Komen Abu Aqif: Di Malaysia, Tunku Abdul Rahman dianggap sebagai 'Bapa Kemerdekaan'. Di Arab Saudi pula bapa kemerdekaan mereka adalah Muhammad ibn Saud yang bergandingan dengan Ulama iaitu Syaikh Muhammad Abdul Wahab sehingga terbentuknya negara itu pada tahun 1744.

Jika di Malaysia, bapa kemerdekaan kita di keji oleh pembangkang, di Arab Saudi juga begitu. Bapa kemerdekaan mereka juga mengalami nasib yang sama malah lebih teruk kerana kebencian tanpa ilmu itu telah merebak di seluruh dunia.

Kita dapat perhatikan tuduhan terhadap Tunku Abdul Rahman kebanyakannya direka-reka dengan bertujuan membangkitkan kebencian terhadap kerajaan. Modus operandi yang sama juga dikenakan kepada Arab Saudi. Pelbagai tuduhan yang direka-reka dan kebanyakannya tidak masuk akal.

Kita tidak mengatakan Tunku Abdul Rahman adalah manusia maksum tanpa salah dan silap. Tetapi hakikat beliau dianggap sebagai bapa kemerdekaan Malaysia adalah benar. Ini adalah fakta dan jasanya layak untuk dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Begitu juga Muhammad ibn Saud dan Syaikh Muhammad Abdul Wahab. Mereka juga tidak maksum. Namun hakikat mereka membentuk negara Arab Saudi adalah fakta benar. Dan jasanya dinikmati hingga ke hari ini di mana Mekah dan Madinah terjaga dengan baiknya.

“Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia.” [HR at-Tirmidzi, sanad hasan shahih]

Malahan kerjasama Malaysia dengan Arab Saudi adalah sangat baik. Buktinya di kala negara lain dikurangkan kuota haji dan umrah secara drastik (kerana proses menaik taraf), kuota kita tetap terjaga dan rakyat Malaysia masih bebas keluar masuk ke Arab Saudi dengan Aman.

Point penting yang cuba disampaikan di sini adalah, jangan kita berpeganng kepada sesuatu yang kita tidak pasti atau kita tidak ada ilmu tentangnya. Kajilah dengan secara mendalam sesuatu perkara sebelum ini terjebak memfitnah saudara kita sendiri. Jangan kita memasukkan kita ke dalam golongan orang yang zalim.

Firman Allah;

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Al Isra:36)”


Video Penuh - 04.09.2014 - UFB - Minggu Haluan Siswa UPM
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/04092014-ustazfathulbari-minggu-haluan.html

Segmen Terpilih:

UFB - Amanah Dalam Terima & Sebar Maklumat
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-amanah-dalam-terima.html

UFB - Kitab Belajar Tafsir
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ufb-kitab-belajar-tafsir.html

UFB - Istidraj Bagi Pendakwah
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ufb-istidraj-bagi-pendakwah.html

UFB - Polemik Hudud di Malaysia
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ufb-polemik-hudud-di-malaysia.html

UFB - Hadith Belajar Hingga Ke Negeri China Adalah Palsu
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-hadith-belajar-hingga.html

UFB - Benarkah Itu Janggut Nabi?
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-benarkah-itu-janggut.html

UFB - Polemik Palestin
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-polemik-palestin.html

UFB - Muhammad Abdul Wahab Bapa Kemerdekaan Arab Saudi
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-muhammad-abdul-wahab.html

UFB - Ulas Isu KJ Masuk Gereja
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-ulas-isu-khairykj-masuk.html

UFB - Jihad ISIS Bukan Dari Islam
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-jihad-isis-bukan-dari.html

UFB - Fitnah Syiah Jihad Nikah di Syria
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-fitnah-syiah-jihad.html

UFB - Fatwa Halal Skodeng Perempuan Alasan Mahu Berkahwin
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-fatwa-halal-skodeng.html

UFB - Cabar PDRM: Lim Guan Eng Tidak Matang
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-cabar-pdrmsia.html

UFB - Menjawab Fitnah Arab Saudi Bongkar Makam Nabi
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-menjawab-fitnah-arab.html

UFB - Isu MB Selangor: PR Wajib Taat Sultan Selangor
http://www.abuaqifstudio.com/2014/09/ustazfathulbari-isu-mb-selangor-pr.html


Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..

0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Studio © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top