"No hands, no legs, no worries.." - Syaikh Ammar Bugis

Komen Abu Aqif: Sedikit biodata Syaikh Ammar Bugis yang dapat dikongsikan

- Kelahiran Amerika Syarikat pada 22 Oktober 1986
- Lumpuh sejak berumur 2 bulan
- Anggota badan yang mampu digerakkan hanya mata dan lidah sahaja
- Doktor yang menyambut kelahirannya memberitahu beliau hanya mampu hidup sehingga umur 8 tahun
- Qadarallahu masya fa'ala, kuasa Allah beliau telah pun hidup sehingga ke hari ini
- Hafal 30 juz Qur’an sejak usia 13 tahun dalam waktu 2 tahun saja
- Kelulusan cemerlang dari Jurusan Jurnalistik King Abdul Aziz University
- Menjadi wartawan olahraga Harian Al Madinah yang terbit di Jeddah
- Menjadi kolumnis Harian Ukaz terbitan Riyadh
- Menjadi Pakar Motivasi di Arab Saudi
- Pensyarah di Universiti Dubai sambil menyambung pengajian di sana
- Seorang pendakwah bebas
- Sering mendapat jemputan dari banyak negara

Antara permintaan Syaikh yang menyentuh hati adalah beliau memohon doa dari orang ramai sebelum ajalnya tiba ajar beliau dapat sujud walaupun 10 saat sahaja dan lagi satu permintaannya agar beliau mampu untuk membelek Al-Quran.

Bandingkan dengan permintaan kita...

Semoga Allah memudahkan urusan syaikh dan semoga Allah memberi kita kekuatan seperti kekuatan beliau.





Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..


0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top