Komen Abu Aqif: MasyaAllah... Sudah ada penghawa dingin. Semoga Allah memudahkan urusan jemaah haji dan semoga mendapat haji yang mabrur. Terima kasih kerajaan Arab Saudi kerana sentiasa meningkatkan perkhidmatan demi menjaga keselesaan jemaah. Jazakallahukhairan.

“Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia.” [HR at-Tirmidzi, sanad hasan shahih]

Haji: Kerajaan Arab Saudi Sedia Beri Perkhidmatan Terbaik Kepada Jemaah

MAKKAH, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Hal Ehwal Haji Arab Saudi dan semua agensi kerajaan di negara itu telah bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada jemaah haji dari seluruh dunia pada tahun ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Haji Arab Saudi Dr Hussein Nasir Al-Sharif berkata terdapat banyak perubahan yang dilakukan pada musim haji tahun ini bagi memastikan jemaah dapat menunaikan haji dengan selesa.

Kerajaan memasang khemah berhawa dingin di Mina bagi memastikan jemaah berada dalam keadaan selesa terutama dalam cuaca panas sekarang, katanya dalam pertemuan dengan Ketua Rombongan Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman di pejabatnya di sini semalam.

Syed Saleh yang diiringi timbalannya, Nurrin Anuwar Shamsuddin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Sharif dan Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tengku Aziz Raja Abdullah membuat kunjungan hormat ke atas Dr Hussein yang juga penasihat kepada Menteri Hal Ehwal Haji Hatem Al-Qadhi.

Dr Hussein berkata mereka telah diarah oleh Menteri Hal Ehwal Haji Dr Bandar ibn Muhammad Hajjar untuk "memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada jemaah haji".

Beliau berharap jemaah akan menunaikan haji dalam keadaan selesa dan kembali ke negara masing-masing dengan selamat dan rasa gembira, dan semoga mereka mendapat haji yang mabrur. - BERNAMA


Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..

0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top