil calon BN Pengkalan Kubor tu dengan panggilan ustaz. Kan elok tu. Yang tak eloknya adalah bila kita memanggil nama orang dengan nama yang buruk.
“Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang dhalim” [QS. Al-Hujuraat : 11].
Mohon jangan membusukkan hati anda dengan kebaikan yang mereka cuba lakukan, walaupun dengan memanggil dengan nama yang baik. Bermuhasabahlah.
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.
Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..
0 comments:
Post a Comment