SHAH ALAM: Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendoakan perkara yang buruk terhadap parti itu adalah perkara biasa ketika pihak lawan berdepan pilihan raya.

Bagaimanapun, tegas Fathul, beliau tidak melihat ia sebagai doa yang baik malah jika mereka diberikan peluang untuk berbuat demikian sudah pasti ia tidak akan dilakukan.

"Saya berpendapat beliau selalu sahaja mendoakan sedemikian rupa dan perkara itu sentiasa menjadi bahan politik ketika mana-mana pilihan raya.

"Saya tidak melihat ia satu doa yang baik sebenarnya, kalau saya diberikan peluang bahkan kita semua ahli Umno kita berdoa agar mereka (orang PAS) diberikan petunjuk oleh Allah SWT dan kita juga mendoakan orang-orang Umno mendapat petunjuk Allah SWT," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Malah, Fathul berkata setiap doa umat Islam bukan dibuat berasaskan sesebuah parti.

"Doa ini bukan berasaskan parti politik dan Islam juga bukan berasaskan parti politik. Islam adalah agama, PAS adalah parti politik seperti mana juga Umno," tegasnya.

Katanya lagi, tidak timbul soal negara Islam atau tidak kerana hari ini PAS sendiri telah mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan.

"Pada hari ini PAS pun yang satu ketika dahulu mengatakan Perlembagaan negara bercanggah dengan prinsip Islam tetapi hari ini PAS sendiri mempromosikan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Jadi tak timbul lagi isu Islam tak Islam," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata Nik Aziz sewajarnya mencontohi ajaran Nabi SAW yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat umatnya meskipun dicerca serta dihina oleh orang bukan Islam pada ketika zaman pemerintahannya.

"Kita mengharapkan dan kita mendoakan kebaikan untuk kaum muslimin dan sesama kita sewajarnya. Jadi, saya sangat tak bersetujulah dengan cara dan doa seperti itu dengan menggambarkan kita (Umno) saja tolak Islam.

"Kalau Nabi SAW pun doakan macam itu (doa yang baik-baik) maka saya rasa sewajarnya Tok Guru dengan imej serta perwatakan agama yang dibawa harus mencontohi doa Nabi SAW.

"Saya tak nampak ia (doa) itu alasan yang baik dan hanya kerana beberapa isu yang belum diselesaikan oleh Umno dengan PAS kita mendoakan hal-hal yang tidak baik sedangkan telah wujud kerjasama antara PAS dan Umno hari ini.

"Contohnya dalam isu-isu yang berkaitan dengan hudud di mana telah ditubuhkan dan dipersetujui diwujudkan satu badan khas untuk mengkaji serta meneliti isu hudud dalam negara," jelasnya.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.

Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan. - Antara Pos


Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..

3 comments:

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top